Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 19 Januari 2012

Bodoh punya cikgu!!!

Semasa taklimat guru minggu lepas pengetua sekolah makngoh pesan jika ada pelajar bergaduh guru WAJIB masuk campur. Kami guru-guru angguk. Makngoh tak tahu apa yang bermain di fikiran guru-guru itu, tapi di fikiran makngoh beberapa persoalan timbul -:

a) masuk campur ketika bergaduh, macamana kalau pelajar pula yang tumbuk makngoh? Dah la makngoh ni perempuan (ayu gitu)  kalau patah gigi makngoh macamana? Boleh ke guru saman pelajar? Ingat tak kisah di Johor guru perempuan ditumbuk dan dibelasah kerana masuk campur pelajar bergaduh.

b) masuk campur ketika bergaduh, kalau salah tindakan...makan diri cikgu kembali. Pernah tengok macamana orang  bergaduh? Masa itu syaitan iblis telah mengilai ketawa di otak pelajar bergaduh. Mereka tak kenal dah siapa guru siapa orang siapa binatang. Guru tegur elok-elok tak mahu dengar. Guru pula manusia bukan robot. Guru pun boleh hilang sabar. Guru pun bukan kalis syaitan iblis. Guru TERtumbuk pelajar kangggg...tak ke makan diri?

c) tak masuk campur ketika bergaduh, biarkan saja pelajar bergaduh. Macamana kalau salah seorang atau semua mereka itu TERBUNUH di tempat kejadian. Suratkhabar pun cepat-cepat tulis. Orang itu orang ini mula bercakap " cikgu buat apa? " "pihak sekolah buat apa?" guru disiplin buat apa?" bla bla bla kesimpulan guru makan gaji buta la.

Jadi, sebagai guru makngoh berada di persimpangan dilema. Nasib baik setakat ini tiada lagi berlaku pergaduhan depan mata makngoh. Janganlah ada pergaduhan depan mata makngoh sehingga makngoh bersara pada umur 58 tahun nanti. InsyaALLAH. Namun untuk keselamatan diri makngoh, makngoh dah mula fikirkan pelan B, iaitu panggil guru lain masuk campur dan makngoh secara perlahan-lahan meloloskan diri. Guru lain pula bukan sebarang guru, makngoh mahu panggil pengetua atau PK jika ada apa-apa hal.

Kenapa pula makngoh buat tajuk cikgu bodoh. Lor, ini sebab kes di Perak pasal guru tumbuk pelajar bergaduh sampai pengsan budak tu. Isk...isk..bodoh betul la cikgu tu. Kang sekarang terima masalah. Of course la kena tukar sekolah nanti dia tu.....ye ye ye boleh tukar sekolah.


Jom baca kisah budak tu dalam Kosmo -:


TELUK INTAN – Datuk kepada seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib di sini kecewa apabila cucunya yang mendakwa dipukul seorang guru sekolah kelmarin telah menjadi mangsa perbuatan pihak yang sepatutnya mendidik dan bukan bertindak di luar batas undang-undang.(makngoh pun kecewa gak)