Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 15 November 2015

Diet Atkin memang terbaik!!!


Alhamdulillah... dah masuk dekat 3 bulan makngoh mengamalkan diet atkin. Berat badan dari 70.1kg sekarang 59.4 kg.

Untuk mereka yang blur apa itu diet atkin, meh makngoh cerita serba ringkas pasal diet ni. Diet atkin bukan diet 0 karbohidrat. Anda masih boleh makan karbohidrat tetapi dengan kadar yang minumun. Jadi namanya low carbohidrat bukan zero carbohidrat pun. Lagi 1 kena ingat, makanan memang ada karbohidrat cuma kuantitinya je yang berbeza even serai, bawang, halia, ajinomoto, lada hitam lada sulah yang diproses. Jadi jika anda betul2 nak ikut diet ni..kena sangat-sangat berkira dengan karbohidrat tersembunyi nih terutamanya di fasa 1 dan fasa 2.

Okay, atkin ada 2 jenis. Satu yang atkin 20... satu lagi atkin 40... 20 .. 40 itu adalah gram karbohidrat minumun yang kita boleh ambil. Jika nak turunkan berat yang banyak kilo jadi digalakkan buat atkin 20. memang agak strict tapi penurunan berat agak pantas. Atkin40 boleh untuk ibu yang menyusukan baby atau untuk individu yang cuma nak turunkan berat 5-6 kilo.

Ada 4 fasa dalam atkin. Fasa paling penting of course la fasa 1. Fasa pantang yang amat. Tak boleh minum manis,,, tak boleh ambil sebarang karbohidrat. Kena faham karbohidrat tu datang dari apa? Semua bahan bertepung dan manis even manis buah pun tak boleh. Sebab tu lemon ke limau kasturi ke memang tak lulus dalam fasa 1. Semua jenis buah tak lulus fasa 1 kecuali avocado.

Bila dah buat atkin, anda akan jumpa satu istilah iaitu ketosis. Kemudian. jumpa plak istilah ketone strip. Ketosis tu berlaku bila badan dah mula bakar lemak untuk jadi tenaga. Time tu akan mula la rasa pening, bibir kering, pastu mungkin naik ruam biji merah di badan dan muka sebab toksin-toksin keluar. Tapi simtom itu sekejab je. Tak lama pun. Ketone strip plak adalah jalur untuk cek ketosis. Ada dijual di farmasi. Makngoh tak guna pun. Kalau dah tak ambil apa-apa carb so tak perlu risau diet kita berada di landasan betul atau tak.


Apa yang best pasal diet atkin, anda boleh makan banyak-banyak. Tak perlu berlapar. Dengan syarat makan benda yang diluluskan seperti lauk pauk dan sayuran. Boleh makan banyak mana pun. Jadi tiada istilah berlapar sebab diet. Lagi satu air kosong mesti minum dengan kuantiti yang sesuai dengan berat badan kita. 50 kg kena minum 2 liter air. Jika 75 kg minum 3 liter air. Buat senaman lagi cepat berat turun. 2 minggu pertama diet memang berat akan turun lajuuuu. Memang teruja la.


Cerita negatif mengenai diet atkin yang orang sebar adalah kesan pada buah pinggang bila banyak ambil protein. Bagi makngoh, jika anda ada masalah buah pinggang dan juga diabetis...tak payah la amik risiko. Pastikan kesihatan anda berada di level yang baik sebelum memulakan diet ini. Setakat ini ramai yang berjaya kurus dan slim tanpa ada kesan buruk pada kesihatan. Malah ramai yang dah maintain slim walaupun dah bertahun-tahun tinggalkan diet ini.






Ini contoh jadual makan diet atkin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!