Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 3 April 2011

Al-Fatihah untuk arwah Saiful Syazani bin Saiful Sopfidee , 7 tahun

 
PARAH... keadaan Saiful Syazani yang parah akibat dipukul gurunya, Khamis lalu.

Sedihnya makngoh tengok gambar di atas tu.

Arwah Saiful Syazani ini seorang anak yatim. Kematian ibu. Arwah tinggal dengan keluarga angkat sejak berumur 3 tahun lagi. Makngoh tak pasti sejak umur berapa dia ke sekolah agama yang mana telah menyebabkan nyawanya melayang.

Menurut ibu angkat, arwah gembira ke sekolah tersebut dan sering juga pulang ke rumah kerana jarak sekolah ke rumah adalah 1 km sahaja.

Bapa kandung arwah pula memberitahu bahawa sudah setahun dia tidak berjumpa dengan anaknya itu kerana dia tinggal Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu.

Kejadian sadis ini bermula apabila arwah dituduh mencuri wang rakan-rakannya. Malah, diberitakan bahawa sebelum kejadian ini, arwah sudah berkali-kali dituduh mencuri. Kemuncaknya  malam Khamis lepas, apabila arwah diikat tangannya di tingkap dan dibelasah oleh guru agama yang juga warden asramanya. Arwah dibelasah hampir 2 jam sehingga pengsan. Dikatakan bahawa, arwah telah merayu dan menangis minta dilepaskan. Bayangkan, pelakuan kejam tersebut dilakukan kepada budak yang berumur hanya 7 tahun. kasihannya.

Menurut laporan akhbar, insiden soal siasatan dan belasah itu bermula pukul 7 malam, dan arwah hanya dikejarkan ke hospital pada pukul 1.30 pagi. Berapakah jarak masa di situ? Jika benar hampir dua jam bermakna hampir pukul 9 malam. Guru agama tersebut tidak sembahyang ke? Jika benar hampir dua jam bermakna arwah mula pengsan lebih kurang pukul 9 malam, jadi kenapa baru pukul 1.30 pagi baru dihantar ke hospital?

Bukan sekadar guru agama tersebut yang perlu dihadapkan ke muka pengadilan, tetapi juga beberapa guru-guru lain di sekolah agama tersebut juga perlu disoal siasat.

Beginikah cara sekolah agama berfungsi dan memberi hukuman kepada pelajar? Adakah garis panduan sekolah agama tidak sama dengan sekolah harian biasa?

Pencuri dewasa yang mengaku mencuri pun tidak dikenakan hukuman dibelasah hingga mati. Inikan pula seorang budak 7 tahun yang tidak mengaku mencuri, sekadar dituduh. Sangat kasihan dan malang.

Al-fatihah. Makngoh rasa arwah gembira di alamnya sekarang. Dia kanak-kanak yang belum akil baligh.

Wahai guru agama yang membelasah arwah, tentu anda gembira dan puas hati kerana telah berjaya menghapuskan "pencuri" di asrama anda. Semoga tiada lagi kecurian di asrama anda selepas ini. Hukuman yang anda berikan memang sangat-sangat berkesan dan berbekas di hati setiap pelajar anda. Percayalah!

Andalah insan lemah yang mengikut hawa nafsu dan bisikan amarah dari syaitan.

Klik di sini untuk cerita dari Metro
http://makngohselamoh.blogspot.com/2011/04/guru-agama-belasah-pelajar-hingga-kooma.html 

p/s : teringatkan adik bongsu lelaki makngoh yang berumur 11 tahun. Rindu padanya yang sedang berada di kampung.

8 ulasan:

  1. Al-Fatihah buat arwah... harap guru agama tu di beri hukuman yg setimpal dan bertaubat pada tuhan

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah.kejamnya cikgu tuh.

    BalasPadam
  3. ayah dia pun satu.setahun tak menjenguk.nanti bila tua,anak buat tak peduli,mula la nak salahkan org lain pulak.masuk metro.apa jenis ayah entah.moga dijadikan sempadan

    BalasPadam
  4. al fatihah,,anak2 untuk disayangi,,guru diberi amanah untuk memberi tunjuk ajar bukan merasa sebagai guru boleh melakukan sesuka hati keatas murid sehingga menemui ajal,,mendidik dan mengajar berpada-pada..mana yang salah dihukum dan ditunjuk ajar..

    BalasPadam
  5. Setuju dgn en hatta...ayah dia pun jenis tak berguna, setahun tak tengok anak?!! Punye lah dekat langkawi dgn jitra!!!! orang keja oversea pun boleh balik jenguk anak. kecik2 dah takde kasih sayang...duduk dengan orang...tak hairan lah kalau budak ni jadi bermasalah...kasihan dia..tapi sekurang2 nya Allah selamatkan dia dari terus derita...

    BalasPadam
  6. masing2 ada masalah sendiri..tak perlulah kita komen lebih2 sebab kita tak berada dalam situasi sebegini.. dengar komen semua pihak terlebih dahulu.. jangan percaya melulu semua akhbar di malaysia kita.. menteri letupkan orang pun, masakan masih selamat sihat walafiat kesana kemari dengan bebas sebebasnya.. inikan pulak cikgu belasah anak murid 7 tahun.. kita kalut nak tahan dan hukum tanpa usul periksa??

    BalasPadam
  7. baca ni:

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2011/04/cerita-sebenar-kematian-saiful-wajib.html

    nilaikan sendiri. xtau dah mana satu yang betul makngoh... malaysia oh malaysia

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!