Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 16 Oktober 2010

600 guru sandaran tidak terlatih ( GSTT) tidak disambung kontrak

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah menggesa Kementerian Pelajaran menyambung semula kontrak 600 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di negeri ini.

Pengerusinya, Zuraidi Rahim berkata, mereka yang akan tamat kontrak pada 16 dan 30 Oktober ini tidak dapat menyambung perkhidmatan seperti rakan sejawatan di negeri lain.

Sehubungan itu, beliau berharap Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi perhatian serius terhadap masalah kumpulan itu.

“Kami berharap mereka dapat mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC) walaupun sudah ditamatkan dua tahun lalu,” katanya kepada media selepas menerima borang daripada guru terbabit di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, sepanjang perkhidmatan, guru GSTT menunjukkan prestasi amat baik dan diperakui pengetua sekolah tempat mereka mengajar.

“Ini menunjukkan guru sandaran mempunyai kualiti baik dan kementerian perlu mengambil langkah menyerap mereka menjadi guru tetap bagi membolehkan mereka terus menyumbang bakti mereka kepada masyarakat,” katanya.

Seorang daripada guru GSTT, Amir Hamzah Harun, 33, berkata beliau amat terkilan apabila mendapat tahu kontraknya ditamatkan dan tidak boleh disambung seperti yang dibuatnya sebelum ini.

“Saya berharap rayuan kami sebagai guru sandaran melalui GPMS mendapat perhatian dan masalah ini diselesaikan segera,” katanya.

Ruhaiza Kadir, 29, pula telah berkhidmat sebagai guru sandaran lebih tujuh tahun tetapi tidak pernah mendapat status guru tetap walaupun memohon melalui Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI).

“Saya berharap akan mendapat pembelaan sewajarnya demi memastikan perkhidmatan kami dalam bidang pendidikan tidak terhenti begitu sahaja,” katanya.

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENDAPAT MAKNGOH

Tentu kementerian pelajaran pun pening kepala. Guru datang dari pelbagai aliran menyebabkan mereka berjuang mengikut kumpulan masing-masing. Guru yang memang graduate atas tiket ijazah pendidikan 4 tahun kursus, guru program DPLI, guru program KPLI dan guru GSTT.

Guru DPLI dikatakan mendapat kelebihan berbanding dengan kumpulan-kumpulan guru yang lain. Mana tidaknya. DPLI hanya belajar setahun sahaja, kemudian mendapat penempatan lebih awal dari guru yang belajar 4 tahun. Itulah yang menyebabkan ramai tidak puas hati.

Namun, percayalah. Kita akan mendapat rezeki masing-masing di muka bumi ini. Kita kena redha dengan rezeki mereka dan kita kena bersyukur dengan rezeki kita. Dalam banyak-banyak jenis guru, memanglah guru sandaran tidak terlatih adalah guru yang statusnya lebih terumbang-ambing. Kenapa begitu?

Ada suara tak sedap dengar untuk guru DPLI, KPLI dan GSTT

 "itulah, dulu tak nak jadi cikgu. Bila dah tak ada kerja terpaksa jadi cikgu jugak" .

Sepupu makngoh sendiri pernah kata "apa kelas ambil course pendidikan". Dia berbangga ambil course X-Ray. Dah habis belajar tapi kerja tak dapat-dapat. Kemudian...terpaksa bekerja di kilang sambil mohon KPLI. Kini dah berulang kali mohon KPLI tapi tak dapat-dapat. Itulah cakap besar sangat. Ibarat jilat ludah sendiri la pulak. Orang macam ni, memang tak patut masuk ke bahagian pendidikan. Apa guna pelihara guru yang memandang rendah kepada kerja sendiri?

NAMUN, bukan semua DPLI, KPLI dan GSTT sebegitu. Ramai juga guru DPLI, KPLI dan GSTT yang buat kerja dengan bagus malah kadang-kadang lebih bagus dari GST. Lagipun, kalaulah GSTT telah berkhidmat bertahun-tahun lamanya dalam bidang pendidikan...itulah sebenarnya periuk nasi mereka. Jika kontrak mereka tidak disambung, di mana pula periuk nasi mereka? Bagaimana mereka nak sara anak-anak dan keluarga? Mak ngoh berfikir atas nama perikemanusiaan.

Sebenarnya, ini berlaku kerana guru diasing-asingkan latar belakang pendidikan. Seeloknya, terimalah GST, DPLI dan KPLI sedia ada tetapi hentikanlah pengambilan GST, DPLI dan KPLI untuk selama-lamanya. Jangan risau mengenai kekurangan guru atau apa-apa masalah lain. Universiti dan maktab sudah, sedang dan akan melatih ramai lagi bakal guru.

Ops, kedengaran juga suara pelik mengatakan bahawa hanya GSTT, DPLI dan KPLI sahaja yang dihantar ke pendalaman Sabah dan Sarawak. Makngoh tidak setuju dengan suara pelik tersebut. KPM bukan pilih kasih sehingga ke tahap itu. Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing untuk penempatan itu. GST pun bukannya di anak emaskan. ADA GST posting ke bandar, ada GST posting ke pendalaman.

KITA ADA REZEKI MASING-MASING DI MUKA BUMI INI. BERUSAHALAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!