Tapi SU SPM nak senang kerja dia. Lepas makngoh bagitau dia pasal keciciran pelajar tu, dia terus daftar online pelajar tu. Tapi dia beri borang permohonan calon SPM kepada makngoh dan minta makngoh menyamar jadi pelajar tu dan tandatangan di bawah tu. Cuba anda baca. Bukankah tandatangan calon? Bukan tandatangan guru kelas @ ada istilah guru kelas boleh wakilkan pelajar untuk tandatangan borang akuan calon SPM ni.
Makngoh melenting sangat bila dia suruh makngoh buat macam tu. Alasannya, makngoh sebagai guru kelas, makngoh kena bertangungjawab. TETAPi yang sepatutnya SU SPM perlu ke rumah pelajar terbabit dan mendapatkan tandatangan pelajar tu.
Makngoh dan dia bertikam lidah pada masa tu. Dia tetap nak makngoh tandatangan. Akhirnya PK1, PKHEM dan PKKO masuk campur. Tapi nak redakan keadaan, makngoh tinggal mereka selesaikan masalah itu. Hari tu pengetua tiada di sekolah.
Esoknya, makngoh dipanggil pengetua dan dimarahi. Kata pengetua, borang tu apalah sangat. Setakat tandatangan sahaja. Bukan nak hantar ke kementerian pun. Makngoh tak diberi peluang pun nak bela diri. Sedih sangat bila terang-terang diri dianiaya macam ni. SU SPM dan orang-orang lain yang mengadu tu, makngoh takkan maafkan.
Ini adalah borang penuh untuk pendaftaran SPM. Inilah kes yang berlaku awal tahun ni ketika semua SU SPM sibuk nak daftarkan pelajar SPM. Ada yang ambil jalan mudah. Guru baru dan guru semenanjung juga lah yang jadi mangsa keadaan.
Entri ni berkaitan dengan entri sebelumnya. Klik sini jika berminat nak sambung baca.
salam...
BalasPadamsabarlah mak ngoh..skolah harian mmmg berdepan dgn mslh mcm ni..bdk xpenh dtg skolah ttp mesti dftar selagi xdikeluarkn dr sekolh...cabaran guru alaf baru..
wsalam...makngoh tak kisah isu kena daftarkan pelajar walaupun dia tak pernah hadir. Tapi yang sedih, makngoh kena menyamar jadi pelajar tu utk tandatangan borang calon SPM. KPM tidak pernah arahkan tugas macam tu kepada guru kelas @ guru lain pun.
BalasPadamitulah dunia sebenar mokngoh...byk lg hok pelik2 yg akan di temui pahni
BalasPadam