Sudut Test Mouse Kiri

~mereka yang sudi~

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 11 Mei 2012

Mangsa dera Mohd Danish Aiman telah sedar dari koma

Makngoh baru tahu mengenai berita ini. Bayi malang ini dilaporkan telah sedarkan diri pada 29 April 2012. Alhamdulillah. Namun, pendera kejam bayi ini masih belum dapat ditangkap.

KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak mangsa dera, Mohd Danish Aiman Abdullah telah sedar dari koma empat hari lepas, kata pegawai perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pegawai perubatan yang enggan dikenali itu berkata bagaimanapun kanak-kanak malang berkenaan masih gagal memberi respon tindak balas.

"Kecederaan di kepala yang dialami Mohd Danish agak teruk dan ketika ini kami mendapati Mohd Danish tidak mampu bergerak seperti biasa dan kemungkinan dia boleh diserang sawan," katanya ketika ditemui di HSNZ, di sini, Ahad.

Beliau berkata kanak-kanak itu kini diberi makan dan minum melalui tiub dan dia diberi rawatan fisioterapi agar saraf-sarafnya tidak keras dan sentiasa bergerak.