Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 22 Jun 2015

Bayaran insuran kereta online | Etiqa Takaful.

Roadtax Si Putih makngoh akan mati hujung bulan ni. Masa cuti sekolah 2 minggu tu, makngoh ke pejabat Etiqa di Kota Bharu. Makngoh beritahu tarikh mati roadtax makngoh dan minta kepastian boleh ke nak terus bayar insuran sebab hari makngoh pergi tu kiranya belum 2 minggu dari tarikh roadtax mati. Kerani di kaunter tu angguk  dan cakap boleh. Tak puas hatinya nak layan dengan tak sama banyak. Bila nak tanya cara nak ambil nombor di kaunter terus buat-buat tak dengar. Memang kurang kemahiran komunikasi betul pengawai tu.

Setelah terkial-kial sendiri register dan tunggu punya tunggu, tibalah giliran makngoh. Nasib baik bukan dengan kerani yang tak reti bercakap tu. Dapat kerani lain. Kerani tu minta cover note insuran dan baca-baca lepas tu cakap belum boleh proses sebab belum cukup 14 hari dari tarikh roadtax mati. PULAK! Geram jugak makngoh sebab kerani yang eksen sorang lagi tu cakap "boleh...boleh". Kalau cakap awal-awal tak boleh, tak payah makngoh buang masa menunggu. Dah la bawa anak kecik lagi tu.

Al-kisahnya selama 8 tahun ni makngoh guna insuran Allianz, saja bertukar angin nak cuba Etiqa pulak sebab makngoh pun dah ada macam-macam insuran Etiqa untuk diri dan anak. Tapi layanan kerani di kaunter dengan ejen insurans Etiqa jauh panggang dari api. Ejen insurans punyalah senyum sampai telinga, ramah mesra cari pelanggan. Bila dah dapat pelanggan, kerani di kaunter pula yang acuh tak acuh. Makngoh pun fikir... elok makngoh teruskan je dengan Allianz.


Hari ni, kiranya dah lebih seminggu dari peristiwa di KB tu, makngoh saja try google dan barulah tahu rupanya boleh beli insurans Etiqa secara online di www.motortakaful.com . Altenatif lain, boleh juga menggunakan myeg dan beberapa web lain yang makngoh jumpa. Jika guna myeg, siap terus dengan roadtax, runner akan hantar ke pintu rumah. (orang lain dah lama tahu, makngoh baru tahu, ketinggalan zaman). 

Dah survey, baca itu ini, akhirnya makngoh ambil keputusan nak beli insuran etiqa pulak, tak jadi Allianz. Tapi makngoh terjumpa 2 kenyataan berbeza dalam versi BM dan BI di bawah ni. Macam-macamlah Etiqa nih. 


 


Makngoh teringin nak share info yang makngoh jumpa di blog ini. Minta halal tuan punya post.





http://insuranskeretamurah.blogspot.com/2014/01/cara-renew-insurans-roadtax-secara.html


Fakta tentang renew roadtax dan INSURANS KERETA dengan MYEG
1. Tak payah ada geran kereta ( pihak bank pegang ) atau geran hilang

Oleh kerana geran kereta masih dipegang oleh pihak bank (loan), kita kena berurusan dengan pihak bank atau AGEN SYARIKAT INSURANS, aku bagi diorang jer uruskan..leceh berurusan dengan JPJ ni, servis lembab, ada la sedikit caj perkhidmatan yang dikenakan, takkan percuma kot.

2. Tak perlu nak melalui proses untuk renew roadtax dan insurans kereta secara manual

Proses nak mendapatkan road tax tu banyak karenah juga, kena jumpa pihak bank/wakil insurans, tanya berapa RM nak bayar, kena keluar duit dulu di bank lain, duit minyak keluar lagi..itu semua menyebabkan kos semakin bertambah. Jadi insurans boleh jugak renew dekat myeg je guna RHB Bank dan Etiqa Takaful. Kalau korang nak insurans lain, tak dapat le dgn myeg

3. Kalau ada saman trafik, camne

Tambah pening kepala kalau polis hantar surat cinta, kata ada saman tak bayar lagi, hah nak renew roadtax kena bayar saman dulu yer. Kalau korang ada saman speeding, korang masih boleh lepas untuk renew roadtax. Kalau saman potong q masa raya lepas, kenalah bayar dulu, guna myeg pun boleh gak bayar saman tu.

4. Kena ada Akaun bank internet macam maybank2u atau cimbclicks

Korang cuma perlu ada akaun bank internet macam Maybank2u or CIMBClicks untuk memudahkan urusan pembayaran kelak,

5. Hanya kenderaan milikpersendirian

Urusan Renew Road Tax setakat ini hanya untuk kenderaan milik persendirian macam Kereta, Van, MPV. Motorsikal belum lagi ya.

Cara renew INSURANS dan roadtax guna MYEG SECARA ONLINE

1. Mula-mula login ke http://www.myeg.com.my

2. Daftar akaun percuma di MyEG kalau belum ada akaun lagi, khidmat daftar ni free je

3. Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)


4. Hidupkan insurans dulu, bawah ni contoh borang online dia







Buat masa ni MyEG menawarkan insuran dari RHB Bank dan ETIQA TAKAFUL, agak2 korang tak reti/pening nak isi borang online dalam tu, klik jer butang Help atas tu. Eksekutif jualan MyEG akan hubungi korang dan setup satu sebutharga jumlah harga yang perlu dibayar, bandingkan dengan harga yang anda selalu buat di bank/ejen insurans, kalau MyEG lebih murah dan berbaloi, jangan tunggu lagi bayar je guna bank online ok. Kalau korang dah ada insurans, silalah teruskan baca menu bawah

5. Login maybank2u melalui MyEG mengambil masa yang lebih lama dari biasa, jadi jangan panik – nak loading maybnk2u lama gak tuh, sabo yek.







Kalau korang nak guna kredit kad ( visa dan mastercard sahaja, amex sory ye )*** ADA BLOG KATA BOLEH DAH GUNA KAD KREDIT- MAKNGOH





6. Setelah pembayaran dibuat, dalam masa tak sampai 1 Hari, runner akan berkunjung ke rumah anda menghantar road tax yang telah siap


Cara renew roadtax guna myeg secara online ( insurans dah ada )


1.Mula-mula login ke http://www.myeg.com.my


2.Daftar akaun percuma di MyEG kalau belum ada akaun lagi, khidmat daftar ni free je

3.Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

4. Pada main page , aku klik BAHARUI CUKAI JALAN kalau ada insuran kenderaan yang masih sah.


5.Isilah data yang diperlukan dalam borang. Buatlah pilihan untuk penghantaran. Klik Process.


6.Kemudian ada page segala data mengenai model kereta, jenis syarikat insuran kereta, tempoh sah insuran juga amount yang perlu dibayar.


7. Klik Confirm & Pay. Pilih cara bayaran, rujuk no.5 di menu Cara renew insurans dan roadtax guna myeg secara online di atas.


Kelemahan renew insurans dan roadtax guna myeg secara online

Satu kelemahan tentang kemudahan ini ialah bila berlaku kemalangan dan korang nak claim insurans, Geran kereta perlu dihantar ke pejabat MyEG di Petaling Jaya, untuk dicetak maklumat JPJ, Kemudian baru pihak Insurans akan meluluskan tuntutan/claim anda.


Klik Sini Untuk Ke Laman Rasmi My-Eg


2 ulasan:

  1. terbaik maklumat berguna , senang nak paham macam mana nak renew road tax

    http://www.insuranskereta.my

    BalasPadam
  2. terbaik maklumat berguna , senang nak paham macam mana nak renew road tax

    http://www.insuranskereta.my

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!