Makngoh perhatikan di sekeliling makngoh, belum jadi suami isteri sah, tapi si perempuan sudah biasa keluar masuk rumah bakal mertua. Bukan setakat pergi jalan-jalan, tapi siap pergi tumpang tidur lagi tu. Iyalah, memang tidak tidur sebilik dengan bakal suami pun, tidur bilik berasingan tapi manis ke macam tu?
Tiba-tiba makngoh terfikir, memang budaya sekarang ke? Makngoh dah ketinggalan zaman ke?
Tahun 2010,sebelum bertunang, suami makngoh ajak makngoh beraya ke rumahnya sebab nak kenalkan kepada ibubapanya. Mak dan ayah makngoh marah dan tidak izinkan pergi. Tapi dalam diam-diam dengan pengetahuan mak makngoh, makngoh pergi juga beraya pada hari pertama ke rumah suami. Belum sampai di rumah suami berdering telefon dari bapa saudara makngoh, rupanya ayah dan semua orang dah tahu yang makngoh pergi beraya ke rumah bakal mak mertua.
Sekarang, adik makngoh pula. Si lelaki ajak nak kenalkan kepada ibunya tapi mak makngoh tetap tak izinkan. Katanya " orang kata perempuan tu murah kalau pergi ke rumah lelaki"
Kalau jadi tak apa...kalau tak jadi kang dapat malu jer !!!
notakaki : adat resam melayu sudah pudar ekoran kemodenan zaman sekarang. Fikiran melayu juga merasakan yang salah itu, yang betul itu salah.
salam,
BalasPadamteringat lak cite tentang dhia..
huhu