Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 15 Januari 2012

Senarai persediaan ibu mengandung ke hospital

Ibu-ibu muda atau yang mengandungkan anak sulung tentu tiada pengalaman nak bawa, nak kemas apa untuk ke hospital apabila dah tiba waktu bersalin. Macam makngoh hari tu pun tak tahu apa-apa, tapi masa mengandung 6 bulan makngoh dah ready dua  beg ke hospital dalam kereta. Satu beg barang baby dan satu beg barang makngoh.  Maklumlah, makngoh jauh dari suami dan keluarga jadi kena pandai-pandai sendiri dan buat persediaan awal.

Di sini, makngoh cadangkan barang-barang persediaan yang perlu dibawa ke hospital.

A) Beg bayi
  1. pakaian bayi sekurang-kurangnya 3 pasang
  2. sarung tangan dan sarung kaki
  3. tuala bayi
  4. selimut 
  5. botol susu
  6. kain lampin
  7. lampin pakai buang
  8. topi bayi
  9. minyak Yue Yee Cap Limau
  10. Minyak telon bayi
  11. Kapas putih
  12. Tisu basah / kapas lembab
  13. Putik kapas
  14. Bantal kecil
B) Beg ibu
  1. kad pengenalan
  2. buku merah ibu mengandung
  3. GL (surat pengesahan kakitangan awam) -3 salinan jika berkaitan.
  4. Baju ibu biasanya blouse atau tshirt
  5. kain batik
  6. Baju yang cantik sikit untuk pulang dari hospital
  7. Pad bersalin
  8. Stoking (wajib)
  9. Seluar dalam
  10. Sabun, berus gigi dan ubat gigi
  11. Sikat rambut
  12. Bedak, minyak wangi
  13. Tuala mandi
  14. Selipar
  15. Minyak angin, minyak urut dan lain-lain.
  16. Biskut dan makanan ringan
  17. Kamera ataupun kamera telefon je
  18. Charger telefon
Semoga semuanya selamat kepada ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran bayi.

5 ulasan:

  1. Mak Ngoh..nak minta tunjuk ajar sikit:) saya baru mengandung, suami saya ada di Seberang Perai Selatan, saya pula kena posting di Terengganu..3 kali mintak tukar tak dapat :( ini anak sulung kami, dan suami saya nak saya bersalin di SEberang Perai sana supaya dia boleh menjaga saya dan baby..masalahnya, saya perlu ambil cuti sebelum bersalin memandangkan saya kena pergi ke tempat suami saya lebih awal sebelum bersalin. apakah cuti yang boleh saya ambil?boleh berkongsi dengan saya? bolehkah saya menghabiskan 7 hari cuti rehat saya berturut-turut supaya saya boleh bercuti seminggu sebelum bersalin? terima kasih banyak-banyak!

    BalasPadam
  2. yuen,,,mmg kita guru boleh cuti awal 2 minggu dari tarikh bersalin. you minta surat pengesahan tarikh bersalin dari doktor...lepas tu minta borang cuti awal bersalin dari kerani. Isi borang kemudian serahkan kepada pengetua bserta dengan surat pengesahan doktor. Kalau nak cuti lagi awal, habiskan cuti rehat seminggu tu dan ambil cuti tanpa gaji pula. tapi itu memang rugi la. Kalau you yakin tak bersalin awal tak apa. makngoh ni bersalin minggu ke 35. awal sebulan lebih dari tarikh due. tapi nasib baik sempat di kg gak

    BalasPadam
  3. Wahhh panjang gak senarai tu ya? Tapi INGAT, sekarang ni BOTOL SUSU sudah di“haram”kan di spital kerajaan. Jangan la sampai misi nampak, memang kene sound!

    Sebab bayi lahir jer, WAJIB kena bagi breast feed. Langsung tak bleh bagi susu botol. Tiada kompromi. Tak tau ler kalu ada misi yang lembut hati, pejam mata jerrr.. hehehehe

    *Kerajaan kempen susu ibu.

    BalasPadam
  4. yer, mmg diharamkan tapi ada kes ibu yang belum ada susu. baby menangis lapar...menyorok bagi susu botol. makngoh ari tu tiada susu...lepas mengurut baru ada, hari ke 3. cuma nasib baik makngoh bsalin di private, misi sdiri yang tolong bagi susu guna botol.

    BalasPadam
  5. saya pakai botol susu...misi nmpk kene ambik...hahahaa padan muke. kantoi sb anak ade terluak susu kt mulut. die kata ni susu formula. buka laci...kantoi...nsb baik mase discaj die pulang semula botol...kalau x...nagis gak...btl susu avent tu...huhu

    sbgai tambahan...jgn lupe tharmos,sudu &mug. bwk sekali milo 3 in 1 & biskut. takut lps bersalin...dh lepas waktu mkn malam...

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!