Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 10 Mei 2012

Status terkini bayi didera ibu kandung sendiri

Kebetulan tadi makngoh menonton Buletin Utama TV3 dan ada laporan mengenai bayi yang dideraoleh ibu kandung sendiri bernama Ira

Menurut laporan tersebut -:


bayi malang itu dijaga oleh sebuah keluarga dan dalam keadaan baik. Pemantauan juga sentiasa diadakan bagi memastikan keadaan bayi itu. Pihak Kebajikan Masyarakat akan menimbang semula emosi ibu bayi tersebut sama ada dia layak menjaga bayi itu setelah keluar dari penjara bulan  November nanti.
Memanglah tempat seorang anak kecil adalah di sisi ibunya tetapi setelah menyaksikan video dera tersebut makngoh rasa eloklah keluarga yang menjaga bayi itu terus menjaganya hingga dewasa. 
Dari blog yang makngoh kunjungi, wanita itu adalah wanita yang tidak bersuami. Jadi entri makngoh sebelum ini adalah tidak benar kerana dalam entri tersebut makngoh mengatakan dia berang kerana suami curang. Semua itu pun makngoh dapat dari blog lain juga. 

Apa-apa pun, perkara itu berlaku 29 Mei 2011, hampir setahun lepas. Bayi itu pun sudah pulih (insyaALLAH). Makngoh juga doakan agar wanita itu juga pulih dan sedar akan kesalahannya. Semoga dia dapat membina kehidupan baru setelah keluar penjara nanti, tetapi bukan dengan bayinya. (kejamkah makngoh beri pendapat ini) 

Sesungguhnya, keselamatan, kebahagiaan dan kegembiraan bayi itu lagi penting. Itu yang makngoh harapkan. 

p/s : video dera itu menghantui makngoh seharian hari ini. Asyik terbayang dan kedengaran tangisan bayi tersebut. Apabila berbual dengan kawan, rupanya mereka juga mengalami peristiwa yang sama. 

HENTIKANLAH PENDERAAN BAYI DAN KANAK-KANAK. 

HENTIKANLAH PEMBUANGAN BAYI.

1 ulasan:

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!