Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 28 Mac 2011

Planet Nibiru langgar bumi 2012?


DAKWAAN dan hipotesis mengenai penemuan dan fenomena di angkasa menjadikan bidang astronomi dan astrofizik begitu unik dan penuh dengan misteri.

Bayangkan, dengan banyaknya objek di ruang angkasa dan timbulnya pelbagai macam andaian kewujudan hidupan lain, mendorong kepada kajian yang lebih teliti menggunakan peralatan yang canggih dan sensitif.

Sebab itu sebarang penemuan 'planet' atau fenomena angkasa menimbulkan perdebatan yang menarik.

Tidak lama dulu, munculnya apa yang didakwa sebagai pseudo sains iaitu dakwaan daripada beberapa individu bahawa bumi ini akan hancur.

Kalau benar berlaku maka belasungkawalah bumi.

Kehancuran itu berpunca daripada perlanggaran dengan planet Nibiru yang dijangka berlaku tahun depan.
Teori Nibiru melanggar bumi muncul pada 1995 mulanya selepas individu bernama Nancy Lieder.

Beliau mengasaskan laman web Zetatalks dan mendakwa mempunyai kebolehan dihubungi oleh extra terrestrial (ET) dari sistem bintang Zeta Reticuli menerusi implan yang dipasang pada otaknya.

Beliau mendakwa telah dipilih untuk memberi amaran dunia bahawa pada 2003 berlaku satu perlanggaran melibatkan sistem suria.

Lieder mendakwa beliau diberi amanah untuk memberi amaran kepada manusia bahawa satu objek ,planet X akan memasuki bahagian dalam sistem suria pada Mei 2003 dan berlanggar menyebabkan Bumi mengalami anjakan kutub yang akan memusnahkan manusia (namun begitu tarikh tersebut telah digugurkan).

Bagaimanapun perkara itu tidak berlaku dan isu itu berkembang di laman-laman web yang dikendalikan oleh kumpulan-kumpulan yang mempercayai kemusnahan bumi (doomsday ) mengaitkannya dengan fenomena perlanggaran planet X dengan bumi pada tahun 2012.

Planet X itu kemudiannya dikaitkan dengan Planet Nibiru meskipun planet berkenaan (Nibiru) sebenarnya merupakan kajian penulis Zecharia Sitchin yang memberikan interpretasi berkaitan mitologi tamadun Sumeria dan Babylon.

Prof. Datuk Dr. Mohd Zambri Zainuddin turut menjelaskan bahawa, teori tersebut sebenarnya bersandarkan kepada kalendar masyarakat Maya yang membuat kalendar pada zaman mereka dan hanya mampu tercatat/direkod sehingga hujung bulan Disember tahun 2012.


''Namun ada yang menganggap bahawa itu petanda akhir zaman,"katanya.

Yang jadi isu kata beliau ialah Lieder yang mendakwa pada 2003 planet X akan datang sedangkan ia hanyalah sebuah komet.

Pada masa sama, seorang ahli Zeta talk , Mark Hazlewood mengambil idea Lieder dan menulis sebuah buku berjudul Blindsided : Planet X Passes in 2003.

Berdasarkan kajian Sitchin pula berkenaan Nibiru atau Marduk, daripada naskhah Babylon, sebuah planet gergasi akan melalui Bumi setiap 3,600 tahun.
Hasil kajian Sitchin ini dibukukan dan diberi judul The End of Days yang mana antara kandungannya ialah kali terakhir Nibiru melintas Bumi ialah pada 556 sebelum Masehi.

Ini bermakna, selepas 3,600 tahun pada tarikh 556 Sebelum Masehi ialah pada tahun 2900 Masehi.
Namun begitu Sitchin percaya bahawa planet itu mungkin datang lebih awal dan beliau meramalkan antara tahun 2090 dan 2370 Masehi.

Masih banyak lagi dakwaan dakwaan muncul berhubung fenomena rekaan ini tetapi pada akhirnya ia meninggalkan banyak reaksi kepada manusia, berhubung jangkaan-jangkaan pada masa akan datang.

Ia akhirnya berkaitan dengan kepercayaan manusia kepada perkara-perkara yang misteri, dewa dan fantasi.

Seperti juga penamaan planet yang mengambil nama dewa, manusia tidak dapat lari daripada ketinggian 'kekuasaan' yang lebih hebat daripada mereka.

Apa pun dalam konteks sains astronomi, kajian ini selalunya dibawa kepada Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU), sebuah badan yang diasaskan pada 1919 bertujuan mempromosi bidang sains angkasa.

Badan ini menjadi tempat rujukan untuk pengesahan dan pengiktirafan mengenai penemuan objek di alam semesta ini.

Ini termasuk penamaan planet dan pengesahan fenomena angkasa.

Ditulis oleh -:
LAUPA JUNUS
laupa.junus@utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!