Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 13 September 2012

Cara-cara buat surat izin suami egtukar sesi Januari 2013

Ramai yang bertanya mengenai format surat keizinan suami yang perlu dilampirkan bersama borang egtukar. Makngoh sendiri pun tak pernah tengok format sebenar apa itu surat keizinan suami tetapi makngoh berikan kaedah surat yang makngoh selalu buat. Dengan format tersebut, makngoh berjaya tukar dari Sabah ke KL. Sekarang makngoh usaha tukar dari KL ke Kelantan. 

Format -:
1. Mesti ikut format rasmi dialamatkan kepada pegetua sekolah atau kpm atau pihak yang berkenaan.

2. tajuk ditulis seperti 'surat keizinan suami' ataupun "keizinan suami untuk pertukaran tempat bekerja isteri" dan tajuk lain yang cikgu fikirkan sesuai.

3. Perenggan pertama, suami kenalkan diri sebagai suami kepada si fulan si fulan dan kalau boleh letaklah nombor ic isteri dan tempat mengajar isteri sekarang.

4. Perenggan kedua, ceritalah masalah kenapa suami tidak boleh berpindah ke tempat bekerja isteri.

5. Perenggan ketiga, ceritalah masalah-masalah yang dihadapi isteri di tempat bekerjanya.

6. Perenggan terakhir, ucapkan terima kasih dan 'kata-kata rayuan yang ringkas' agar permohonan pertukaran isteri diluluskan.

Ingatan -:
Semasa makngoh mula-mula belajar surat rasmi semasa di sekolah rendah dulu, makngoh masih ingat cikgu makngoh pesan kalau buat surat rasmi jangan panjang berjela-jela sangat dan jangan sangat bersifat peribadi. Mereka-mereka itu orang besar yang sibuk dan ada banyak lagi surat yang perlu dibaca. Jadi tulislah dengan padat dan straight to the point tak perlu berkias-kias panjang. Cikgu Bahasa Melayu pun cakap English gak dalam kelas BM. Dikhuatiri  jika ada tulis panjang lebar dan sangat berkias menyebabkan mereka hilang mood nak baca, tak jumpa isi penting surat anda dan risau terus tolak tepi surat anda ketika di perenggan pertama lagi. Siapa yang rugi kan? 

YA ALLAH, semoga kami yang memohon bertukar tempat mengajar ini diluluskan dan dapat tinggal dengan bahagia bersama keluarga masing-masing. Amin.

1 ulasan:

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!