Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 11 Januari 2011

Kisah ringkas koma Ariel Sharon | Derita sebelum mati

Ariel Sharon, 82 merupakan Perdana Menteri Israel dikatakan terlibat dengan penyembelihan masyarakat Islam Palestin di khemah pelarian Shabra dan Syatila. Kalau anda pernah menonton Majalah3 di TV3, peristiwa Shabra dan Syatila ini pernah direncanakan dan memang menyedihkan melihat tinggalan sejarah di Lubnan yang hampir mencapai 29 tahun. Kejadian Shabra dan Syatila berlaku pada 16 September 1982.

Semua orang tahu, itu kerja Israel. Hingga sekarang pun kita tahu kerja Israel...tetapi tiada pun keadilan untuk penduduk Lubnan. Namun ALLAH itu Maha Adil. Ariel Sharon dibalas di dunia lagi atas dosa-dosanya.
Sebelum Ariel koma, dia sering bermimpi ngeri. Dia bercerita bahawa dia melihat dirinya diikat dan dirantai dalam keadaan bogel dan diheret di atas sebuah kenderaan melalui jalan-jalan di Gaza.

Seminggu sebelum dia koma, mimpinya lebih ngeri. Dia nampak dirinya dicampak ke dalam perigi yang dalam. Mimpi-mimpi tersebut akhirnya menyebabkan dia koma. Itu berlaku pada tahun 2006.


*gambar koma hiasan


Tahun 2009, Ariel Sharon masih koma dan stabil namun kebolehan kognitif lelaki itu sudah musnah akibat strok dan peluang sembuhnya rendah.

Kini 2011, sudah 5 tahun Ariel Sharon koma. Keluarganya tetap mahu menggunakan mesin bantuan hidup untuk lelaki itu walaupun tiada tanda-tanda bahawa Ariel Sharon akan sembuh.

Apakah yang dilalui oleh Ariel Sharon dalam masa 5 tahun koma ini? Hanya dia dan ALLAH sahaja yang tahu. Mungkinkah Ariel Sharon akan dapat pulih kembali?

1 ulasan:

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!