Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 1 Mei 2010

Selamat Hari Pekerja 2010

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam telah gtau tema hari pekerja 2010 ialah "Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi. Canggih manggih tema. Adakah secanggih pekerja-pekerja di Malaysia nih? Ahaksss. Adakah pekerja Malaysia setaraf dengan pekerja2 di negara maju seperti Amerika dan Jepun? Tepuk dada tanya selera.

Dengar kata tema ini dipilih kerana ia mencerminkan betapa pentingnya peranan warga kerja membudayakan kreativiti dan inovasi dalam usaha merealisasikan transformasi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Insyaallah dan alhamdullillah jika benar negara kita leh capai status ekonomi berpedapatan tinggi menjelang 2020, sesuai dengan Wawasan 2020. Wawasan 2020 kan kata Malaysia ingin jadi negara maju menggunakan acuan sendiri. Jadi mungkin juga Malaysia menghasilkan pekerja berinovasi dengan cara sendiri.

Akhir kata, Mak Ngoh ucapkan Selamat Hari Pekerja dan selamat tak bekerja kepada semua pada hari ini 1 mei 2010 ... merangkap hari sabtu... selamat berehatlah yer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!