Hello, sekarang ini dunia internet, disorok macamana pun orang tahu la negeri mana yang dimaksudkan itu. Lagipun di blog-blog telah bising mengenai cerita ratu cantik ini malah siap dengan videonya lagi. Makngoh sendiri pun tengok dengan "sound mute". Masa tu makngoh tak tahu mengenainya, bila makngoh baca komen-komen dari pembaca baru makngoh tahu ler rupanya ratu cantik maknyah. Manalah makngoh tahu sebab mukanya cantik-cantik la jugak, suara je makngoh tak dengar sebab dimutekan.
Makngoh rasa ada sebabnya kenapa nama negeri tersebut dirahsiakan. Ini kerana laporan akhbar ada menyebut
Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak.
Negeri mana ler yang kabur dengan undang-undang syariah untuk menghukum golongan mak nyah yang berpakaian menjolok mata.
Malah ada mak nyah yang ditemubual, memberitahu bahawa
“Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan"Niat yang baik tapi kaedahnya salah. Mak nyah menyertai program tersebut turut menyatakan bahawa
“Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil ‘enjoy’, buat benda baik,”
Penyanyi yang bernama Noraniza Idris turut dijemput untuk menghiburkan tetamu dan peserta malam kejadian. Cantik kak Ani bertudung litup. :)
Laporan Metro klik sini
Ingin lihat video, sila masuk OhTidak.com dan blog Mazidul tv3.
p/s : bak kata Mazidul, isu ratu cantik ini tidak kaitan dengan jualan telur tiruan yang mengemparkan negera minggu lepas.
Maaf tiada gambar bukti , sebab tak mahu upload.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)