Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 22 Disember 2010

Hadis Nabi mengenai amanah dan tolong menolong

1. Tidak sempurna iman seseorang tanpa sifat amanah.
"Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya" - (Riwayat At-Tabrani)

2. Tidak amanah adalah tanpa munafik.
"Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu adalah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercerita ia dusta, berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengetepikan kebenaran. (menegakkan benang basah)" - (Riwayat Ahmad)

3. Urusan akan rosak jika diserahkan kepada orang yang tidak benar-benar memahaminya.
  "Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabaat bertanya : Bagaimana sia-sia? Rasulullah menjawab : Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancurannya"  - (Riwayat Al-Bukhari)

4. memberi makan orang lapar.
    "Berikan makan dan berilah salam nescaya kamu akan mewarisi kebun-kebun di dalam syurga"  -(Riwayat At- Tabrani)

5. tidak sempurna iman apabila membiarkan jiran lapar.
   "Tidak sempurna iman orang yang engggan memberi makanan kepada peminta" -(Riwayat Al-Bukhari)

6. tidak sempurna iman orang yang enggan memberi makan kepada peminta.  " Ramai jiran yang terikat dengan jirannya pada hari kiamat ketika dia berkata "Wahai Tuhanku orang ini, menutup pintunya kerana enggan membuat kebaikan" -Riwayat Ahmad)

7.Tolong menolong sesama mukmin.
  "Bandingan orang-orang mukmin yang saling sayang menyayangi dan lemah lembut di antara mereka seperti satu tubuh badan yang apabila satu anggota berasa sakit menyebabkan seluruh badan berjaga malam dan berasa demam" -(Riwayat Ahmat)

8. Belas kasihan dan tolong menolong sesama manusia.
   "sesiapa yang tidak tidak mengasihi manusia nescaya ALLAH tidak akan mengasihinya" -(Mutaffaq' allaih)

1 ulasan:

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!