Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 11 Oktober 2010

Punca kemalangan di Simpang Ampat, Rembau 10.10.10

KELAJUAN ITU MEMBUNUH

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.


Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Sehingga pukul TENGAH malam, pasukan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.
-UTUSAN MALAYSIA
APA YANG BERLAKU ADALAH QADA' DAN QADAR ALLAH
KEMBALI KEPADA ALLAH DAN PERCAYALAH
INI TAKDIR DI LOHMAHFUZ
SEBAGAI INGATAN DAN PENGAJARAN
SUPAYA SENTIASA INGAT PADANYA
KEMATIAN ITU BILA-BILA MASA SAHAJA
DAN BUKAN MUSTAHIL BERLAKU PADA
KITA SUATU HARI NANTI
BERHATI-HATI DI JALANRAYA

3 ulasan:

  1. Salam Mak NGoh, Ngeri wehhh koi tengok. Al Fatihah kepada semua mangsa yang beragama Islam dan salam takziah untuk semua keluarga mangsa nhas.

    BalasPadam
  2. WSALAM, memang ngeri...semoga keluarga mangsa semua redha dan tabah

    BalasPadam
  3. antara punca kemalangan dari perspektif agama : byk kenderaan di Malaysia khusunya dibeli dgn cara riba ..cara yang dimurkai Allah…

    Ada satu kisah seorang sahabiah (sahabat nabi berjantina wanita) membawa air minuman lalu terjatuh….dia silapkan diri dia sendiri sebab mungkin ada amalan dia yg tersilap dgn ALLAH…

    TAKZIAH kepada keluarga mangsa…orang mukmin walaupon tercucuk duri pon Allah ampun dosa (mafhum hadis)…inikan lagi kemalangan ngeri sebegini

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!