Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 5 Januari 2011

Makngoh sedikit bengang

Sedikit bengang bukan bengang sepenuhnya.

Makngoh datang-datangnya jer sekolah, Isnin lepas makngoh tengok meja berselerak. Kotak kalkulator bertaburan atas meja.

Makngoh pun tanya khabar guru-guru lain. Rupanya semasa cuti hari tu time exam SPM, ada guru bertaraf penolong kanan yang mengambil kalkulator-kalkulator makngoh untuk diberi kepada pelajar SPM yang tiada kalkulator. Niatnya, bagus dah untuk membantu pelajar menjawab kertas Matematik SPM yang memang makngoh ajar.

Tetapi yang menyebabkan makngoh sedikit bengang adalah kalkulator-kalkulator itu tidak dipulangkan. Hanya kotak-kotaknya sahaja yang bertaburan. Apabila dikira-kira 13 buah kalkulator hilang. Adus!!!
Memanglah kalkulator itu bukan hak milik makngoh, milik Panitia Matematik sekolah. Jadi, nak menghilangkan rasa bengang itu, makngoh pun kata dalam hati, " tak apalah, bukan kalkulator aku jugak. Bukan beli dari duit aku jugak"

Hingga hari ini makngoh menunggu makluman dari guru yang mengizinkan pelajar mengambil kalkulator tersebut tetapi diam je. Kedengarannya, guru tersebut tidak menulis nama pelajar yang mengambil kalkulator. Alasannya tidak sempat ambil nama kerana pelajar berebut-rebut.

Apabila diajukan kepada Ketua Panitia pula, katanya biarkanlah. Duit sekolah juga.

p/s : kenapanya kita manusia. Barang bukan milik kita terutamanya milik kerajaan, kita tak heran sangat. Kalau barang kita sendiri, lain pula cara kita jaga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!