Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 18 Januari 2012

Syukur Alhamdulillah, Cikgu Siti Muniroh sudah boleh tukar sekolah

Baru semalam, kalangan guru bercerita mengenai seorang guru wanita, Siti Munirah yang didakwa diugut sembelih oleh suami sendiri seorang penagih dadah. Beliau mengajar di Sabah terpaksa melarikan diri ke rumah ibubapa di Alor Setar Kedah bersama seorang anak lelaki berumur 9 bulan. 

Siti Munirah mendakwa telah pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah XXXXXXX untuk bertukar sekolah dari Sabah ke Alor Setar. Namun pengawai di sana tidak bertanggungjawab dan memberi jawapan bodoh (ayat makngoh) ---- "bukan masalah awak je yang saya nak selesaikan". 

Hahahahahaha, bila dah masuk suratkhabar, barulah pihak JPN SABAH dan KPM 'terhengeh-hengeh' nak menelefon Siti Munirah. Ini dah menunjukkan kebajikan guru terjaga apabila hanya masuk suratkhabar! 

Pendapat makngoh, pengawai PPD yang memberi jawapan bodoh tersebut perlu dikenakan tindakan! Seorang guru wanita datang mengadu suami ugut mahu sembelih tapi boleh pengawai tu jawab macam tu. Tunggu cikgu tu mati disembelih dulu ke? So stupid and irresponsible!

Hari ni, masuk Kosmo dengan berita di bawah -:


ALOR SETAR – Seorang guru wanita yang mendakwa menjadi mangsa pukul suaminya yang panas baran kini boleh menarik nafas lega apabila dia dihubungi dua pegawai daripada Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sabah semalam yang memaklumkan permohonannya sedang diproses.


Siti Muniroh Mohd. Shukri, 31, berkata, panggilan pertama diterima daripada seorang pegawai daripada kementerian pada pagi semalam sebelum disusuli JPN Sabah pada sebelah petang.
“Kedua-dua pegawai memaklumkan permohonan pertukaran sekolah yang saya buat sedang diproses dan pihak JPN Sabah akan turun ke Putrajaya untuk berbincang tentang perkara ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Buluh, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.

Dia ditemui selepas menerima kunjungan daripada Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya dan Pengerusi Yayasan Prihatin Kemiskinan dan Pendidikan Kedah, Zuraidi Rahim.

Kata Siti Muniroh, perkembangan mengenai permohonannya itu memberikan sedikit harapan untuknya menyambung semula tugas sebagai seorang guru Bahasa Melayu yang terhenti sejak Julai tahun lalu.

“Saya berasa lega sedikit dan nampak ada harapan berbanding sebelum ini yang kerap menemui jalan buntu setelah permohonan dibuat gagal,” katanya lagi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------  
Namun, KPM hanya boleh bantu selesaikan masalah pertukaran sekolah Siti Munirah. Makngoh rasa, masalah Siti Munirah dengan suaminya akan terus berlarutan jika tiada jalan penyelesaian sendiri tidak diambil oleh Siti Munirah. Sudah-sudahlah hidup dengan binatang. Kalau manusia, mana ada yang mahu sembelih wanita yang telah menjadi emak kepada anak dia. Bercerai sahajalah. 

Nanti...pasti suami dia tu datang cari Siti Munirah di Kedah. 

Memang gaji guru ni tak seberapa, tapi kalau setakat nak membesarkan seorang anak seorang diri itu bukan masalah besar. Ramai lagi guru wanita yang memiih untuk hidup sendiri dan memelihara anak dua tiga orang.

Anak lelaki Siti Munirah tu sangat comel. Makngoh doakan dia menjadi anak yang soleh dan anak yang berbakti kepada ibunya suatu hari nanti. InsyaALLAH. Semoga anak tersebut berjaya di dunia dan akhirat.

Kepada gadis-gadis yang ingin mencari suami, siasatlah dulu perangai bakal suami anda sebelum dijadikan suami. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!