Alahai anak murid sayang....
Sungguh sayang dengan generasi baru Malaysia yang memang langsung tak takut guru apatah lagi nak hormat guru. Bagi mereka guru itu apalah sangat. Hanya tunggul kayu yang boleh bercakap : ada di depan kelas, masuk apabila loceng berbunyi dan keluar apabila loceng berbunyi.
Kejadian ini berlaku di Kangar apabila guru perempuan di atas tu, Mariati Mat Ali, 37 tahun dikatakan cuba meleraikan pergaduhan pelajar. Kejadian itu berlaku sewaktu peralihan waktu dan guru tersebut yang kebetulan lalu, cuba menenangkan keadaan.
Namun, malang tidak berbau, guru tersebut pula yang menjadi mangsa. Menyesal tak guru tu kerana menganggu pelajar-pelajarnya yang sedang asyik bergaduh? Terfikir tak dia, kalau dibiarkan pelajar tu jadi macamana? Uhhhhhhh.....
...MANA BOLEH! ITU TUGAS GURU!!!!!!
Tugas guru untuk dicederakan pelajar. Haha...
Sejak pindah ke sekolah baru, makngoh jadi putus asa dengan pentadbiran dan sistem keadilan yang dipratikkan di sekolah. Apa yang berlaku adalah semua salah guru 100%. Pelajar hanyalah budak yang belum matang. Oleh itu, jika pelajar bising memekik dalam kelas, itu bukan salah pelajar. Itu salah guru yang tak dapat mengawal kelas. Kesalahan pelajar yang tidak hormat guru bukanlah kesalahan tetapi itu adalah kebiasaan orang muda zaman sekarang. Ewah!!!
Semasa makngoh awal-awal mengandung...makngoh dari surau melintasi sekumpulan pelajar yang sedang beratur nak masuk ke makmal sains. Pelajar tu adalah pelajar yang makngoh ajar juga. Tiba-tiba seorang pelajar tertolak ke arah makngoh menyebabkan makngoh hampir terjatuh ke dalam longkang ataupun ke dalam semak samun taman ciptaan. Pelajar itu ditolak oleh ketua kelas mereka. Mereka sedang asyik main tolak-tolak. Walaupun dah melanggar guru dan hampir menyebabkan guru terbaring dalam longkang, namun budak-budak tu buat tak tahu sahaja. Tak ada pun kata "maaf cikgu!"...
Makngoh hanya gelengkan kepala. Inilah, pelajar ciptaan peraturan baru yang mana pelajar tidak pernah bersalah tetapi guru yang bersalah. "Kenapa makngoh pergi lalu di koridor yang ramai budak?. Guna ler jalan lain!!!!
p/s : pelajar dulu-dulu, diam di dalam kelas semasa guru ada kerana hormatkan guru! pelajar sekarang diam dalam kelas hanya kerana takutkan guru. Bagaimana pula dengan guru yang mereka tak takut. Cakap ler e-displin ker, bapak e-disiplin ker...memang mereka tak heran pun!
Ops, teacher cannot touch students yer, even dont jentik-jentik students!!! Kalau Mau mati buat ler...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)