Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 30 April 2010

Penderaan Kanak- kanak

Hari nih Mak Ngoh rasa amat sebak bila baca paper mengenai kisah kanak-kanak yang berlaku di dalam negara kita sekarang. sedih lah mentang-mentang kanak-kanak insan yang lemah dan tidak berdaya macam-macam orang dewasa buat pada kanak-kanak. Ada pulak tu orang dewasa sendiri yang mengabaikan keselamatan dan kebajikan anak sendiri. Tak patut sungguh.

kesan lebam tanda didera : Kes 1

Kes 1 Di Melaka pula 28hb April 2010,seorang kanak-kanak tahun empat telah didera dengan rotan dan getah paip oleh kedua-dua ibubapa kandungnya. Ini adalah kerana kanak-kanak tersebut dikatakan seorang yang hyperaktif. Difahamkan kanak2 tersebut telah dipelihara oleh neneknya sejak lahir namun diserahkan kembali kepada ibubapanya pada tahun 2008. Sejak itu, kanak2 tersebut telah didera. Masalahnya, dia ada 4 beradik dan hanya di seorang jer yang didera. Ibubapa kandung pun pandai bezakan kasih sayang terhadap anak. Apatah lagi ibubapa tiri. Jahat punya manusia. Kes ni terbongkar apabila kanak2 itu sudah tidak tahan sakit di dera dan dia melarikan diri ke pasar malam di tempat tinggalnya dan ditemui oleh seorang lelaki tua dalam keadaan ketakutan pada pukul 8.30 malam. Lelaki tua itu telah menyerahkan kanak2 ini kepada kawannya dan kawannya melaporkan kepada polis. Sekarang, ibubapa kanak2 nih ditahan polis. Susah lah, bila sudah jadi kes polis...ibubapa dikenakan tindakan, adik beradik yang lain siapa yang jaga? budak nih nanti siapa yang nak jaga? sanggup lagi ker ibubapanya jaga anak yang telah bawanya ke lokap polis? Hiduplah kita dengan kasih sayang. Mak Ngoh rasa sedih mengenangkan nasib kanak2 nih dan adik bradiknya.


Kes 2 : Bayi cedera jari

Kes 2 cerita kedua nih pasal kanak2 berumur 2 tahun di Kuala Lumpur yang dilapor pada 28hb April 2010 telah didera oleh pengasuhnya. Jahat tul pengasuhnya tu hingga sanggup
memasukkan jari kanak2 tersebut ke dalam kuah sup yang panas sehingga menyebabkan kulit jari melecur dan kuku kanak2 ini tercabut. Adoiii sakit dan peritnya
penderitaan budak nih. Berapa jari? 8 jari rasanya...sebab setahu Mak Ngoh jari ibu kanak2 tersebut selamat namun kemungkinan kanak2 itu mengalami kecacatan.
Kesian...budaknya comel sangat. Dunia!!!








Kes 3 nih cerita bayi yang terjatuh dari buaian yang berlaku di Gombak lebih kurang 29hb April 2010. Bayi 18 bulan itu dikatakan telah terjatuh dari buaianya sehingga menyebabkan kecederaan teruk di kepala dan polis mengesahkan tiada unsur dera. Namun pengasuh bayi tersebut telah menghilangkan diri selepas menghantar bayi nih ke hospital. Takut mungkin. Dia telah cuai menjaga bayi tersebut sehingga menyebabkan kematian kepadanya.


Kes 4 Kes yang paling sedih. Ibu yang cuai. Bapa bekerja. Ada paper cakap ibu bkerja di kantin sekolah, ada paper cakap ibu pergi ke majlis di tempat berhampiran rumah ketika kejadian. Kisahnya 4 beradik. yang sulung berumur 12 tahun. yang bongsu baru pandai berjalan. 2 beradik yang tengah tu ibunya bawa bersama meninggalkan si sulung dan si bongsu di rumah. Si sulung yang masih lagi kanak2 gak, tertidur di ruang tamu. Adik bongsunya pula berjalan2 ke dapur, menemui akuarium yang diletakkan di atas lantai dengan ikan2 yang asyik berenang.Apa lagi, bayi itu pun main2 dengan ikan tu dan tersembam jatuh ke dalam akuarium. Difahamkan bayi tersebut bertarung nyawa selama 14 jam sebelum ditemui oleh ibunya. Dibawa ke hospital dan meninggal dunia :(... yang mak ngoh sedihnya,,,mak ngoh risau sulung mengalami
tekanan dan dipersalahkan.


Reflection ::: janganlah macam nih wahai ibubapa dan pengasuh sekalian. itulah, tugas menjaga dan mengasuh dan mendidik bayi dan kanak2 nih besar dan berat. Tapi ganjaran pahala pun besar juga. Fikirkanlah. Hentikanlah deraan kepada bayi dan kanak2. Mereka ni lemah. Mereka ni bukan anak patung, bila rosak boleh dibetulkan or ditukar beli baru. Sayangilah bayi dan kanak-kanak. Pupuklah rasa kasih sayang di dalam diri kita masing-masing. JANGAN DERA!!! JANGAN CUAI!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!