Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 29 Januari 2012

Terbaru SBPA ditangguhkan sepenuhnya | Surat siaraya Negeri Johor



Semasa SBPA mula-mula diperkenalkan hujung Disember lepas punyalah bising 1Malaysia. Guru-guru (penjawat awam yang lain makngoh tak tahu) yang sedang bercuti sekolah diminta lapor diri awal ke sekolah untuk menandatangan borang SBPA. Guru semenanjung mungkin tiada masalah, jauh-jauh pun boleh juga diredah namun ada guru-guru di Sabah Sarawak terpaksa menukar tiket kapal terbang yang telah ditempah semata-mata untuk tandatangan SBPA. Malah ada guru yang mengadu diugut boleh diletakkan jawatan sekiranya gagal hadir ke sekolah.

Kemudian, kedengaran pula SBPA dilanjutkan sehingga 15 Januari 2012, ada guru yang terfikir "alahai, menyesal aku tukar tiket awal-awal". Makngoh faham. Walaupun tinggal satu hari baki bercuti di kampung tapi itulah yang paling penting dan bermakna. Bukan senang nak balik bercuti lebih-lebih apabila sesi persekolahan bermula. Sebab itu, makngoh amat berkira kalau bab cuti. Jika ada cuti, makngoh akan cepat-cepat balik dan menggunakan hari cuti tu sebaik mungkin. Orang bujang mungkin tiada rasa apa. Tapi makngoh ada suami dan anak yang jauh di kampung sana.

SBPA...makngoh tak kisahlah ditangguhkan ke tidak. Makngoh kisahkan sekarang, mahu bertukar ke tempat anak dan suami. Kenapalah susah sangat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!