"Cuba cikgu fikir dan ingat step-step pergerakkan poco-poco, sebenarnya bentuk apa yang terhasil?"
Belum sempat makngoh habis fikir, tapi kawan-kawan yang lain ada bisik "Simbol salib"
Namun, ada juga rakan-rakan lain yang menidakkan pendapat ustaz-ustaz tersebut. Katanya mereka bukan apa pun...sebab poco-poco hanyalah sekadar senaman.
Itu dulu, cerita bertahun-bertahun dulu dan makngoh tidak buat aktiviti poco-poco sejak sekian lama dah. (memang tak bersenam pun)
Hari ini, Kosmo siarkan berita di bawah -:
Perak haramkan tarian poco-poco
IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~******
p/s : Sabtu ni, cikgu-cikgu ada LDP....dengar kata ada tarian poco-poco gak nih. Confirm dah makngoh tak join. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)