Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 20 Jun 2015

Selamat tinggal Celcom Broadband. Welcome U Mobile


Minggu  lepas, makngoh ke Blue Cube Celcom di KB Mall hajatnya nak tukar plan nombor broadband makngoh ke plan First. Makngoh tanya kiosk Celcom di tingkat atas KB Mall, katanya boleh tukar, bayar RM 40.



Tunggu punya tunggu bila sampai giliran makngoh rupanya, nombor broadband tak boleh tukar ke plan lain sebab dah memang set macam tu. Sayang betul sebab nombor broadband tu cantik.

Lepas tu pulak, masalah broadband celcom makngoh nih (orang lain tak tahu le) guna 2 3 hari je lepas tu terus habis kuota. Makngoh ambil pakej RM48 sebulan. Awal-awal dulu puas hati la jugak dengan broandband tapi bertahun-tahun makin mengecewakan. Nak-nak lagi kalau hujan petang, malamnya terus line jadi chipsmore. Ada takde. Penat dah nak buat aduan. Akhirnya, makngoh buat keputusan nak terminate je la nombor broadband tu. Terima kasih dah berkhidmat dengan makngoh sejak 2007 hinggalah sekarang bulan 6 2015. Lama tu.

Sekarang, makngoh masih guna plan Celcom 1M untuk telefon. Kalau terjumpa nombor Celcom First cantik nanti, makngoh nak terminate la pulak celcom 1M tu sebab makngoh nampak plan First lagi murah dari 1M.  Cuma masalahnya 1M punya sama la gak. Cepat habis kuota sedangkan makngoh ni bukan jenis layan media di telefon pun. Sedar-sedar dah 70%... pastu 100% lepas tu tengok-tengok kredit RM0.


Disebabkan kerja makngoh banyak melibatkan internet di laptop, jadi makngoh ganti broandband dengan mifi U Mobile. Makngoh dah survey-survey dan buat perbandingan dengan yang lain macam Yes4G, TM Broadband, Digi dan Maxis.

Plan yang makngoh ambil ni RM88 dengan kuota 21GB (tak termasuk GST). Bulan ni nak tengok habis ke tidak 21Gb tu, kalau tak habis ingat nanti nak tukar ke 10GB je la. Sebab makngoh try test tengok video dan macam-macam lagi, baru habis 2GB. Kalau Celcom dulu, mau dah lebih 5GB.

Kelajuan


Sebab kawasan makngoh di Kepong ni memang ada coverage 3G dan 4G U Mobile, bagi makngoh oklah. Rasaya macam laju lagi line Celcom (time  tak meragam). Tapi dengan U  Mobile pun oklah. tak laju tak slow tak sampai tahap merangkak. Tengok youtube oklah. Laju jer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!