Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 16 Mei 2010

Berita Harian bertarikh 12 Februari 2010 – LANGKAH PENJIMATAN MEMBEBANKAN


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “PEMERHATI 2010, Alor Setar, Kedah“ dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 12 Februari 2010 – LANGKAH PENJIMATAN MEMBEBANKAN.

Untuk makluman, Langkah Penjimatan yang dibuat oleh KPM dan Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah selaras dengan peruntukan perbelanjaan mengurus yang diterima pada tahun 2010 adalah amat kurang. Oleh itu pengurusan IPG melalui 3P (Majlis Mesyuarat Profesional, Pengurusan & Pentadbiran) yang telah bermesyuarat pada tarikh 8 Januari 2010 Bil. 1/2010 telah menetapkan Dasar Perbelanjaan IPG atas peruntukan Perbelanjaan Mengurus (B41) Tahun 2010 akan diutamakan perbelanjaan kepada Pengurusan Pelajar dan Pengajaran & Pembelajaran.

Sejajar dengan dasar tersebut satu memo dalaman bertarikh 18 Januari 2010 yang bertajuk Dasar Penjimatan telah diedarkan kepada semua kakitangan akademik dan staf pengurusan mengenai langkah-langkah sementara yang diambil untuk penjimatan dan perbelanjaan berhemat selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2008, Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Secara Berhemat, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2008 Langkah Untuk Mengurangkan Perbelanjaan Awam dan Surat Arahan Pegawai Peruntukan Belanja Mengurus (B41) Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2010 Bil: KP(BPG)9607/11 Jld.5(69) bertarikh 15 Janauri 2010, diantaranya tuntutan elaun perjalanan iaitu:

Pegawai-pegawai yang diarahkan bertugas luar stesen boleh menuntut elaun gantian tambang teksi satu tempat duduk @ tuntutan perbatuan antara Bandar, jika membawa pegawai lain sebagai penumpang @ menaiki kenderaan pejabat, Pegawai-pegawai yang dibenarkan bertugas diluar stesen hanya dengan kelulusan Pengarah.

Memandangkan peruntukan perbelanjaan pembayaran elaun perjalanan terhad dan dijangkakan banyak lagi aktiviti-aktiviti, mesyuarat-mesyuarat dan P&P yang akan dijalankan diluar stesen sepanjang tahun ini, semua tuntutan elaun hotel @ lojing, elaun harian, elaun makan dan lain-lain akan dibayar setelah peruntukan tambahan perbelanjaan mengurus diterima.




Kepada “Pemerhati” Alor Setar, KPM ingin memaklumkan bahawa langkah penjimatan Tahun 2010 ini adalah langkah sementara yang diambil sehingga peruntukan perbelanjaan mengurus tambahan diterima dan hanya sebagai satu pengorbanan kecil yang dibuat kepada Kerajaan, jangan kerana tidak dapat menuntut elaun telah mematahkan semangat tuan untuk mencurah ilmu bakti kepada anak bangsa dan pengorbanan kepada negara, berbanding dengan pelbagai kemudahan yang Kerajaan telah salurkan kepada golongan pendidik ini seperti Kenaikan Pangkat Secara ‘Time-based’, Khas Untuk Penyandang, Pemangkuan, Gred Tangga Gaji yang baik, Pelbagai Elaun Khas, Peluang melanjutkan pelajaran, cuti Rehat Khas 7 hari (selain cuti penggal) dan lain-lain.




UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!