Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 2 Jun 2010

Facebook : Bahasa Indonessia Kedua Terbesar

Eh eh...biar betul nih? Betul ker?

Memang betullah tu kalau dah diberitahu sendiri oleh Facebook. Tapi musykil juga sebab kalau diikutkan, negara yang paling ramai penduduk adalah China, India dan Jepun. Tapi bila dalam facebook, bahasa Indonesia pula yang bahasa kedua digunakan. Kalau ikut logik, logik ker? Sedangkan Indonesia bukanlah negara maju seperti China atau Jepun di mana rata-rata penduduk mereka tahu mengenai teknologi. Jepun, negara yang maju di Asia pun tidak mempunyai penutur bahasa Jepun paling ramai di Facebook.



Mak ngoh rasa, ramai pengguna facebook negara lain suka menggunakan bahasa Inggeris. Termasuklah penduduk negara kita. Mak ngoh sendiri pun guna facebook berbahasa Inggeris. Tentu ramai lagi yang menggunakan facebook Inggeris berbanding dengan facebook bahasa Melayu.



Kiranya, memang logik lah bahasa Indonesia jadi bahasa kedua kerana mungkin warga Indonesia menggunakan bahasa ibunda mereka semasa melayari facebook. Bermaknanya juga warga Indonesia tidak selesa atau tidak mahir dengan bahasa Inggeris.



Jadi, adakah kita sebagai warga Malaysia ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Facebook supaya nanti dengan harapan bahasa Melayu pula menjadi bahasa kedua yang digunakan di dalam facebook. Tapi rasanya mustahil juga kerana ramai orang kita lebih selesa dan lebih faham bahasa Inggeris bila melayari internet terutamanya facebook.

Pelik pula kan? Bila diminta PPSMI ramai yang bising kerana ketidakmampuan berbahasa Inggeris. Tapi bila berfacebook, budak-budak sekolah suka menggunakan bahasa Inggeris termasuklah pelajar mak ngoh dan adik mak ngoh sendiri.

Tahniah kepada masyarakat Indonesia yang menyayangi bahasa ibunda mereka dan berbangga dengan bahasa mereka. Bilalah rakyat Malaysia nak ikut cara rakyat Indonesia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~


On Nov 13 Nur haura afeeya commented on resepi kuah laksa lemak kuah laksa
*Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan,...(more)

On Apr 15 Anonymous commented on tukar aliran akaun sebab tak minat ker
Abang@kakak memang betul2 tukar ke???Saya terfikir jgk nk tukar aliran

On Mar 14 Anonymous commented on tukar aliran akaun sebab tak minat ker
Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤ Direct sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤ NC. .

On Mar 14 Anonymous commented on suami curang dengan sepupu isteri
Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤ Direct sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤ wO .

On Mar 14 Anonymous commented on mengisi maklumat dalam aplikasi
Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤ Direct sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤ Xz ..

Get This Recent Comment Widget!