Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 11 Februari 2012

Orang kedekut macam ni pun ada jugak!

Kes 1 
Ada seorang cikgu, sekolah buat jamuan potluck. Semua guru keluar duit samaada nak bayar nasi kerabu RM10, nasi dagang RM10, biskut, buah , kuih roti atau macam-macam lain. Guru tersebut kata tak mahu bayar sebab mahu beli sendiri roti gulung. Kemudian dia pergi periksa harga di bakeri, harga satu roti gulung RM 5.00 beli dua boleh RM4.50 satu. Dia fikir kalau beli dua tak cukup, kena beli sekurang-kurangnya 4. Tapi bila 4 dia kena bayar RM 18. Jadi dia buat keputusan untuk bayar nasi kerabu RM10 dan pakat-pakat di sekolah. Tiba hari potluck, dia belum lagi bayar. Masa makan nasi kerabu, terasa sangatlah tidak sedap. Dia pun buat keputusan tak mahu bayar sebab tak sedap. Tapi sedap tak sedap, dia makan jugak. Selain itu, dia makan juga makanan lain.


memanglah, potluck itu siapa yang rajin dan siapa yang sudi keluarkan duit lebih boleh bawa macam-macam jenis makanan. Orang bawa memang suruh makanan. Tapi tak malu ke orang lain bawa makanan masing-masing, kita pula tak bawa apa-apa dan hanya jadi tukang makan jer. Dahlah tak bayar, mengutuk lagi tak sedap.

Kes 2 
Suatu hari,  pergi makan-makan. Cikgu Z order makanan yang mahal-mahal, manakala cikgu Y order makanan yang biasa-biasa sahaja. Tiba time nak bayar, cikgu Y tolong dahulukan duitnya. Kemudian beberapa minggu lepas tu, cikgu Z nak bayar hutang, cikgu Y kata bahagi sama banyaklah walaupun makanan awak tu mahal. Bila bahagi sama banyak jadi keluarkan hujung duit itu 70 sen, cikgu Y kena beri baki 30 sen kepada cikgu Z. Tapi cikgu Y tiada duit syiling baki. Jadi, cikgu Z batalkan niat nak bayar hutang. Mahu tunggu cikgu Y ada duit 30 sen dulu sebagai baki duit...kui kui.
Kan best, kalau kawan-kawan hari ini awak belanja saya, esok saya belanja awak. Tak tebal ke muka nak bagitau cashier bayar asing-asing? Dah la tu, duit 30 sen pun berkira. Alamak
 Kes 3
Cikgu A baru pindah masuk rumah sewa. Disebabkan tak tahu tempat, jadi dia minta cikgu B temankan dia mencari barang-barang seperti garment rack, selipar jepun dan meja jepun tu. Selama 2 hari berturut-turut merata pasaraya seperti Giant, Carefour, Parkson malah kedai biasa mereka kunjungi namun cikgu A belum beli apa-apa kerana kata-katanya nak survey tempat yang lagi murah. Kasihan cikgu B yang jadi driver ke hulu ke hilir. Kemudian, mereka pergi ke sebuah pasaraya. Pasaraya tu tidak memaparkan harga, pelanggan kena scan harga tersebut. Cikgu A ambil selipar jepun tapi dia tak pasti harga selipar itu. Dia beratur bukan main lama menunggu untuk bayar. Tiba di kaunter, dia tanya casher berapa harga selipar jepun tu, cashier jawab tak pasti, kena scan dulu. cikgu A risau kalau scan, dia kena bayar. Jadi dia cancel, tak jadi beli selipar jepun tersebut dengan alasan tidak tahu harga.

Ingat ini cerita tipu ke? Cerita betul ler

Kes 4

Cerita ni makngoh sendiri alami time makngoh di Sabah. Makngoh ada cerita tentang pasar tani di Kelantan dan makngoh cerita la selipar sandal murah harga RM 9.90 pun ada jual. Dia pun nak kirimlah dengan makngoh beli sepasang sandal untuk dia bila makngoh balik Kelantan. Dia tekap tapak kaki dia di kertas lukisan dan bagi makngoh kertas tu. Dia nak makngoh ikut ukuran tapak kaki dia la. Haha...
Tapi, makngoh buang kertas sebelum balik kampung lagi.
Di kampung, makngoh pun belikanlah dia sandal RM 9.90 tu. Selain tu ramai gak guru-guru yang kirim tudung bawal dan macam-macam lah. Dia bagi makngoh RM 10 dan dia minta baki 10 sen dari makngoh. Alahai, selipar tu dah la naik Airasia lagi tu. 10 sen pun mahu kira...haha

1 ulasan:

  1. Macam-macam.. kadang sampai tedetik. ada jugakk perangai cenggini kan..

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!