Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 21 Ogos 2010

Pengalaman itu mendewasakan

Makin lama hidup di muka bumi, makin banyak pengalaman ditimba. Dan tanpa kita sedari, makin lama hidup makin banyak dosa @pahala yang kita lakukan setiap hari.

Hidup makngoh ni di tempat orang berdepan dengan macam-macam ragam manusia yang kadang-kadang tu, ragam itu belum pernah makngoh jumpa di tempat sendiri. Betullah kata pepatah "jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengetahuan". Ragam manusia, kemudian ragam benda, ragam tempat dan ragam makanan. Macam-macam pengalaman.

Kalau tidak datang ke bumi Sabah ni, tidak akan lalui pengalaman pahit manis yang telah banyak menduga hati dan fikiran makngoh. Yang manis itu memang dikenang tapi tidak singgah lama di hati dan yang pahit itulah yang sering makngoh ingat dan kenang juga. Itulah perangai makngoh.

Dalam banyak pengalaman itu, pengalaman dengan ragam manusialah yang paling makngoh ingat. 10 orang 10 ragam, kalau bekerja dengan 100 orang? 100 ragam. Kalau mengajar 200 orang pelajar, maka 200 ragam yang makngoh terpaksa berdepan. Namun kerenah budak, tidaklah teruk sangat. Paling-paling sikap malas mereka yang menjadikan mereka itu sama jer. Ya, itulah ragam pelajar yang paling makngoh tak suka. Tapi,,,paku boleh masuk ke kayu yang keras, dengan cara ketuk dengan tukul...menunjukkan pelajar pun boleh diajar cuma kena sabar.

Ragam manusia (selain pelajar) itulah cabaran utama nak hidup di bumi orang ni. Bagi kita, kita rasa kita dah betul tapi bagi dia, dia rasa dia yang betul. Itulah kita ni manusia, kita sentiasa rasa diri kita betul. Makngoh sedar, mungkin kadang-kadang makngoh di pihak salah @ mungkin kadang-kadang makngoh di pihak betul tapi cara expresikan masalah itu menjadikan yang salah jadi betul dan yang betul jadi salah.


4 tahun makngoh di Sabah, pengalaman paling menyedihkan makngoh > dimarahi Pengetua. Itulah pengalaman yang menyakitkan hati dan memutuskan semangat makngoh. Kenapa dia marah? Sebab ada orang yang suka mengadu. Entri selepas ini makngoh ceritakan kenapa. Walaupun sekarang ni, pengetua dah baik dengan makngoh tapi luka tu makngoh ingat. Masih lagi tersimpan sampai mati dan makngoh takkan maafkan orang yang mengadu itu. Dia bukan Islam pun, jadi tak kisahlah dimaafkan ke tidak. Memang neraka juga tempat dia.


Semalam pula makngoh sedih sangat...seorang kawan baik yang telah salah faham. Ada entri dia sebelum ni, makngoh pernah tulis. Makngoh cuba berbaik dengan dia tapi dia tak pandang makngoh pun. Jadi semalam, makngoh sms dia tanya apa yang dia nak? Dia kata nak makngoh minta maaf dengan dia. Makngoh pun minta maaf. Tapi dia kutuknya makngoh lagi. Makngoh jawab dia tak kenang budi, dia jawab kalau diungkit maknanya tak ikhlas menolong. Akhirnya, mengeluh sendiri. Manusia ini macam-macam ragam.

Satu kesimpulan daripada macam-macam ragam yang makngoh jumpa di sini
"manusia sentiasa rasa dirinya betul dan orang lain salah"

tak dinafikan makngoh pun begitu juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!