Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 28 Mac 2011

Pok Ke atau Tok Ke rawat Aids

Yang makngoh baca dan dengar cerita kononnya, hempedu pokke atau tokke ini boleh digunakan untuk merawat penyakit Aids. Masa makngoh tinggal di Sandakan dulu, walaupun di kawasan perumahan elit, ada orang cina sanggup buat sangkar macam reban ayam untuk pelihara cicak pokke ini. Siap ada anjing lagi tu yang menjaga cicak ni. Macamana makngoh tahu cina tu pelihara pokke? Sebab rupanya pokke ini berbunyi "pokke....pok...ke"...jadi kita tahu la yang dia tu pok ke...hehe.

Bulan 2 lepas, makngoh balik kampung...orang kampung juga sibuk bercerita pasal pokke. Rupanya cicak pokke ini bukannya susah nak dapat. Memang ada orang kampung yang bela cicak ini, malah mereka tidak tahu ke mana harus dijual cicak ini walaupun kononnya dikatakan harga cicak ini mencecah jutaan ringgit.
Ada pembeli yang sekadar datang melihat dan membelek cicak tersebut tetapi akhirnya tidak beli pun. Mungkin kerana berat cicak yang ringan atau pun mungkin bukan jenis pokke yang boleh dijadikan ubat....kut...maybe...kut.

Jadi, apabila makngoh terbaca kisah senyum kambing dalam utusan ni, mungkin betul juga........auta semata-mata.....

1 ulasan:

  1. bela cicak?first time dgr.hoooo kalau betul cicak tuh boleh jd ubat aids, tah2 makin rmai menagih dak.hukhuk.

    teringin nak dgr bunyi cicak tuh.kehkeh.

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!