Dipetik dari Utusan Malaysia
KEPAHITAN hidup Puan Rosmalena yang dipaparkan di ruangan ini sebulan lalu membuat saya terrpanggil untuk berkongsi pengalaman pahit saya.
''Nasib saya rasanya lebih malang kerana bukan sahaja ditinggalkan dengan tiga anak yang masih kecil dan semuanya bersekolah rendah, bahkan terpaksa membayar hutang yang dipinjam suami atas nama saya berjumlah hampir seratus ribu ringgit, tanpa sesen pun dibantu apa lagi diberi nafkah anak-anak setiap bulan.'' Itu cerita Farrah Alina dalam e-melnya.
''Kalau ada orang kata perbuatan membuang bayi itu kejam, saya rasa bekas suami saya Ris lebih kejam lagi. Sanggup dia memujuk rayu saya membuat pinjaman bank untuknya selepas itu membuat hubungan dengan wanita lain.
''Memang saya pegawai kanan kerajaan tetapi itu tidak bermakna dia boleh sesuka hati menganiaya saya. Apa alasannya tidak mahu membayar hutang? Adakah kerana saya ada pekerjaan tetap? Tahukah dia saya terpaksa menanggung pelbagai masalah dalam menguruskan keluarga dan persekolahan anak-anak. Walau gaji saya tinggi, berapa sangat yang tinggal selepas bayar hutang, sewa rumah, tambang bas sekolah anak-anak, duit tuisyen dan makan minum.
''Selepas perniagaannya meningkat naik, Ris berlagak seolah-olah dia bukan suami saya lagi. Perangainya mula berubah, seleranya bertukar, dia jadi pemarah hanya dengan saya sedangkan kepada kawan-kawan, saudara maranya termasuk saudara mara saya sendiri, dia tunjuk muka syurga, senyum memanjang, tak banyak cakap dan terlalu bersimpati kepada setiap masalah mereka.
''Lapan tahun awal perkahwinan, hidup kami bukan senang. Gaji saya masih rendah manakala Ris pula malas kerja. Kalau bekerja pun sering bertukar, tak sesuai katanya. Boleh dikatakan sepanjang hari dia duduk di rumah dan hobinya melayari Internet, semua urusan rumah dan anak di tangan saya.
''Oleh kerana dia suka berniaga tapi tak ada modal, saya diminta membuat pinjaman bagi membantu dia memulakan perniagaan. Katanya kalau perniagaannya berjaya, saya juga yang senang. Jadi kerana suami, saya bantu. Lagipun saya dah terlalu penat bekerja sendiri. Malangnya baru dua tiga tahun dia senang, dia mula berubah. Dia buat hubungan dengan ramai perempuan. Ada yang dia kenal kerana urusan berniaga, tak kurang juga melalui internet.
"Apabila saya minta dia bayar hutang bank yang saya pinjam kerana menolongnya, adalah setahun dua dia bayar, lepas tu dia mula buat lengah. Saya faham bukan dia yang berhutang tapi tahukah dia kalau saya susah dia pun susah juga. Itu yang saya fikir tapi dia tak fikir macam itu, dia suka layan wanita lain kerana tak sukakan saya lagi. Dia lupa siapa tolong 'hidupkan' dia seperti sekarang ini.
''Kalau dilihat dari segi rupa paras ketika tak bekerja, rasanya tak ada perempuan pun ingin. Kini setelah ada kereta mewah dan saya kira pendapatannya sekitar RM50,000 sebulan tentulah ramai wanita sukakan dia.
Akhirnya dia kahwin dengan gadis pembantu kedai. Bukan hendak menghina, tetapi itulah kenyataannya. Dia berubah setelah ada banyak wang dan kawan. Maklumlah dah kaya bukan sengkek macam dulu.
''Saya cuba buat tuntutan nafkah anak-anak melalui Biro Bantuan Guaman, malangnya saya dikatakan tidak layak menggunakan khidmat tersebut sedangkan hakikatnya, setelah dipotong hutang tak berapa ringgit gaji yang tinggal. Kerana tidak mampu mengambil peguam, sehingga kini saya tidak mampu menuntut apa-apa pun.
Memakan diri''Lepas cerai, Ris bagi nafkah anak-anak ikut suka hati dia saja. Kalau saya minta dia bayar hutang bank dia langsung tak bagi. Pendek kata dia memang nak menyusahkan saya dengan hutang keliling pinggang. Saya sering menangis mengenangkan nasib, tapi apa nak kata memang salah sendiri nak tolong suami akhirnya memakan diri.
''Apa yang menyakitkan hati saya, Ris terlalu baik dengan orang lain. Pijak semut pun tak mati. Semua orang kata dia pemurah, sopan, suka belanja orang makan dan suka tersenyum. Sebaliknya kalau dengan saya perangainya hanya Allah yang tahu. Pantang cakap sikit dia mula meninggi suara. Nasihat saya langsung dia tak dengar.
''Disebabkan perangainya yang hipokrit itulah ramai saudara mara saya termakan cakapnya. Bayangkan abang saya sendiri sanggup membantu menguruskan perkahwinan kedua Ris dengan perempuan itu. Saya tak pasti sama ada dia percayakan Ris hingga sanggup menolongnya atau adakah wang ringgit Ris membuatkan saya ditolak ke tepi.
''Jika ada majlis kahwin anak-anak saudara saya, Ris dan isteri barunya itu tidak segan silu datang bertandang. Saya amat tertekan dengan perangainya. Dia memang tiada hati perut langsung.
''Sedihnya, saudara mara saya hanya mendiamkan diri atas perbuatan Ris menganiaya saya. Adik-beradik layan saya seolah-olah saya ipar mereka. Padahal sebaliknya.
''Untuk Puan Rosmalena, kita memang tidak bernasib baik mendapat suami jenis ini yang memang tak pernah ada perasaan bersalah dengan apa yang mereka lakukan.
''Mengenai sumpah bekas suami puan di Mahkamah Syariah, ia adalah Sumpah Laknat. Tak mustahil sumpah ini akan memakan dirinya satu hari nanti. Percayalah. Balasan Allah tetap ada hanya menunggu masanya sahaja.
''Dulu Ris pun menafikan dia telah ceraikan saya di luar mahkamah. Dia pun hendak bersumpah tetapi setelah hakim beritahu kesannya Ris jadi takut. Akhirnya dia mengaku menceraikan saya di rumah.
"Saya percaya Allah melihat perrbuatannya. Saya tak halalkan setiap sen duit yang saya bantu menjayakan hidupnya. Pembalasan Allah mungkin lambat, tetapi ia pasti.
''Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah kerana kita yakin di pihak yang benar. Percayalah hukum Allah pasti akan datang satu hari nanti," pinta Farrah Alina kepada Rosmalena yang senasib dengannya.
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Selasa, 6 Mac 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)