Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini hari ini
memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis
Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah
(JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput
dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.
Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman
terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di
pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini kira-kira 2.45 petang.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012,
selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau
air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja
defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki
simpanan air perumahan itu.
Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari
perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari
tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air
dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.
Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui
identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada
tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian
defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama.
Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian
termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga
memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati
daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu
daripada tangki simpanan di situ.
- gambar hiasan
Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil
langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki
kawasan tangki simpanan air perumahan itu.
Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan
sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan
tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada
defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.
Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka
telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka
sangat tertekan.
Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip
di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air
perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu- utusan malaysia
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Khamis, 20 September 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)