Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 4 Januari 2011

Datuk Misbun Sidek letak jawatan | Punca Misbun Sidek letak jawatan

Di bawah hanyalah petikan laporan berita dari akhbar tempatan. Makngoh tidak membuat sebarang pandangan. Sila klik pada tajuk untuk melihat sumber berita tersebut.

 

> 'Berilah saya masa'

Oleh Mohd Hilmie Hussin

“SAYA hanya boleh pesan kepada Chong Wei (Datuk Lee Chong Wei) supaya selamatkan diri sendiri sebelum kita cuba selamatkan orang lain,” kata jurulatih badminton negara Datuk Misbun Sidek di kediaman keluarganya di Banting, Selangor, lewat petang semalam.

Kenyataan penuh bermakna itu keluar dari mulutnya menjawab pertanyaan sekiranya Lee Chong Wei mahu mengikut jejak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Usaha menjejaki Misbun untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu peletakan jawatan berkuat kuasa semalam bagaimanapun masih gagal menemui jawapannya.

 
Walaupun berjaya menemui jurulatih itu, beliau masih enggan berbicara dan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku.

“Seperti saya katakan sebelum ini, saya belum sedia untuk memberi sebarang ulasan. Berilah saya masa... biarkan semua ini reda dulu,” kata Misbun yang berjaya mengangkat Chong Wei ke ranking nombor satu dunia sejak 2008 hingga kini.

Biarpun lebih banyak membisu daripada menjawab persoalan, beliau tetap menghormati permintaan wartawan apabila menjawab beberapa pertanyaan yang dirasakan tidak akan menyinggung mana-mana pihak.


 
“Saya sedia bertemu Nadzmi (Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh) jika dia mahu jumpa, atas dasar bekas majikan,” katanya.

Namun ketika ditanya sama ada akan kembali bersama BAM Misbun berkata: “Kita tengoklah, kalau... (tidak meneruskan ayat).”
 
Bagaimanapun emosinya terusik apabila diajukan soalan mempersoal kesetiaannya pada negara dengan mengambil tindakan meletak jawatan ketika negara memburu emas pertama Sukan Olimpik.
 

“Terpulang kepada orang, apa mereka nak cakap, tapi selama ini...,” kata Misbun sambil mengurut dada menahan sebak.

Peletakan jawatan Misbun ini menyebabkan Chong Wei bertolak ke Taiwan untuk Siri Super Final petang semalam diiringi Tay Seu Bock.

>Tengku Kamil tak terkejut

Oleh Asrol Awang
TIMBALAN Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah tidak terkejut dengan tindakan Datuk Misbun Sidek meletakkan jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara, Sabtu lalu.

Menurutnya, ini kerana sebelum ini beliau sudah mendengar desas-desus bahawa jurulatih itu tidak berpuas hati dengan sistem latihan dan kejurulatihan baru.


“Saya tidak terkejut dengan keputusan Misbun kerana itu hak beliau untuk bebuat demikian,” katanya.

Beliau turut mengakui selain Lee Choong Wei ingin keluar daripada BAM, beberapa pemain lain juga dikatakan bakal membuat keputusan sama.


BAM mahu jumpa Misbun 

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mahu mendengar penjelasan dari mulut Datuk Misbun Sidek sendiri berhubung peletakan jawatannya sebagai jurulatih perseorangan badminton negara, kata Pengurus Besarnya, Kenny Goh.
 
Beliau berkata mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat selepas Presiden Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh pulang dari luar negara bagi mendengar penjelasan Misbun serta berbincang mengenainya.

Katanya BAM akan mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Nadzmi selepas penjelasan tersebut.

“Buat masa ini masih terlalu awal bagi BAM untuk membuat sebarang komen dan lebih elok perkara ini dibawa ke mesyuarat dalaman bersama Misbun untuk mendapatkan penjelasan terperinci bagi mengenali punca sebenar beliau bertindak demikian,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta spekulasi berhubung peletakan jawatan Misbun dihentikan.

Goh yang terkejut dengan surat peletakan jawatan Misbun itu bagaimanapun berharap ia dapat diselesaikan sebaik mungkin agar tigak menggugat prestasi skuad badminton yang tersenarai dalam program “Road To London 2012“.
 


Katanya, dengan ketiadaan Misbun, tugas melatih Lee Chong Wei akan digalas seorang lagi jurulatih perseorangan, Tey Seu Bock, bagi menghadapi Kejohanan Super Series Masters Finals di Taiwan bermula esok.

“Kebetulan kejohanan Super Series kali ini di bawah kendalian Tey. Sebelum ini, dalam kejohanan tertentu, pemain akan dikendalikan Misbun dan Tey,” katanya.


Shabery tunggu penjelasan BAM

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) masih menunggu penjelasan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi mencari punca terhadap tindakan mengejut Datuk Misbun Sidek meletak jawatan jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan.
 
Ahmad Shabery berkata beliau akan bertemu dengan Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh yang akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat ini bagi mendapatkan penjelasan sebelum beliau bertemu dengan Misbun.

“Masih terlalu awal untuk kita buat andaian dan dalam masa sehari dua ini saya sengaja membiarkan perkara ini berlalu bagi membolehkan kedua-dua pihak mendapat pertimbangan yang sewajarnya bagi menyelesaikan perkara ini,” katanya.

 
Kementerian, tambahnya, ingin mencari punca masalah tersebut tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

“Setelah mendapat pejelasan daripada kedua-dua pihak barulah kita cari jalan bagi menyelesaikan masalah itu.

“Apa pun keputusaan yang bakal dibuat nanti mestilah tidak membelakangkan kepentingan negara kerana badminton mampu memberi sumbangan pingat pada Sukan Olimpik London 2012 nanti,” katanya. Ahmad Shabery berkata beliau tidak menyalahkan pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengambil keputusaan untuk keluar daripada BAM kerana faham dengan tekanan yang bakal dihadapinya.



“Sudah pasti Chong Wei akan rasa tertekan apabila jurulatih dianggap bapanya sendiri membuat keputusan untuk letak jawatan,” katanya.

Ini masalah saya dan BAM - Misbun

KUALA LUMPUR -Datuk Misbun Sidek mengambil sikap berdiam diri berhubung isu peletakan jawatan sebagai jurulatih dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Wartawan Utusan Malaysia menjejaki beliau sehingga ke kediamannya di Taman Ukay Perdana, Ampang dekat sini, bagi mendapatkan penjelasan berhubung keputusannya itu, namun Misbun tetap enggan membuka mulut mendedahkan punca beliau berbuat demikian.

Daripada persoalan hangat mengapa beliau meletak jawatan, sehinggalah perancangan masa depannya, satu demi satu soalan cuba ditanyakan kepada Misbun dengan harapan dapat 'mencungkil' sesuatu, namun tiada satu pun yang berakhir dengan jawaban.

"Minta maaflah, saya tidak mahu mendedahkan apa-apa berhubung perkara ini.
"Ini merupakan masalah saya dan persatuan (BAM), ia tidak perlu didedahkan kepada umum," katanya.
Ditanya sama ada BAM telah menerima peletakan jawatan beliau, Misbun sekadar menjawab: "Saya sudah serahkan surat letak jawatan."

Namun, dari raut wajahnya, bekas jaguh badminton perseorangan negara itu yang terkenal dengan servis 'S' suatu ketika dulu, beliau kelihatan memendamkan sesuatu yang amat berat untuk ditanggung.
Walaupun enggan mendedahkan apa yang tersurat di hatinya, Misbun tetap melayan mesra kunjungan wartawan Utusan Malaysia yang datang ke kediamannya.

Walau ditanyakan berulang kali, Misbun tetap dengan pendiriannya untuk tidak mahu, atau juga mungkin belum bersedia untuk penjelasan atau alasan mengapa beliau meletak jawatan.
 

‘Saya okay dengan Misbun’


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!