Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 17 Mei 2010

wanita berkhalwat, lari dari JAIM..curi plak kereta orang




MELAKA - Seorang wanita yang ditahan berkhalwat dengan kekasihnya di Bukit China di sini Khamis lalu nekad melarikan diri melalui siling tempat dia ditahan di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Bukit Palah pada pagi Jumaat.

Selepas berjaya keluar dari bangunan itu, wanita yang berusia 20-an itu kemudian melarikan diri dengan memandu kenderaan Toyota Avanza milik seorang pegawai JAIM yang bertugas pada malam itu.

Bagaimanapun, tindakan wanita itu tidak ke mana apabila dia dicekup semula pada pukul 9 pagi Sabtu lalu oleh sepasukan polis di rumahnya di Kampung Gadek, Alor Gajah.

Ketika dicekup, wanita yang bekerja sebagai penjual telefon itu sedang mencuci kereta Toyota Avanza yang dilarikannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, wanita yang ditahan di sebuah bilik di tingkat bawah bangunan itu disedari melarikan diri pada pukul 5.30 pagi ketika pegawai JAIM yang menjaga pusat tahanan tersebut keluar minum.

"Dari bilik itu wanita itu panjat siling dan dapat keluar dari bilik itu sebelum mengambil kesempatan melarikan diri dengan kenderaan Toyota Avanza milik pegawai yang keluar minum," kata beliau di sini semalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~


On Nov 13 Nur haura afeeya commented on resepi kuah laksa lemak kuah laksa
*Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan,...(more)

On Apr 15 Anonymous commented on tukar aliran akaun sebab tak minat ker
Abang@kakak memang betul2 tukar ke???Saya terfikir jgk nk tukar aliran

On Mar 14 Anonymous commented on tukar aliran akaun sebab tak minat ker
Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤ Direct sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤ NC. .

On Mar 14 Anonymous commented on suami curang dengan sepupu isteri
Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤ Direct sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤ wO .

On Mar 14 Anonymous commented on mengisi maklumat dalam aplikasi
Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤ Direct sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤ Xz ..

Get This Recent Comment Widget!