Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 16 Oktober 2010

Bajet 2011 : Reaksi cuti bersalin 90 hari

Walaupun cuti bersalin 90 hari tetapi jumlah hari maksimun yang boleh digunakan adalah 300 hari. Anda faham apakah kelemahannnya?

300 - 90 (anak pertama) - 90 (anak kedua) - 90 (anak ketiga) = 30 hari baki.

Berapa orang anak penjawat awam wanita boleh bersalin?

Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (MAMANEH), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj bersetuju dengan fleksibiliti menentukan sendiri tempoh cuti bersalin.

Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nor Kamariah Mohd Alwi pula berpendapat ia hanya mengehadkan bilangan anak buat wanita bekerjaya. Makngoh pun setuju pendapatnya.

Mengulas lanjut, Nor Kamariah berkata, mengikut peruntukan itu, cuti 90 hari daripada 300 hari perkhidmatan itu sama dengan cuti bersalin 90 hari untuk anak pertama hingga tiga saja.

Sebelum ini, kerajaan memberikan cuti dua bulan dengan peruntukan 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan dan bilangan itu bersamaan dengan tempoh cuti bersalin hingga anak kelima. Sekarang, bilangan cuti bertambah, tetapi dengan peruntukan sama 300 hari.

“Ini bermakna cuti hanya untuk sehingga anak ketiga, jika wanita terbabit mahu mengambil cuti sehingga 90 hari setiap kali bersalin,” katanya.

Bajet 2011 antara lain memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutama anak yang baru dilahirkan. Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan itu tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sementara itu Dr Harlina yang juga Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) juga berharap sepanjang tempoh itu, ibu mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya.
Beliau yang juga berharap kelonggaran juga diberi kepada ibu untuk bercuti beberapa minggu sebelum bersalin berpendapat memberikan penyusuan penuh dalam tempoh tiga bulan pertama dapat membentuk hubungan baik ibu dan anak.

“Bayi pada usia berkenaan lebih kondusif menerima rangsangan, justeru ‘lebih kuat’ untuk ditinggalkan ibu ketika keluar bekerja selepas tempoh cuti bersalin berakhir.

“Majikan tidak seharusnya melihat cuti panjang diberi menjejaskan produktiviti organisasi kerana banyak bukti menunjukkan wanita berjawatan penting hari ini, mempunyai anak ramai, tetapi tetap fokus terhadap tugas,” katanya.

 CUTI BERSALIN BOLEH DIPILIH - NAJIB

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan memberi fleksibiliti kepada penjawat awam wanita untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin, tertakluk pada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Jadi, mengikut kefahaman makngoh...penjawat awam wanita dibenarkan ambil cuti bersalin sehingga tempoh maksimun 90 hari setiap kali bersalin sehinggalah tempoh itu genap 300 hari.

Jadi adakah itu bermakna, boleh ambil cuti setakat 60 hari jer dan simpan lagi baki yang lain untuk bersalin seterusnya? Jangan ketawa. Tiga kali bersalin bermakna tiga anak sahaja. Tetapi, mesti ramai penjawat awam yang impikan anak lebih dari tiga orang.

Rujukan dari sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!