Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 7 Februari 2011

Guru gagal kawal kelas atau pelajar sangat kurang ajar

Terus terang makngoh cakap, makngoh tak gembira sangat-sangat berada di sekolah baru ini. Walaupun di sini namanya Kuala Lumpur, tempat maju dan canggih namun kehidupan di Sabah lagi menyenangkan hati dan menenangkan fikiran.

Semasa di Sabah, makngoh tak pernah fikir mengenai isu kawalan kelas atau masalah disiplin pelajar di dalam kelas. Yang makngoh tahu, makngoh masuk kelas, pelajar sudah sedia dengan buku masing-masing dan bersedia mendengar ilmu yang bakal disampaikan. Makngoh keluar kelas dengan senyuman dan kepuasan.

Namun di sini lain benar. Memberi salam di dalam kelas pun perlu diarahkan. Pelajar perlu diarahkan diam dan pelajar perlu diarahkan duduk di tempat- tempat masing. Itu pun kalau yang jenis dengar arahan.

Hari pertama makngoh lapor diri di sini, makngoh telah dikenakan tindakan oleh pentadbir akibat gagal mengawal kelas. Makngoh ditegur dan dimarahi. Sungguh tertekan. Namun apabila hari-hari berlalu, rupanya bukan makngoh seorang yang alami masalah kawalan kelas. Boleh dikatakan semua guru perempuan gagal mengawal kelas. Guru berdiri di hadapan, pelajar berdiri membelakangi guru dan berbual dengan nada yang kuat tanpa endahkan arahan guru.

Setiap kali taklimat guru diadakan, guru-guru ditegur dan disuruh mengawal kelas. Teringat kata-kata PK1 yang melemahkan semangat makngoh..."kalau cikgu tak mampu mengawal kelas, cikgu sebenarnya sudah GAGAL menjadi guru"

Guru ibarat pahat,,,diketuk-ketuk supaya mengawal kelas....naik muak makngoh asyik-asyik isu kawalan kelas ditimbulkan dan diletakkan 100% atas kepala guru. Makngoh cuba mendengar amanah setiap kali perhimpunan mingguan, tidak pernah pula pentadbir menasihatkan pelajar supaya menghormati guru. Pelajar dipuji-puji melambung walaupun nyanyi lagu Negaraku mulut tak nganga dan bibir tak bergerak pun. Itu pelajar yang berhimpun di dalam dewan dan bersila.

Teringat makngoh kepada pelajar-pelajar makngoh di Sabah. Berdiri di tengah panas setiap kali perhimpunan. Namun mereka menyanyikan lagu dengan semangat dan kuat. Tidak pernah seumur 4 tahun makngoh di Sabah, pentadbir memarahi guru mengenai kawalan kelas. Guru tak perlu diajar cara mengawal kelas sebab pentadbir dah tahu, guru-guru lepasan universiti dan sudah ada ijazah masing-masing.

Di sini, semangat mengajar guru menjadi sangat rendah. Bukan makngoh seorang tapi perbualan dari guru-guru lain pun sama juga. Ada yang bersemangat masuk kelas hendak mengajar tetapi pelajar langsung tidak memberi kerjasama. 80 minit masa di dalam kelas, pelajar hanya berbual dan buat bising tanpa pedulikan guru di hadapan. Sungguh tertekan dan hendak masuk kelas pun jadi takut. Kalau kelas bising sangat dan terkena pula dipantau pengetua pada masa itu, teruklah guru dimarahi. Guru keluar kelas dengan dahi dan kening yang berkerut tetapi dalam sedikit hati lega kerana 'penderaan emosi' dan pencemaran bunyi dari dalam kelas telah berakhir.

Dalam banyak-banyak kelas yang makngoh ajar di sekolah ini, hanya ada SATU kelas sahaja yang faham bahasa dan menghormati guru. Kelas lain sangat teruk kebetulan makngoh diberi kelas-kelas hujung. Makngoh masuk beri nota, pelajar bersandar di kerusi terkangkang dan merenung teduh kepada makngoh. Nota tidak pernah disalin. Apabila ditulis dalam buku kawalan kelas, macam-macam alasan yang pelajar berikan dan akhirnya salah itu kembali kepada makngoh. Akhirnya, makngoh dah tak buat apa-apa laporan di buku kawalan kelas.

Makngoh ada mengadu dengan pentadbir dan minta ditukarkan satu kelas yang sangat-sangat makngoh tak mampu kawal. Namun jawapan pentadbir mendukacitakan. Kelas tersebut memang ditolak oleh guru-guru lain dan disebabkan makngoh guru baru maka makngoh terpaksa ambil kelas tu.

Secara positifnya, memang makngoh fikir
"ini adalah pengalaman"
"bukan makngoh seorang yang ada masalah kawalan, guru lain pun ada"
"orang lain boleh buat, kenapa makngoh tak boleh"

dan macam-macam lagi. 

Mengajar di sekolah ni, baru makngoh tahu bagaimana menjadi guru yang tertekan dan guru yang gagal. Kalau masa boleh diputar, makngoh takkan buat rayuan perpindahan. Makngoh lebih rela berada di Sabah. Walaupun jauh dari suami namun hati tenang dan tiada tekanan. Dapat berpindah ke sini pun, suami masih jauh dan tekanan bertambah-tambah. Di tambah pula makngoh sedang hamil anak sulung, memang makngoh rasa sangat KL ini terlalu asing buat makngoh. Sekarang ini makngoh sabar dan harap ada penyelesaian kepada makngoh ini.

10 ulasan:

  1. Masalah kawalan kelas juga dihadapi di tempat kerja akak tapi takla seteruk sekolah makngoh sekarang..di sini hanya sebilangan kecil je....
    Tak dialami takkan dpt difahami..
    Semoga baby makngoh jadi baby yang baik..

    BalasPadam
  2. saya setuju dengan pendapat makngoh tu. pelajar2 di sini betul2 kurang ajar. saya pun setuju dgn cadangan makngah tu. sekiranya masa itu dapat di undur semula, mahu juga saya undurnya demi menjaga persaan sendiri. saya macam makngah juga baru pindah ke kelantan dari sabah. dapat sekolah nunnn di pendalaman, mahu cari rumah sewa pun susah. terpaksa berulang alik dari rumah sewa di pekan machang. disini saja ada rumah sewa. bertolak dari rumah jam 6.30 pagi. sesudah subah dalam kegelapan. terpaksa. jalan raya di kelantan skrg pun dah mcm KL. banyaknya kereta. betul2 tension mengajar dalam keadaan mengejar masa begini. kalau di sabah itu ari betul2 enjoy tak terburu2. menyesalnya saya mohon balik ke kelantan. kalau tahu macam ni baik saya balik selepas pencen. JPN kelantan ni betul2 pilih bulu. kalau guru ingin masuk ke negeri kelantan mesti dibagiya kawasan pendalaman. kalau saya tahu tak hinginnya saya balik ke kelantan. biarlah org cakap hujan emas di tempat org hujan batu di tempat sendiri, peribasaha ini dah tak boleh guna lagi.

    BalasPadam
  3. jadi apa yg makngoh lakukan kepada pelajar sehingga hari ini?

    BalasPadam
  4. jadi apa yg makngoh lakukan kepada pelajar sehingga hari ini?

    BalasPadam
  5. Kesian saya baca kesoh makngoh. Dapat tekanan daripada pelajar dan pentadbir. Kita tidak boleh ubah keadaan, hanya Allah yang mampu - berserahlah padanya sambil berusaha. Saya pernah mengajar kelas bermasalah, memang guru perempuan ada masalah untuk mengawal kelas sebegini terutama kalau melibatkan pelajar lelaki. Apa yang saya pernah buat - tangkap kepala, ajak makan dan bagi tugas bantu kita. Sambil tu berkenalan dengan dia dan berjumpa keluarga dia. Cuba kenali hidup beberapa pelajar yang bawa masalah dan tunjukkan bahawa kita simpati dengan hidup mereka dan nyatakan harapan kita untuk lihat mereka Berjaya. Bercakap seperti rakan ingin membantu rakan, bukan seperti bapa atau ibu meleteri anak.

    BalasPadam
  6. salam makngoh, sy guru yg baru posting awl bn 9 ari tu kat salah sebuah skul di semenanjung ...sy pun mghadapi masalah yg sama dgn makngoh...sy kena mengajar bm bagi plajar peralihan yg semua cina hnya ada 2 org mel dan 2 org india shj. sy xdpt nk kawal cz diorg trlalu kurang ajar, xnk dgr cakap sy dan nk sy mengajar bm dalam bahasa cina...ari kedua sy masuk klas sdah diberi warning oleh pengetua sbb xdpt kawal klas. die pun gtau klu guru xdpt kawal klas jd guru tu la yg gagal sbnarnya...dan juga dia gtau akan gagalkan sy klu lain kali sy xdapat kawal klas...belum smpai sblan sy posting , sy dah diberi amaran macam tu...sedih sungguh hati ni...dah 2 ari balik dr skul asyik nangis jer...ye la kita cikgu yg baru posting tp diorang buat cam kita ni ade pngalaman mengajar brtahun2...sy pun sungguh buntu xtau nk buat kaedah cam ne, nk suh diorg senyap 1 masa pun xpelah...smgt sy yg brkobar-kobar nk mengajar dah hilang bila kena warning cam tu...mungkin makngoh boleh bagi tips ape2 yg dah dilakukan tuk mengajar bdak2 cam ni....

    BalasPadam
  7. sdih kan budak2 skrg dh lgsung xhormat kita.lg dimarah,lagi dia buat perangai.sy pun br posting awl bulan april ni.mslh kwln kls buatkan kita rse ttekan dan xd mud nk smpaikan pngjrn dgn bkesan.murid ibarat raja skrg.nk ditegur lbih2 kang kne sman.hmm

    BalasPadam
  8. sy pun mngalami msalah yg sama..bru je postjng..pelajar sy xberminat dgn subjek yg sy ajar iaitu english. selepas keluar kelas sy terasa nk menangis dgn penerimaan pelajar trhdap sy..sy mengajar kat depan umpama sarkas dah,terkial2 sorang2..tp segelintir pelajr kat depan je yg fokus..yg lain semuanya tido..masalahnya apabila result teruk,guru disalahkn xpandai mengajar.pelajar complaint kate xfahm yg kita ajar,tp diaorg tido camne nak faham.sedih sangat,kecewa pun ada.sebagai guru sy meletakkn tggungjawb yg dipikul ini ditempat yg tertinggi,sbb mereka adalah amanah.tp mereka mensia2kan semangat sy dlm mndidik mereka..

    BalasPadam
  9. Guru bukan "Tuhan" nak ubah sifat murid-murid..sedangkan nabi pun perlu berpuluh, beratus tahun nak betulkan umat..guru yg ikhlas perlu ketepikan soal gagal, murid berjaya atau sebaliknya itu urusan Tuhan.

    BalasPadam
  10. Guru bukan "Tuhan" nak ubah sifat murid-murid..sedangkan nabi pun perlu berpuluh, beratus tahun nak betulkan umat..guru yg ikhlas perlu ketepikan soal gagal, murid berjaya atau sebaliknya itu urusan Tuhan.

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!