Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 24 Oktober 2010

Sejarah matapelajaran wajib lulus peringkat SPM mulai 2013 | Pro dan Kontra

Mungkin ramai yang sudah tahu kerajaan memutuskan untuk menaik taraf status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Selain itu, kerajaan juga telah memutuskan bahawa sejarah bakal dijadikan matapelajaran teras di sekolah rendah mulai 2014.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bererti setiap calon perlu lulus mata pelajaran Sejarah sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada masa ini di peringkat sekolah menengah, mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.

"Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO, saya mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013 seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM,'' katanya.

Pro dan kontra

Sedangkan dengan hanya Bahasa Melayu menjadi matapelajaran wajib lulus, masih ada lagi pelajar yang gagal. Bukan semua sekolah di Malaysia yang mencatat peratus lulus 100% SPM akibat pelajarnya gagal dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Sekolah makngoh sendiri paling tinggi kami hanya mampu catatkan peratus lulus 98.9 %. Ada pelajar yang gagal Bahasa Melayu dan akan sentiasa ada pelajar yang gagal Bahasa Melayu walaupun macam-macam kaedah P&P dan usaha digunakan.

Jika ditambah satu lagi matapelajaran iaitu Sejarah, makngoh rasa peratus lulus akan menjadi lebih "sakit" tetapi tidaklah "sakit tenat, parah dan kritikal". Ramai yang maklum, Sejarah lebih kepada pembacaan dan pemahaman yang tinggi. Hanya pelajar yang rajin dan dengan ingatan yang kuat boleh mengingati fakta-fakta sejarah.

Bagi kita, tentu sahaja Sejarah dianggap remeh, boleh baca sendiri tanpa bantuan guru. Janji ada buku. Tetapi bagaimana pula bagi pelajar SPM  yang masih lagi tidak mampu untuk membaca?  Mangsanya nanti adalah sekolah-sekolah lemah di mana-mana lulus peratus SPM mereka di antara di bawah 50 %. Apa nasib mereka selepas ini?

Positifnya, Sejarah memang patut dipertengahkan. Masa kini, rakyat Malaysia hidup lebih kepada negeri, lebih kepada kaum dan lebih kepada keturunan masing-masing. Jika kita tahu Sejarah, tidak kira Melayu, Cina atau India sudah tentu Namewee tidak wujud. Pelajarilah Sejarah dan mahirkanlah Sejarah supaya kita tidak kata negeri itu lemah, negeri ini hebat, kaum itu lemah, kaum ini kuat. Makngoh nampak usaha murni yang cuba UMNO buat untuk menyatukan rakyat Malaysia tanpa kira agama, kaum dan negeri. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!