Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 8 Mei 2011

NUTP cadang tugas rekod BMI pelajar dilakukan jururawat

Isu rekod BMI pelajar timbul apabila kementerian pelajaran bising dengan isu pelajar obes dan juga isu nasi lemak yang dijual di kantin sekolah. Tindakan kementerian pelajaran ini menimbulkan 2 persepsi berbeza dan bertentangan dengan saranan dari KPM sendiri.

Mengenai cerita nasi lemak punca pelajar obes, ramai yang tidak setuju termasuklah makngoh sendiri. Terang lagi bersuluh, pelajar sekarang mengalami masalah obesiti disebabkan oleh makanan segera yang dihidangkan oleh ibu bapa di rumah dan di restauran. Bukan salah nasi lemak iaitu makanan yang dimakan sejak zaman nenek moyang lagi.

Lagi hangat pula, guru perlu merekodkan berat dan tinggi pelajar dan mengira BMI pelajar. Makngoh terfikir siapakah yang akan diberi tugasan ini? Macam guru kelas...Namun, KPM juga sepatutnya tahu bahawa BMI pelajar sudah direkodkan sebanyak 2 kali setahun dalam PROGRAM SEGAK Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Jadi, kenapa perlu dipersusahkan lagi guru?

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pula mencadangkan agar jururawat pula yang turun ke sekolah secara berkala untuk merekod BMI pelajar. Haha....nanti kita boleh dengar pula reaksi jururawat.

Orang itu, orang ini, pihak itu, pihak ini....tapi sebenarnya nak kuruskan badan pelajar bukan tugas guru dan bukan tugas jururawat. Ambil BMI mungkin bukan satu masalah besar. Apa nak buat selepas BMI diambil? Buat analisis? Berapa salinan? Jangan nanti ada pula E- BMI yang perlu guru data key-in secara online.
Alamatnya, meletuplah komputer guru-guru data. Line internet problem!!!

 Okay, katakan selepas analisis apa lagi tindakan yang harus diambil? Guru hantar keputusan analisis kepada ibubapa dan sarankan makanan apa yang patut dan tidak patut diberi kepada anak mereka? Jika, tiada perubahan dalam BMI pula, adakah nanti, guru akan hantar surat amaran seperti amaran ketidakhadiran tetapi ditukar nama surat amaran BMI 1 hingga ke surat amaran BMI terakhir? Jika tiada juga penurunan berat badan pelajar, adakah pelajar akan dikenakan tindakan buang sekolah? Haha, melampau-lampau imaginasi makngoh. :)

Senang kerja dan senang cerita...sebenarnya KPM boleh bertindak dengan mendidik ibubapa mengenai pemakanan anak-anak masing-masing, jika betul KPM sangat memandang serius isu BMI pelajar. Mungkin bukan nasi lemak yang harus KPM haramkan tetapi KFC, MC'D etc yang perlu diharamkan oleh ibubapa.

Namun, makngoh percaya...ibubapa zaman moden juga menitikberatkan penampilan dan BMI anak masing-masing. Cuma mungkin yang menjadi masalah jika masalah obesiti itu diwarisi. Lagi pula, bagi makngoh pelajar obesiti boleh dikira dengan jari dalam satu-satu kelas. Kadang-kadang, dalam satu kelas, tiada pun pelajar yang obes. Namun masalah yang sering diperkatakan guru dan tidak mendapat perhatian KPM ialah masalah pelajar MALAS!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!