KUALA LUMPUR 21 April – Roda kanan pesawat
Penerbangan Malaysia (MAS), MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala LUmpur (KLIA) di Sepang ke Bangalore, India dikesan
mengalami kerosakan ketika berlepas pada pukul 10.09 malam tadi.
Dalam satu kenyataan, MAS mengesahkan pesawat
itu terpaksa melakukan pusingan balik ke KLIA dan dijangka akan
melakukan pendaratan cemas sekitar pukul 2 pagi nanti.
Penerbangan MH192 yang menggunakan pesawat
Boeing B737-800 dijangka akan mendarat di Bangalore pada pukul 11.35
malam hari yang sama.
Pesawat itu membawa 166 penumpang termasuk tujuh krew.
“MAS kini sedang bekerjasama dengan
Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) sebagai
langkah berjagsa-jaga ketika pesawat itu mendarat kelak.
“Kami akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa terhadap situasi ini,” kata kenyataan itu lagi. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)