Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 15 Jun 2010

Layak ker celcom menang penyedia perkhidmatan tanpa wayar terbaik?

Wah, rupa-rupanya banyak gak celcom nih menang anugerah. Cuma yang mak ngoh terfikir layak ker celcom menang? Atau adakah kerana tiada pesaing yang hebat membolehkan celcom menang.

Bukan apa. Yang mak ngoh bising nih sebab ramai yang merungut kisah broadband celcom yang kurang memuaskan. Mungkin sesetengah tempat broadband celcom nih laju macam kereta F1 tapi rata-rata banyak tempat celcom nih slow ler...

Yang sedihnya, celcom menjanjikan macam-macam hingga menyebabkan ramai orang membeli broadband. Tapi bila balik rumah dan cuma connect internet kadang-kadang cek dan cek rupanya langsung tak boleh connect.

Adik kawan mak ngoh pun pernah mengalaminya, beli broadband dah la beratus-ratus, kemudian balik rumah tengok-tengok tak boleh connect internet pun. Kemudian, dia pergi kasitau celcom dan mahu batalkan sebab tak mo bayar bulanan, dia pula yang kena bayar gantirugi.

Kalau di facebook or di YM, ramai jer pengguna yang komplen broadband nih slow sangat. Boleh guna tapi slow. Ada tu yang sanggup menggunakan ayat 'brok band nih kalau nak banding ngan brok belakang umah aku lagi laju brok tu panjat pokok kelapa'.

Ini kisah bukan di pendalaman sangat-sangat yang memang tak ada coverage telefon. Tapi di bandar-bandar. Di bandar Sandakan sendiri pun tempat mak ngoh, kadang-kadang okay, kadang-kadang langsung tak leh pakai. Semua kawan umah mak ngoh pakai broandband celcom. Begitu juga di Kota Bharu nih, bukan tak leh guna...boleh tapi slow dan kadang-kadang putus-putus terpaksa reconnect berkali-kali.

Kelebihan broadband nih satu jer...mudah alih dan mudah dibawa ke mana-mana. Yang lain tu macam tak ada sangat. Mungkin orang ada tinggal di KL jer yang broadband dia laju.

Diharapkan, pihak celcom buatlah tindakan yang sepatutnya untuk pelanggan2 yang telah membeli dan telah terbeli broandband celcom nih. Dah dapat macam-macam anugerah, takkanlah tak boleh nak ugrade sikit perkhidmatan broadband tu.

Bawah nih, petikan dari Metro mengenai anugerah-anugerah yang dimenangi oleh celcom
CELCOM Axiata Bhd merangkul anugerah Penyedia Perkhidmatan Tanpa Wayar Terbaik 2010 pada Anugerah Frost and Sullivan Asia-Pasifik di Singapura, Khamis lalu.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata anugerah itu memberi makna lebih besar kepada perjalanan syarikat itu dalam meneruskan kecemerlangannya dalam perniagaan.
“Anugerah ini mencerminkan tahap komitmen setiap pekerja kepada syarikat ini. Asas pelanggan kami sudah berkembang dalam persekitaran yang sengit persaingannya dan mencecah 10.4 juta pelanggan,” katanya.

Anugerah yang dimenangi Celcom setakat ini termasuk Penyedia Mudah Alih Terbaik, Penyedia Perkhidmatan Mudah Alih Terbaik, Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar Terbaik dan Penyedia Perkhidmatan Terbaik. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!