Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 13 Jun 2010

Fasha Sandha Kata Ada Pompuan Col Pakwe Dia Pukul 4 a.m

Petang nih mak ngoh nak menyibuk sikit kisah artis kita.
Katanya Fasha Sandha
  1. “Hari yang indah. My love just made a confession ths morning (kekasihku ada membuat pengakuan pagi ini). Eventhough its was ‘lil hurt, but I can forgive him (walaupun ia melukakan hati, tapi saya boleh maafkannya).
  2. “The best part was, perempuan tu called my love at 4am. I found out about it last month and I asked her (bahagian paling bagus, perempuan tu hubungi kekasihku jam 4 pagi. Saya mengetahuinya bulan lalu dan bertanyakannya).
  3. “Then perempuan tu bagi alasan to me that she called on behalf of someone else (perempuan tu bagi alasan dia telefon bagi pihak orang lain).
  4. “Finally my love told me the truth, that she called to ajak lepak with her in Subang (akhirnya kekasihku memberitahu cerita sebenar, dia hubungi untuk ajak lepak dengannya di Subang).
  5. “To that lady, u better watch out, don’t mess with me ya (kepada perempuan tu, jaga-jaga, jangan main-main dengan saya). I got all the prove in the world (saya ada bukti).
  6. “Dulu you dah call bf Almy Nadia pukul 3 pagi, dan semua orang production tahu (dulu awak hubungi teman lelaki Almy Nadia jam 3 pagi, semua orang produksi tahu). Jangan sampai aku and Almy reveal everything (dedahkan semuanya!)” kata Fasha yang memadam kenyataan ini dalam laman sosial Twitter.

Kadang-kadang kesian juga Fasha Sadha nih macam banyak sangat masalah yang dihadapi ( tapi bila dah jadi artis masalah ditukar nama jadi kontroversi). Dengar kata Fasha tahun ni, kalau boleh dia tak mahu dah melayan cerita-cerita gosip mengenai dirinya tapi nak buat macam mana kan? Tak boleh salahkan Fasha gak bila setiap inci tingkah dia kena teropong ngan orang yang mahu menulis cerita.

Hari tu, kisah Fasha yang diberi kejutan dengan kehadiran bekas suami Nora Danish di tempat pengambaran cerita Duyung Aridinata dan kisah itu ditulis di semua akhbar tempatan. Hari nih, kisah lain pula, tapi MUNGKIN juga berpunca dari bekas suami Nora Danish tu. Mak ngoh pun tak pasti sebab Fasha sendiri tak pernah beritahu secara terbuka siapakah My Love dia. Tapi mak ngoh pun tak kisahlah siapa my love sebab, setiap insan terutamanya gadis ada hak nak berahsia siapa kekasih hatinya sehinggalah tiba waktu sesuai untuk diberitahu umum. Mak ngoh faham yang itu.

Kalau dulu, hubungan perasaan hanya melibatkan Nora Danish, bekas suaminya dan Fasha tapi sekarang dah bertambah seorang lagi rupanya. Ewah...

Walaupun Fasha tidak nyatakan siapa perempuan lagi seorang tu tapi jelas-jelas dah dalam Harian Metro tunjuk gambar dan penjelasan Tiz (pelakon Nurkasih yang solehah itu). Menurut Tiz, dia bukan penggoda dan dia okay okay jer ngan Fasha. Lagipun dia kata dia telefon bagi pihak orang lain dan dia kata lepak ramai-ramai ler.

Adakah zaman teknologi sekarang nih, pokok boleh bergoyang walaupun tiada angin?

Mustahil Fasha naik angin kalau tak ada orang yang goda my love dia tu. Kan? Mustahil la pulak Fasha nih over-over cemburu pulak. Kan? Kalau mak ngoh jadi Fasha pun mak ngoh hentam gak dalam facebook ker friendster ker twitter ker or etc. Takkan kita nak duk diam bila ada perempuan col pakwe kita pagi-pagi buta ajak keluar, pukul 4 pagi tu. Huh !!!

Kasihan Fasha, tapi kalaulah mak ngoh jadi Fasha ( dan yang pasti sangat mustahil mak ngoh jadi Fasha)

  1. Berapa kali harus dimaafkan dan berapa kali harus diberi peluang? Lelaki buat salah, mengaku salah dan minta dimaafkan. Kemudian perempuan memaafkan. Adakah perempuan itu yakin yang lelaki tersebut tidak akan mengulanginya? Sebab yang mak ngoh paling risau dengan lelaki, bila mengetahui pasangannya begitu murah dengan kemaafan, tak mustahil dia akan mengulangi kesalahan yang sama sebab dia tahu nanti akan dimaafkan. Yang ruginya perempuanlah, hati terluka!
  2. Mengapa dibiarkan soal pasangan merosakkan karier? Erk, macam mak ngoh sokong jer Fasha berlakon dengan aksi dan baju2nya seksi tu. Tapi itulah, mengapa biarkan soal hati merosakkan kehidupun? Berapa ramai perempuan yang gagal dalam hidup kerana terkandas dek perasaan. Kalau nak berlakon sangat, berlakon jer lah. Lantaklah hati tu. Nanti-nanti, adalah tu jodoh yang sesuai. Huhu.
  3. Barang rampasan memang mudah untuk dirampas lagi.... Huhu... Adeh, kenapa mak ngoh cakap macam nih yer? Tak kata pun siapa yang merampas, siapa yang dirampas sebab mak ngoh tak tahu cerita dulu-dulu. Cuma, lumrah kehidupan macam tu lah. Hukum karma. Cara terbaik adalah jauhi barang rampasan kerana kita tidak mahu kita kecewa jika barang tersebut sekali dirampas. Carilah yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!