Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 14 Oktober 2010

Konsert Adam Lambert ‘letak cuka di luka’ VS Maher Zain

Adoi adoi...sakit. Mestilah kan kalaulah anda luka, lepas tu disiram-siram pula luka tu dengan cuka. Aduhai...sakitnya bukan kepalang.

Begitulah juga dengan artis yang dijemput untuk mengadakan konsert di Malaysia iaitu Adam Lambert. Mengapakah kehadirannya ditentang?

Adam Lambert dikatakan seorang artis gay. Malah, dia sendiri juga mengaku bahawa dia gay. DAN, janganlah kita menafikan pula bahawa gay di Malaysia semakin menular dan membarah, jika icon gay dijemput datang menjayakan konsert, makngoh risau... barah menjadi kritikal hingga berulat. Itulah juga ibarat simbah cuka di tempat yang luka.


Sebuah laman facebook (klik sini untuk ke laman tersebut) telah ditubuhkan bagi membantah konsert tersebut dan menyokong konsert Maher Zain. Namun, konsert Maher Zain juga telah menimbulkan perspektif negatif apabila terdapat perempuan bertudung yang terkinja-kinja dan menjerit. 

Yang bagusnya...tak perlulah buat apa-apa konsert. Banyakkan forum dan ceramah agama. Itu yang terbaik sebenarnya namun mustahil dilaksanakan. Forum perdana dan Al-Kuliyah...penonton tak ramai. Ramai lagi penonton di stadium bola. Ekeke.

Dialog salah dengar (tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati)

tukang tanya : apa perasaan anda apabila anda menang tiket percuma ke konsert Adam Lambert?

tukang jawab : oh, saya rasa sungguh teruja. Syukur alhamdulillah ke hadrat ALLAH kepada memberi peluang kepada saya menghadiri konsert yang julung-julung kali diadakan di negara kita ini.

tukang tanya : Tahniah, anda memang sungguh bertuah. Lepas ni, jangan lupa buat solat syukur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!