Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 1 Oktober 2010

Kita semua akan pergi

Sekarang ni, mak sedara makngoh sedang tenat di Hospital USM Kubang Kerian.

Mulanya, tahun lepas dia mengidap kanser serviks. Tapi sayangnya, lewat tahu dan bila dah tahap akhir baru tahu. Selepas buat rawatan dan pembedahan, akhirnya dia pulih. Doktor pun terkejut apabila dia pulih.

Tapi rupanya sekadar hanya beberapa bulan. Kansernya merebak ke hati dan tulang.

Masa pertunangan makngoh bulan 3, dia sihat. Dia sempat menolong kami pada hari majlis. Tapi, majlis kahwin makngoh awal Syawal lepas, dia dah terlantar sakit. Sudah tiada harapan. Dia minta izin dengan doktor untuk pulang ke rumah dan ingin meninggal di rumah.

Sebelum bertolak ke Sabah 19hb lepas, makngoh pergi ke rumahnya. Masa tu dia kelihatan sihat walaupun masih terlantar di katil. Dia boleh bercakap, senyum dan makan macam biasa.

Dia cakap dengan makngoh
"Cik Lah dah agak, Cik Lah tak boleh pergi majlis kawin kak long. Cik Lah sempat majlis tunang kak long je. Masa tu, memang Cik Lah dah rasa sakit-sakit tu"

Sedih la apabila melihatnya.

Semasa makngoh bersalam dengan dia, dia minta maaf dari makngoh. Menitis airmata makngoh.

Anak bongsu Cik Lah pula berumur 13 tahun, kakaknya 14 tahun dan abangnya 21 tahun. Kasihan makngoh tengok yang bongsu tu. Dia selalu termenung dan sedih.

Sekarang, kami sekeluarga dah memang redha. Bukan menunggu detik dia akan pergi tapi kami sudah bersedia ke arah itu. Baru makngoh tahu bagaimana rasanya bila mempunyai ahli keluarga yang menghitung hari menyahut panggilan Ilahi.

Sesungguhnya kita semua akan dipanggil mengadap ALLAH mengikut giliran masing-masing.

*keluarga makngoh panggil makngoh 'kak long'. Sebab makngoh anak sulung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!