Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 31 Julai 2010

Luahan mak ngoh....hati terluka

buat kali pertama , mak ngoh nak buat luahan perasaan hati dalam blog mak ngoh nih.

Mak ngoh terasa hati sangat-sangat dengan seorang guru junior sekolah mak ngoh. Senang cite namanya Mas. Masa guru ni mula-mula posting dulu, mak ngoh la yang jadi driver dia ke hulu ke hilir. Nak bayar bil rumah bapa dia pun, mak ngoh yang tolong hantar dia pejabat pos dan tunggu dia setelkan kerja dia.

Kemudian, dia nak beli kereta tapi dia cuma ada lesen L itupun lesen dia dah mati dan lesen tu bukan dalam simpanan dia. Dalam simpanan sekolah memandu dia. Mak ngoh hantar dia ke sekolah memandu dan tolong berunding dengan cikgu sekolah tu. Cikgu sekolah tu minta dia bayarkan RM100 kalau nak ambil lesen L tu. Mak ngoh cakap kalau di semenanjung tak ada pun kena bayar lesen L nih. Kemudian, cikgu sekolah tu pun setuju bagi lesen L tu. Kemudian, kami pergi pula ke JPJ,sebab dia kena hidupkan lesen tu.

Urusan dia beli kereta tu pun, tak selesai-selesai gak. Berkali-kali ke ulang alik ke showroom untuk setelkan. Itupun mak ngoh yang tolong rundingkan seban dia tak tahu apa-apa pun pasal beli kereta. Pernah sampai kereta mak ngoh kena saman traffik sebab double parking semata-mata dah ada parking untuk berjumpa dengan salesman kereta tu.

Macam-macam urusan kereta dan akhirnya kereta dia pun dapatlah. Tapi dia nak drive bawa balik kereta tu tak pandai sebab dia belum ada lesen pun dan kereta manual. Time tu jer mak ngoh tak dapat tolong dia sebab mak ngoh bercuti di kampung.

Tidak lama lepas tu, Mas bagi mak ngoh satu borang loan. Minta mak ngoh sign tanpa tanda setuju ke tidak. Sekadar menjadi saksi loan peribadi dia. Memanglah sekadar saksi. Tapi sekurangnya tanyalah setuju ke tidak dulu. Dia cakap, alah tak ada pun. Saksi jer...kalau penjamin dia minta tolong pak sedara. Sebab kasihankan dia, mak ngoh pun sign je lah.

Sejak dia dah ada kenderaan, Mas tu dah mula berlagak. Tapi mak ngoh biarkan je. Sekurangnya lepas dah kerja mak ngoh jadi driver dia ke hulu ke hilir.

Bulan 5 lepas, Mas minta dengan mak ngoh softcopy minit meeting yang dibuat oleh mak ngoh. Mak ngoh tak tahu apa tujuan dia minta softcopy tu tapi dengar kata diarahkan oleh seorang guru senior sekolah tu. Mak ngoh su PBS PMR, guru senior tu su PBS SPM dan Mas tu su PMR sekolah.

Yang mak ngoh faham, tujuan su PBS SPM tu minta softcopy minit sebab dia nak pinda ayat 'disediakan oleh' . Mak ngoh buat disediakan oleh mak ngoh sebab memang mak ngoh yang buat minit tu. Ini dia nak tukar letak nama dia. Sebab bila meeting, minit tu akan ditayang dengan LCD.


Makin mak ngoh meradang, Mas tu lebih-lebih. Dia tinggalkan pendrive dia, tinggalkan memo minta softcopy tu. Tapi mula-mula mak ngoh cakap elok-elok lagi. Mak ngoh kata tak apalah, itu tugas mak ngoh. Lagipun minit tu sudah dicetak dan diedarkan.

Tapi pada satu pagi lebih kurang pukul 5.30 pagi, Mas sms mak ngoh bagitau nak juga minit tu. Mak ngoh naik minyak. Dia su PMR. bukan tugas dia pun pasal PBS nih (sekolah mak ngoh asingkan PBS dan su exam). Time tu, mak ngoh tak guna ayat lembut. Mak ngoh pun reply sms dia -:

“Nak tanya, apa jawatan awak menyibuk dengan PBS tu”
“Pengetua lantik sy jadi su PBS sebelum sy dilantik jadi penolong PMR awk lagi. Tolong jangan masuk campur kerja sy. Buat kerja sendiri dah la”
“Sy dah bagitau SU PBS SPM tu yang sy akan bagi sendiri softcopy tu sendiri kepada pengetua”


Baru dia reply kembali, “Ok tac”
Mak ngoh sms dia lagi
“ Tak sangkalah awk menyibuk kerja orang. Kecewa sy”
“Ker awk nak jawatan pbs pmr tu? Boleh je sy bagi awk. Tp biar guna cara betul. Pegi bgtau pengetua nak jawatan su PBS PMR”


“Cek balik tugas buku panduan guru. Ada ker nama awk dlm pbs?”

“Tolonglah sedar tindakan awk nih salah.Awk xleh masuk campur keje sy.
Semata-mata nak dengar arahan setiausaha PBS SPM. Tp klu pengetua yang arahkan, sy tak kisah”
“Rosak hubungan kita sbb perangai pelik awk. Jgn salahkan sy”


Nah, itulah ayat-ayat sms mak ngoh. Terus pening kepala mak ngoh pagi tu. Sebab mak ngoh geram sangat dah. Selama ni mak ngoh bersabar dan buat ayat baik-baik jer sebab dia memang terkenal dengan sifat sensitif dia tu.

Namun, lepas kejadian tu, mak ngoh tetap tegur dia tapi dia langsung dah tak balas teguran mak ngoh dan tindakan tu buat hati mak ngoh makin sakit dan makin terluka.

Tiba pada hari meeting PBS, rupanya Mas telah mencetak salinan minit tersebut dan mengedarkannya kepada guru-guru. Mak ngoh diamkan diri je. Tapi pelik juga apa sebenarnya dia nak. Sedangkan minit tu mak ngoh dah cetak dan telah lama diedarkan kepada guru sebelum meeting lagi. Lagipun itu bukan tugas dia. Tugas mak ngoh.

Adakah mak ngoh yang salah sebenarnya ni? Tolong kutuk mak ngoh supaya mak ngoh sedar kesalahan ni.

10 ulasan:

  1. Berdasarkan apa yang Mak Ngoh tulis di dalam entri ini, bagi Nisa bukan salah Mak Ngoh. She's just being selfish. She should understand that it's unfair for things to always go her way, anyway later on in life she will have to deal it by herself. She can't control everything.

    Mungkin dia tak perasan apa yang dia buat ni salah (think in a positive way), so kalau boleh, Mak Ngoh try the talk-calmly option when she's in a good mood. Sekiranya dia tidak mahu cuba untuk berubah, dia memang tidak ambil kisah langsung about your feelings, then leave. I hate ignorant people.

    - Nisa

    BalasPadam
  2. nisa' terima kasih sudi baca luahan mak ngoh nih:)

    ada seorang senior sekolah mak ngoh kata "mas dah tak perlukan mak ngoh sbb dia dah ada kereta...jadi dia dah boleh blagak dan tunjuk taring"

    sedih mak ngoh

    BalasPadam
  3. Jika itu benar, biarlah dia. Kalau boleh, biarlah orang yang rapat dengannya menegur tentang apa yang dia buat itu salah.

    Dan kalau boleh, janganlah terasa hati atas apa kawan-kawan Mak Ngoh beritahu pada Mak Ngoh. Kita tak tahu adakah ia betul atau tidak. But for now, cheer up!

    *hugs*

    - Nisa

    BalasPadam
  4. Salam..
    Mak ngoh mau komen juga..bleh eh..
    Kalau saya orang camni x sedar d untung la! kalau saya da sekali terkena saya 'Boo' layan ja..make do know! kalau mak ngoh makin lembut mau buat baik..makin menjadi ni orang camni ni..Mak ngoh crita la pada kawan mak ngoh yang lebih rapat & d percayai..mesti dorang sokong mak ngoh x bersalah!
    EE..geramnya! berlagak da la baru posting! agak2 la..
    Sorii..terlebih sudah heheh..

    BalasPadam
  5. hehe maisyah...ada betul gak makin lembut makin mjadi...tapi mungkin juga dia terasa dgn ayat2 sms makngoh tu...lagipun dia mmg jenis sgt sensitif

    BalasPadam
  6. Hurm...maybe she's trying to post herself as sumone yang bertanggunjawab kot.sabar ye sis.=p

    BalasPadam
  7. sebagai seorang guru juga,saya boleh faham perasaan makngoh. SU sepatutnya buat sendiri minit bukannya copy paste sahaja.. Lagi satu perbuatan mengadu itu sangat keji okay.. saya memang menyampah golongan mcm ni d sekolah..

    BalasPadam
  8. D2 terima kasih :) kalau di sekolah makngoh...cikgu melayu tak suka mengadu dgn bos..tapi yg lain tu suka mengadu dan menambah2 cerita.

    BalasPadam
  9. eeeeeeeeeeee geram,menyampahhhhh dgn minah tu,dah la poyo bengap,selfish,xda bakat!,rasa nak pijak2 je,menyusahkan betul la.eh apsal aku plak yg lebih2 ni hehehe

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!