Menurut pendapat ulamak, membersihkan pakaian dengan menggunakan mesin basuh dibolehkan dan pakaian yang dibersihkan itu hukumnya suci tetapi dengan syarat pakaian tersebut tidak terkena NAJIS.
Namun, yang menjadi persoalannya adalah membasuh pakaian yang bernajis atau pakaian yang terkena najis seperti darah, nanah, tahi, dan lain-lain. Maka, hukum pakaian yang dicuci itu tidak suci kerana air yang tidak sampai 2 qullah dalam takungan mesin basuh itu.
Jika menggunakan mesin basuh semi auto, anda hendaklah membilas pakaian tersebut dengan mengalirkan air yang diganti beberapa kali. Kemudian, barulah pakaian tersebut dimasukkan ke ruang pengering utnuk dikeringkan.
Jika menggunakan fully auto, sedikit masalah timbul kerana ketika membilas pakaian, mesin tersebut tidak mengalirkan air pada pakaian sebaliknya menakung air dan merendam semula pakaian. Oleh sebab pakain belum suci (atau bernajis) maka seluruh takungan air itu jadi bernajis. Begitu juga untuk bilasan kedua. Kemudian, pakaian yang masih belum suci itu akan dikeringkan menjadikannya tetap tidak suci.
Jadi, jika anda inginkan pakaian anda suci, makan hendaklah pakain-pakaian di dalam mesin dibilas dengan air suci. Selain itu, bagi pakaain yang bernajis, hendaklah dibersihkan terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Jangan campur adukkan pakaian bernajis dengan pakaian tidak bernajis lebih-lebih lagi seperti telekung solat, sejadah dan lain-lain.
Apa yang amat penting dan perlu diambil kira ketika membasuh pakaian bernajis atau tidak, mestilah mengalirkan air mutlak pada pakaian tersebut pada bilasan yang terakhir atau boleh juga mencelup pakaian itu ke dalam air yang banyak (lebih 2 qullah) seperti kolam, atau anak sungai yang mengalir.
Thanx for info makngah.. selama ni tak pernah terfikir pun tentang hal ni..cuma bab basuh telekong atau sejadah.. saya tetap asingkan..
BalasPadam