Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Selasa, 31 Ogos 2010
Hohoho...balik kampung
Esok makngoh balik kampung dah. 31 Ogos. Makngoh ambil cuti awal 3 hari, sebab nak balik buat persiapan perkahwinan makngoh. InsyaALLAH akan dilangsungkan pada 13 September 2010 bersamaan 4 Syawal. Doakan semua berjalan lancar ye.
Mata belum lagi mengantuk ni. Lepas tu, barang-barang belum siap packing. Tapi banyak yang dah siap dalam 95%. Hehehe. Makngoh duk fikir nak bawa balik laptop ke tidak? Macam malas pulak. Tapi macam nak guna juga laptop ni di kampung. Selain nak update blog, nak buat kerja sikit.
Tapi kawan makngoh cakap, nak kahwin pun masih nak buat kerja. Cuti sepuas-puasnya lah. Nantilah macamana esok pagi, samaada laptop ni ikut balik kampung sama beraya dengan makngoh atau tidak.
Sebenarnya elok juga tidur lewat kalau nak berjalan jauh ni. Maknanya esok boleh tidur dalam flight. Pernah tu makngoh naik flight dari Sandakan tidur setidurnya sampailah tiba di LCCT baru terjaga.
Jadi sempena raya yang bakal menjelma ini, makngoh nak menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas kekasaran bahasa dalam penulisan makngoh yang menyinggung hati mana-mana pihak. Maaf kepada blogger yang mungkin makngoh tak balas kunjungannya ke blog makngoh dan maaf juga kepada blogger yang klik nuff makngoh tetapi mungkin makngoh tak dapat klik nuff dia. Biasanya sebab blognya error bila makngoh try masuk atau sebab utama sebab makngoh sibuk seminggu dua ni.
Makngoh juga nak minta maaf kepada yang baru follow makngoh tapi mungkin makngoh terlepas pandang hingga tak follow blognya kembali. InsyaALLAH, kalau bersempatan, makngoh akan recheck balik, mana-mana blog yang makngoh hutang :)
Walaupun tanpa blogwalking seminggu dua ni, follower makngoh naik mencecah 162 orang dah. Terima kasih pada semua yang link blog makngoh dalam blog anda. Ops lagi satu pesanan, penulisan makngoh tiada sebarang kepentingan peribadi dan kepentingan politik yer. Makngoh menulis berdasarkan pandangan makngoh dan selain tu rujukan dari buku dan blog. Memanglah ada ketikanya, penulisan makngoh ni tiada fakta, tetapi setakat ni makngoh tidak hipokrit dalam menulis dan cuba jujur dalam buat entri.
Okies semua. Selamat Hari raya dan selamat menyambut kemerdekaan ke 53.
p/s : kita sudah merdeka secara fizikal tetapi kita masih terjajah minda?
Isnin, 30 Ogos 2010
Masalah Penyakit Kerohanian & Gangguan Psikologi
Antara penyakit kerohanian dan gangguan psikologi tersebut.
§ Imiginasi luarbiasa seperti merepek, tak sedarkan diri, meracau dan imiginasikan nampak orang hitam dan hantu.
§ Pesakit kelihatan takut dan tertakut-takut kepada benda-benda yang tidak kelihatan.
§ Berkelakuan tidak sopan, mendedahkan maruah dan pakaian.
§ Angan-angan, banyak fikiran merosakkan ingatan.
§ Keresahan dan gelisah.
§ Takutkan gelap, takut lampu padam, takut duduk dalam gelap.
§ Menangis sepanjang masa dan mudah menangis dalam semua hal.
§ Dukacita dan takut mati. Tapi, dunia sekarang ini, berapa ramai orang yang berani mati? Mungkin kita terfikir, tak mahu lagi mati, belum kahwin, anak kecil lagi, isteri muda lagi dan macam-macam urusan dunia yang kononnya belum kita laksanakan.
§ Gilakan sesuatu macam nak gila dan hampir-hampir menjadi gila.
§ Rasa buntu dan rasa bodoh, tidak boleh berfikir, pandangan dan pemikiran berubah menjadi berlainan semua perkara kebiasaannya.
§ Khayalan (hallucinations), terpandangkan hantu, khayalan terpandang benda-benda ganjil.
§ Histeria
§ Pesakit yang telah kehilangan harapan untuk sembuh atau telah hilang kepercayaan untuk hidup.
§ Suka merajuk dan selalu penyedih (masalah yang selalu melanda wanita)
§ Perempuan yang selalu dukacita dan gudah gulana.
§ Takut dan payah membuat keputusan (macam kena pulak dengan makngoh yang ni. Kadang-kadang memang payah nak buat keputusan, last-last biar orang terdekat tolong buatkan keputusan. Padahal benda yang remeh seperti nak order makan apa? ekeke
§ Takut waktu petang dan takut tinggal seorang.
§ Sensitif, cepat marah dan tidak sabar.
§ Suka bertengkar dan cari gaduh. Minta dijauhkan penyakit sebegini kerana sesungguh keamanan dunia bergantung kepada sikap orangnya. Kalau seorang sahaja yang bersikap begini, maka sudah jadi tidak harmoni. Apatah lagi ramai orang?
§ Pendendam, ingin membunuh dan mencari salah.
§ Peminum arak, kuat merokok, menagih memakan ubat dalam bentuk dadah. (rupanya ini adalah penyakit kerohanian)
§ Hidup berfoya-foya.
§ Tidak terkawal emosi dan perasaan marah melebihi batas.
§ Marah bila ditegur atau bila disalah kesalahannya.
§ Sensitif, ketua yang mudah tersinggung.
§ Ahli fakir yang banyak menggunakan pemikiran yang mendalam seperti ahli penyelidik, ahli sains, pentadbir bank, juru akaun yang dibeban dengan tugas yang tak kehabisan.
§ Mudah terperanjat dan mudah marah, pembenci, garang dan pembengis.
§ Masalah tidak boleh tidur.
§ Selalu gemuruh (Nervous) dan wanita yang sensitive.
§ Watak mudah berubah, mudah bertukar keputusan atau keputusan tidak menentu.
§ Orang yang begitu moody akibat tekanan perasaan yang berpanjangan, berterusan, sambung menyambung dari satu kejadian, ditimpa lagi ibarat sesudah jatuh ditimpa tangga pula. Kemalangan demi kemalangan, dugaan demi dugaan, tekanan fizikal yang teruk, diimbangi pula dengan tekanan perasaan.
§ Suka bersendirian dan tak mahu diganggu.
§ Merajuk sebab salah diri sendiri.
§ Fikiran mengelamun berfikir hal yang tidak menentu akibat salah sendiri, akibat mudah tersinggung.
§ Watak yang payah di fahami, sulit didekati.
§ Watak yang begitu peramah, baik hati waktu sihat tetapi mudah sangat tersinggung walaupun perkara yang begitu kecil. Inilah penyakit yang dianggap remeh. Malah bagi sesetengah orang, terutamanya di tempat kerja, akhirnya kita mengalah dengan orang begini. Bagi kita, biarlah kalau dah itu perangainya. Terima dia seadanya. Sebab semua orang ada kelemahan masing-masing.
§ Kanak-kanak tidak boleh ditegur, walaupun teguran sebagai pengajaran.Bila ditegur dia mula membuat hal, mula menunjukkan belangnya, merajuk, mengamuk, membaling botol susu, membaling bantal, membuang apa saja yang berada di tangan hingga tidak terkawal.
§ Pasangan suami isteri menjadi SAKIT akibat penyesalan kata-kata, penyesalan suami, isteri merana, sakit.
§ Sakit akibat berita buruk, menyedihkan, menyinggung perasaan, akibat sindiran, kekasaran anak cucu, datuk dan nenek.
§ Remuk hati tidak mahu makan dan minum, terus sakit berpanjangan.
§ Emosi, cemburu, putus cinta, susah hati akibat putus cinta.
§ Gagal dalam hidup, gagal dalam peperiksaan dan gagal dalam perniagaan. Terkejut akibat kegagalan. Biasanya terjadi bagi orang yang sentiasa berada dalam kejayaan. Apabila tiba-tiba terima kegagalan terus rasa kecewa hingga sakit.
§ Rosak mental dan jiwa. Bercakap berterusan melompat dari satu topik ke topik yang lain. Menukar-nukar cerita. Percakapan sambung menyambung, berbelit-belit macam ular. Pernah jumpa orang sebegini? Memang tidak dinafikan ada orang begini.
§ Gila sembahyang, gila berdoa, berlagak warak, bertukar cara pakaian macam tokoh agama yang warak. Tetapi amat bagus jika berubah ke arah kebaikan. Makngoh pun tak pasti maksud gila sembahyang dan gila berdoa ini. Mungkin dimaksudkan untuk mereka yang buat bukan berniat kerana ALLAH.
§ Cemburu dan prasangka tanpa sebab dan alasan. Dilarang berprasangka buruk tetapi Islam membenarkan prasangka buruk bagi sesetengah perkara. Boleh serach google untuk kepastiannya. Bukan semua prasangka buruk dilarang ALLAH.
§ Mimpikan ular, mimpikan dirinya mati, dan dibawa dalam keranda ke kubur. Bukan ke orang tua kata kalau perempuan mimpikan ular maknanya ada orang nak masuk meminang. Hehe...
§ Kepala dan pemikiran: selalunya gila seks. Ingin seks berlebihan.
§ Perasaan jemu hidup. Hendak mati dan hati kecil sentiasa hendak bunuh diri. Janganlah terdetik di hati jemu dengan kehidupan. Sedangkan jika kata 'boring' itu sebenarnya telah mengundang kemurkaan ALLAH. 'boring' sangatkan dunia yang ALLAH ciptakan. Kalau memang tiada apa-apa kerja/tugas yang hendak dibuat, bukankah boleh mengaji, solat dan membaca buku keagamaan. Jadi di mana 'boring' yang sebenarnya?
§ Hidup dirasakan sebagai beban berat kepadanya.
§ Fikiran dan emosi sebab putus cinta, gagal cinta, dukacita dan merana perasaan. Merasakan masa depannya gelap dan tak ada tempatnya lagi di dunia.
§ Merasa diri berdosa.. Dosanya tak akan diampun tuhan. Merasakan telah banyak membuat dosa. Merasakan dirinya disingkirkan masyarakat. Rasa rendah diri.
§ Mudah rasa tak puashati. Membuat pertanyaan bertubi-tubi. Soal yang tak putus-putus tanpa menunggu jawapan. Inilah tindakan orang yang perasan hebat? Betul ke tidak. Kerana itulah kena belajar adab-adab bertanya.
§ Watak berlaku sombong, membesar diri. Merasa dirinya besar. Memandang orang lain lebih rendah darinya.
§ Ilusi penciuman, terbau-baukan benda yang tidak wujud.
§ Ilusikan terasakan dirinya berdua atau ilusikan ada orang lain mengekorinya.
§ Kanak-kanak yang lembab belajar, penangkapan dan daya kefahamannya lemah.Kelemahan otaknya tak boleh berfikir, tak boleh menerima pelajaran, tak boleh faham dan tak dapat memberikan perhatian dalam satu-satu mata pelajaran.
§ Merasakan ada benda hidup dan lembaga lain dalam diri.
§ Imiginasikan roh dan jasadnya berpisah dan imiginasikan ada orang duduk di sebelahnya.
§ Ingatan lemah. Menulis selalu salah ejaan dan payah dapat memusatkan fikiran.
§ Hilang ingatan, tak dapat mengingat nama buku, nama orang, kawan-kawan, nama tempat. Tak boleh ingat angka dan pengiraan. Payah mengira dan membuat kira-kira.
Dan banyak lagi simptom-simptom penyakit yang melibatkan minda, jiwa, tingkahlaku, sikap dan kerohanian. Adakah anda mempunyai tanda-tanda di atas ini?
Dengar katanya, penyakit-penyakit ini boleh diubat dengan rawatan Homeoterapi.
Tapi, bagi makngoh kalau tak serius sangat, rawatan yang boleh dilakukan sendiri adalah dengan -:
a) berzikir
b) mengaji
c) solat sunat
d) wudhuk
e) bergaul dengan orang yang pandai agama
f) jaga tingkah-laku
g) terima kesalahan diri dan redha dengan cacian. Sesungguhnya tiada untung mereka yang mencaci dan memerli itu kecuali dosa dan sesungguhnya di akhirat nanti, insan yang dicaci dan diperli itu akan terkejut dengan pahala yang tidak dilakukannya. Apabila dia bertanya kepada ALLAH "pahala apakah ini?" Maka ALLAH menjawab " Itulah pahala dari orang yang mengumpat, mencaci dan mencela dirimu" (ayat mudah dalam bahasa kita bukan ayat petikan 100% dari al-quran)
24 kelebihan wanita dari lelaki dari segi agama.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang ALLAH dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan aLLAH dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70 000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur malam pada malam hari akan diampunkan ALLAH akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya ALLAH memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘bismillah’, akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah, ALLAH akan memberi berkat rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat kepada suami, ALLAH akan mengizinkannnya memasuki syurga.
15. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan pausa dan setiap kesakitan pada satu uratnya ALLAH mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anakanya sampai cukup 2 ½ tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. JikA WANITA memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, ALLAH akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Makngoh pernah dengar ceramah, kalau suami menangis ketika isterinya meninggal, tandanya isterinya itu bakal masuk syurga. Namun, jika suami gembira bila isteri meninggal, tandanya sebaliknya.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalaha akan mendapat pahala 80 tahun beribadat.
Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejaki syurga. Marilah berusaha ke arah itu. Insyallah.
Ahad, 29 Ogos 2010
Erk! Rupanya server makngoh ni US punya....
Apakah yang sebenarnya
" Mountain View, US tu" <
Alahai Bujang Susah, walau susah, kutetap suka ;)
Nah, tajuk entri semacam ajer...tapi sekadar suka je ye. Header di atas tu adalah header Bujang Susah.http://rubbertapperz.blogspot.com/
Blog Bujang Susah memanglah ada unsur-unsur politik tapi bagi makngoh biasa-biasa je lah. Lagipun makngoh dah lebih 21 tahun untuk membaca blog BS ni.
Apa yang makngoh suka pasal blog BS ni , banyak la jugak kata nasihat yang berguna.
Lagi satu yang best pasal blog ni, adalah ungkapan di bawah sana. Jaranglah blog yang buat ungkapan sebegini. Malah blog ilmuwan dan ustaz pun mahu link blognya dan artikelnya diminta izin dulu sebelum diterbitkan oleh blog lain.
BS KATA " tidak perlu minta izin atau sertakan link blog ini"
Wah, lihatlah cara BS berkongsi ilmu. Selain tu, BS tidak emosional dalam menulis blog (tak macam makngohselamoh) dan BS sangat merendah diri dalam penulisannya. TADI, makngoh tengok follower BS sudah mencecah 2044 orang. Ramai sudah. Caiyok BS.
Kenapa makngoh kenang BS ni? Sebab BS adalah di antara orang yang awal follow blog makngoh. Kalau tak silap BS adalah follower makngoh yang ke 4. Walaupun entri cincai-cincai jer, terima kasih BS sudi follow makngoh.
Jasamu dikenang. Macam ada juga BS jalan-jalan ke blog makngoh. Tapi entri ni, makngoh tak harap dia komen pun, sebab dia memang sibuk. ;(
Suami dan isteri > syurga dan neraka
Sabtu, 28 Ogos 2010
pelombong terperangkap bawah tanah untuk 4 bulan
COPIAPO, Chile - Seramai 33 lelaki yang terperangkap di dalam sebuah lombong tembaga di dalam tanah di sini selepas dinding gua runtuh sejak 5 Ogos lalu didapati semakin kurus tetapi sihat.
Maklumat itu diperoleh selepas sebuah stesen televisyen menyiarkan buat pertama kalinya kelmarin gambar-gambar pelombong tersebut yang sedang terperangkap.
Gambar itu dirakamkan menerusi sebuah kamera kecil yang dihantar ke dalam lombong menerusi lubang kecil sedalam 700 meter.
Imej-imej itu menunjukkan sekumpulan lelaki berdiri, berbaring dan berjalan.
Seorang lelaki dengan bangganya menunjukkan kawasan perlindungan sebesar bilik tidur dan ruang untuk berjalan-jalan.
Sementara itu, ubat antikemurungan akan diberikan kepada pelombong tersebut selepas diberitahu mereka cuma akan dikeluarkan sebelum sambutan Hari Krismas tahun ini.
Pelombong-pelombong itu akan hidup di dalam lombong bawah tanah kira-kira empat bulan sebelum anggota-anggota penyelamat dapat membawa mereka keluar. - Agensi
Rupanya boleh jadi kaya dengan Youtube
Nama-nama bintang YouTube itu tidak pernah dikenali dalam kalangan ramai penduduk di dunia.
Namun, firma TubeMogul mendakwa sekurang-kurangnya 10 orang penghibur di YouTube termasuk penulis dan penerbit dibayar ratusan ribu ringgit pada tahun lalu menerusi pengiklanan yang dibawa masuk daripada jutaan penonton yang menonton video blog mereka.
Nombor 1 ialah seorang pelawak satira, Shane Dawson yang berusia 22 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat (AS).
Dawson memuat naik petikan-petikan pendek satira yang memberinya pendapatan sebanyak AS$315,000 (RM990,517) dalam tempoh 12 bulan lalu. Videonya ditonton 431,787,450 kali.
Nombor 2 video The Annoying Orange dengan pendapatan yang dijana mencecah AS$288,000 (RM905,615).
Video itu telah ditonton sebanyak 349,753,047 kali.
Nombor 3 ialah Philip DeFranco yang menyiarkan video berkisar tentang politik dan gosip.
Pendapatan yang diperolehnya sebanyak AS$181,000 (RM569,342) apabila videonya ditonton sebanyak 248,735,032 kali.
Nombor 4 Video komedi Ryan Higa yang tinggal di Hawaii dan berketurunan Jepun-AS ditonton lebih 206,979,909 dan memperoleh pendapatan sebanyak AS$151,000 (RM474,970)
Nombor 5 ialah video Fred yang dihasilkan oleh Lukas Cruikshank dari Columbus, Nebraska.
Video mengenai menguruskan kemarahan itu menjana pendapatan AS$146,000 (RM459,462) dan ditonton sebanyak 200,656,150 kali.
Nombor 6 ialah video seorang bekas juruhebah radio, Shay Carl yang telah menerbitkan lebih 100 filem.
Dia menjana pendapatan sebanyak AS$140,000 (RM440,579) dan videonya ditonton sebanyak 192,309,247 kali.
Nombor 7 ialah video dari kumpulan duet Mediocre Films yang mula menghasilkan komedi pendek sejak tahun 2006. Dengan tontonan sebanyak 159,030,703 kali, video itu memperoleh pendapatan sehingga AS$116,000 (RM365,053).
Nombor 8 Video Smosh yang memperoleh pendapatan sebanyak AS$113,000 (RM355,610) dan ditonton 154,936,876 kali
Dalam video itu, dua lelaki, Ian Hecox dan Anthony Padilla berduet bagi menyanyikan lagu tema Pokemon.
Nombor 9 ialah video berita The Young Turks yang menjana pendapatan sebanyak AS$112,000 RM352,463 dan ditonton sebanyak 153,807,362 kali.
Nombor 10 penghibur YouTube diduduki oleh Natalie Tran yang merupakan pelajar berketurunan Vietnam-Australia.
Video Tran berkaitan dilema sosial dan cara untuk memiliki perut yang cantik menjana pendapatan AS$101,000 (RM318,110) dan ditonton sebanyak 138,871,829 kali
Makngoh nak hantar video apa yer ke Youtube? Tak dapat nombor 1, dapat nombor 10 pun dah syukur sangat-sangat (berangan dah) :)
Ikan berkaki empat di Indonesia
Seekor ikan 'berkaki empat' ditemui di dalam laut pada kedalaman lebih 500 meter di Wilayah Sangihe Talaud dekat perairan Indonesia, lapor sebuah akhbar semalam.
Kaki ikan itu sebenarnya sirip tetapi semasa ia berada di lantai laut, sirip tersebut bertindak seperti kaki untuk mengimbangi pergerakan.
Imej ikan itu dirakamkan oleh sebuah kenderaan robotik yang dilengkapi kamera dalam projek sekumpulan saintis termasuk dari Amerika Syarikat untuk meninjau kehidupan marin di laut dalam.
Gambar seekor ikan seperti jerung turut dirakamkan selain hidupan laut seperti tumbuhan berwarna merah
Maria Tengku Sabri Fail Rayuan pulak dah!
Namun, sekali lagi Maria membuat fail rayuan untuk menuntut RM5.5
Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri mendakwa tuntutan saman RM5.5 juta yang difailkan terhadap ahli perniagaan, Wan Johani Wan Hussin bukanlah kerana lelaki itu mungkir janji mengahwininya.
Sebaliknya bekas hos rancangan Jalan Jalan Cari Makan itu berkata, ia adalah tuntutan bagi ganti rugi penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua belah pihak setelah perkahwinan itu tidak berlaku kerana menyedari Maria sudah berkahwin pada masa itu.
Maria berkata demikian pada sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam setelah sekali lagi memfailkan rayuan berhubung kes tuntutan saman RM5.5 juta tersebut setelah ia ditolak Mahkamah Tinggi pada 30 Julai lalu.
Maria memfailkan notis rayuan tersebut di kaunter Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi peguam Rozy Chazriani Beddu yang mewakilinya.
Menurut Maria yang hadir di mahkamah semalam, rayuan itu difailkan bagi membetulkan tanggapan bahawa saman itu dibuat kerana Wan Johani mungkir janji mengahwininya tetapi ia sebenarnya ganti rugi penyelesaian setelah perkahwinan itu tidak berlaku.
"Saya tak paksa dia kahwin dengan saya malah saya pun tidak mahu berkahwin dengannya," katanya yang hadir tanpa ditemani ahli keluarga.
Semalam merupakan kali pertama Maria berbicara kepada wartawan berhubung kes tuntutan saman tersebut yang telah berlarutan selama enam tahun tanpa kesudahan.
Adakah terdesak sangat Maria untuk mendapatkan duit RM5.5 juta? Untuk apa duit itu sebenarnya? Datuk Wan Johani....bagi jer lah duit tu...huhu. Baru setel
Facebook : Upload gambar orang lain untuk hina Sultan Johor
Siapakah sebenarnya yang membuat onar ini? Makngoh yakin, polis akan dapat menahan orang yang membuat kerja jahat ini melalui internet. Tunggu dan lihat saja.
Terbaru, seorang gadi berumur 21 tahun, membuat laporan polis ekoran dia mendapati laman facebook yang menghina Sultan Johor itu mengandungi gambarnya.
Baca laporan penuh dari Kosmo ini
PASIR GUDANG – “Saya kini trauma dan begitu takut jika orang ramai memarahi saya sedangkan bukan saya yang buat akaun Facebook menghina Sultan Johor.’’
Demikian kata seorang pelajar kolej, Nurhidayu Ahmad Radzuan, 21, yang khuatir apabila mendapati dua gambarnya digunakan oleh pemilik sebuah akaun tidak bertanggungjawab di Facebook yang memburuk-burukkan institusi diraja Johor.
Nurhidayu berkata, dia hanya menyedari gambar-gambarnya digunakan individu terbabit dalam satu akaun Facebook Selasa lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Masai di sini pada keesokan harinya.
Menurutnya, pemilik akaun tersebut juga memuat naik gambar beberapa individu lain seolah-olah mereka sebenarnya yang mengendalikan akaun tersebut untuk menghina institusi diraja Johor dan raja-raja di negeri lain.
“Saya dapat tahu perkara ini apabila seorang rakan memberitahu ada orang menggunakan gambar saya di sebuah akaun Facebook, seolah-olah yang memburuk-burukkan Sultan itu adalah saya.
“Saya tidak tahu motif sebenar individu terbabit, jadi saya membuat keputusan membuat laporan polis bagi menjaga keselamatan diri,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Scientex di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Saifi Abd Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.
Lelaki hampir putus kemaluan
4 orang lelaki bermotosikal menyerang lelaki tersebut dengan parang dan sampai sekarang masih tidak diketahui punca sebenar.
Isteri mangsa berkata dia menyaksikan sendiri bagaimana suaminya 49 tahun itu dicederakan.
Laporan penuh di sini
Jumaat, 27 Ogos 2010
Adoi, pelancong London dakwa polis Malaysia lepas tangan
Pada 30 Mei yang lalu, Charles bersama rakannya, Rosnani Yahya yang tiba dari percutian di Bali kehilangan dua bagasi penting yang mengandungi komputer riba dan barang peribadi ketika menaiki bas Eagle Ekspres dari Shah Alam ke Johor Bahru (JB).
Menurutnya, laporan polis dibuat di dua tempat iaitu Balai Polis Skudai, Johor Bahru Utara pada keesokan harinya dan Balai Polis Seksyen 15 Shah Alam pada 20 Julai lepas.
Katanya, polis Shah Alam mendakwa mereka tidak mempunyai bukti dan maklumat yang kukuh untuk melakukan penyiasatan tentang kehilangan beg tersebut.
“Saya bertindak membuat laporan polis apabila rakan yang berada di London telah menjejaki individu yang telah menggunakan kom:puter saya menggunakan teknologi ‘Skype’.
:“Rakan saya telah berkomunikasi dengan individu tersebut (lelaki Melayu) dan bertindak mengambil gambar lelaki berkenaan menggunakan teknik ‘Skype’ di mana kita boleh berkomunikasi dengan teknologi ‘peer to peer’ (P2P),” katanya ketika ditemui di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seputeh, Teresa Kok di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).
Menurutnya, polis turut mendakwa mereka tidak mengetahui tentang teknik tersebut sedangkan ia mempunyai lebih 100 juta pengguna di seluruh negara dan menganggap perkara ini adalah ‘isu remeh’ sedangkan bagasi tersebut mengandungi barang yang berharga baginya.
“Saya suka datang ke Malaysia kerana negaranya aman dan damai tetapi apabila hal sebegini dianggap remeh dan tidak disiasat mengikut ketetapan, ia telah menimbulkan sedikit kekesalan dalam diri saya sebagai pelancong,” katanya lagi.
Komen makngoh : Memanglah remeh hilang komputer riba berbanding dengan macam-macam kerja lain yang polis malaysia kena setel. Bunuh, rompak, buang bayi, rogol, ah long, pelacur dan macam-macam ler.
Rumah junior makngoh dimasuk pencuri bulan 6 lepas. Pencuri hanya buat lubang kecil di gril tingkap. Hanya muat masuk tubuhnya dan tak muat keluarkan laptop. Nasib baik. Tapi ada junior makngoh tu hilang cincin kahwin dan duit. Apabila buat laporan polis. Tiada tindakan pun. Polis sekadar datang tengok je. Walaupun kotak cincin ditinggalkan, polis tak mahu ambil cap jari di kotak cincin dan barang-barang lain.
Kata mereka " nanti rosak barang-barang bila kena serbuk cap jari tu"
ekekeke ekeke....Jadi....terpaksa kata "yang berlaku biarlah berlalu"
AC Mizal mungkin akan dipenjarakan? Apa kes?
Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Ridhwan Husin yang mewakili Shafnie Zainuddin, 34, bekas isteri Mizal, 38, dan peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili penyanyi itu memfailkan hujahan masing-masing setelah tiada jalan penyelesaian oleh Mizal dan Shafnie.
Abdul Halim berkata, beliau akan menilai hujahan daripada kedua-dua pihak serta menimbang sedalam-dalamnya keterangan yang diberikan serta mewajibkan Mizal dan Shafnie, model dan pengurus pemasaran syarikat Casa Impian Holdings Berhad, untuk hadir pada tarikh tersebut.
Di luar mahkamah, Ridhwan memberitahu pemberita Shafnie enggan menerima tawaran Mizal untuk penyelesaian luar mahkamah berhubung kes komital itu kerana menganggap ia tidak munasabah.
“Tawaran itu tidak munasabah kerana duit tersebut tidak sampai kepada anak dan prosiding ini perlu diteruskan, dalam hujahan saya, penyanyi itu wajar dipenjara kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan tidak mengikut perintah mahkamah, “ katanya.
Shafnie tidak hadir di mahkamah pada prosiding semalam kerana mempunyai urusan penting di Putrajaya manakala Mizal hadir ditemani seorang rakan.
Pada 29 Julai lepas, Shafnie menafikan dakwaan pelakon dan pengacara tersebut telah membayar tunggakan nafkah dua anak mereka, Muhammad Shafiq Iman, 14, dan Muhammad Shabil Iman, 11, sebanyak RM50,000 kerana beliau mempunyai bukti bagi menyangkal dakwaan tersebut.
Pasangan itu berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum bercerai pada 17 Oktober 2001.
Mengikut perjanjian asal, Mizal diperintah membayar nafkah dua orang anaknya sebanyak RM2,000 sebulan sehingga kanak-kanak terbabit berusia 18 tahun.
Bekas pengacara rancangan Akademi Fantasia itu, bagaimanapun, gagal membayar nafkah anak sehingga mencecah RM50,000.
Pada 22 Dis 2004, mahkamah mengeluarkan perintah agar jumlah tunggakan itu dibayar secara ansuran sebanyak RM200 sebulan dan bakinya akan dibayar melalui potongan gaji daripada akaun bank milik artis itu.
Dia diperintahkan membayar nafkah semasa bagi setiap bulan untuk kedua-dua anaknya sebanyak RM300. - Bernama
Kasihan, 2 jari hancur digilis mesin tebu
Namun, ujian Ramadhan untuk seorang peniaga ikan apabila 2 jarinya hancur ketika dia sedang memesin tebu di bazar Ramadhan di Kubang Kerian, Kelantan.
Dikatakan, peniaga ikan tersebut menjual air tebu sebagai rezeki tambahan untuk menyambut raya. Semasa dia mesin tebu, tebu tersebut telah patah menyebabkan jarinya termasuk ke mesin namun dia bertindak pantas dengan menarik jarinya dan mematikan suis mesin.
Semoga peniaga tersebut cepat sembuh dan sihat kembali. Redha dengan ujian ALLAH kerana DIA MAHA Mengetahui dan MAHA Berkuasa. Tentu ada hikmahnya.
Laporan penuh di sini
Video Bayi berenang
bayi ni berjalan pun terkedek-kedek lagi. Tapi sudah mampu berenang dan tahan nafas dalam air. Makngoh tak pandai berenang :)
Resepi : Daging Paprik Makngohselamoh
Hari Rabu lepas, sekolah makngoh anjur Majlis Berbuka Puasa. Pengetua sekolah tu berhajat benar nak berbuka puasa dengan guru-gurunya. Dia tempah nasi hujan panas special untuk cikgu-cikgu.
Tapi selain itu, kami cikgu-cikgu pakat masak dalam kumpulan beberapa menu lain untuk 'meriahkan' lagi meja hidangan. Hehe.
Kumpulan makngoh kena masak daging. Macam-macam resepi daging yang kawan makngoh nak masak tapi last-last minta makngoh tolong masak daging paprik. Sebenarnya makngoh ni tak mahir nak masak daging paprik. Jadi, buatlah ikut resepi suka hati. Hari ni, ramai pula yang minta resepi ni termasuklah PK1 dan geng-geng kerani, jadi apa lagi...kembang hidung makngoh...ekekekeke...hehe (tak baik bangga diri).
Anda nak cuba?
Bahan-bahannya
1. daging (yang makngoh buat ni 3 kilo)
2. sos cili
3. sos tiram
4. sos ikan
5. kicap manis
6. bawang merah ditumbuk kasar
7. bawang putih diketuk-ketuk jer
8. lada sulah dan lada hitam (sikit je)
9. Pati Ayam Knorr
10. serai diketuk-ketuk jer
11. setitik dua pewarna merah
12. Air rebusan daging
13. Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan Sayur A
lada benggala kuning tu hitam-hitam, makngoh main amik je di market.
Lain kali kena cek betul-betul
1. Brokoli (nak cantik cari yang hijau tua)
2. Carrot dipotong panjang-panjang.
3. putik jagung dibelah
4.
Bahan-bahan B
1. Bawang besar dihiris
2. Lada bengala dihiris
3. Lada merah dihiris
4. Daun limau purut
5. Tomato
Cara membuat -:
1. Daging batang pinang direbus. Apabila sudah mendidih, simpan semangkuk air rebusan daging.
2. Kemudian teruskan rebus daging hingga empuk bersama pewarna merah. Toskan daging tersebut dan barulah dipotong-potong lebar.
3. Tumiskan bawang putih hingga garing, kemudian masukkan bawang merah dan tumis lagi.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan sedikit kicap. Tumis lagi. Masukkan air rebusan daging yang telah disimpan supaya sedikit cair.
5. Masukkan serai, lada sulah, lada hitam dan serbuk Pati Ayam Knorr. Gaul sebati.
6. Masukkan daging tadi dan gaul lagi. Tambah lagi air rebusan daging jika sosnya pekat.
7. Masukkan garam dan gula. Gaul lagi.
8. Masukkan sayur-sayur pada bahan A. Kacau sebati.
9. Tutup api. Masukkan bahan B dan gaul sebati.
10. Siap sudah bah!
telor tu saja-saja makngoh letak.... haha...selain tu makngoh tabur kismis gak.
Kecewa dan marah dengan tindakan rakyat Indonesia
Beberapa hari lagi kita nak sambut kemerdekaan dan kempen kibarkan jalur gemilang juga semakin meriah. Di sekolah makngoh, pelajar tak putus-putus menghias kelas mereka dengan jalur gemilang dan bertemakan kemerdekaan.
Selain didik anak bangsa kita supaya mencintai bendera Jalur Gemilang, kita sendiri, tak pernah mendidik anak-anak kita supaya membenci rakyat Indonesia dan kita tak pernah didik anak kita supaya menghina bendera negara lain.
Tindakan rakyat Indonesia yang memijak Jalur Gemilang dengan najis mereka dan membaling Kedutaan Malaysia dengan najis amatlah dikesali dan sangat tidak bermoral. Makngoh sangat sedih dan marah. Apakah kita harus melakukan perkara yang sama kepada bendera mereka dan melakukan perkara yang sama kepada Kedutaan Indonesia di Malaysia? Tentu sekali tidak. Kita rakyat Malaysia yang bertamadun, berbudi bahasa dan ada undang-undang.
Menyedihkan, kita serumpun dan kita sama agama tetapi ada pihak yang suka mencari pasal dan suka bergaduh. Apapun, dilihat di sini...keegoaan dan cemburu adalah punca utama.
Namun, pertanyaan makngoh...Itukah tamadun manusia bergelar rakyat Indonesia? Dan itukah cara Indonesia berterima kasih dengan Malaysia yang menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat mereka di negara ini.
~~~~ isu batik yang digembar gemburkan oleh media Indonesia
~~~~isu gembar gembur tarian pendet yang makngoh sendiri tak pernah tengok pun di Malaysia.
baca pula satu laman facebook yang bertajuk
inilah orang kata kacang lupakan kulit dan orang yang tidak kenang budi
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
Rabu, 25 Ogos 2010
Kota Bharu : Pesakit mental sembelih anak 3 tahun
- Berita lanjut di sini.
Yang makngoh nak ingatkan, janganlah cari pasangan yang ada masalah mental dulu atau sekarang, dan jangan cari pasangan yang ada keturunan penyakit ini.
Islam pun larang perkahwinan dengan orang yang nasabnya tidak baik.
Fikirkanlah
Isnin, 23 Ogos 2010
Suasana dan semangat puasa Sandakan hambar
Lagi satu, tadi makngoh masuk ke bandar Sandakan, suasana macam tak puasa. Orang makan, minum dan merokok berkeliaran (makan, minum dan merokok sambil berjalan). Yang pasti orang-orang itu bukan orang Cina tetapi makngoh tak pasti lah jika orang-orang tu bukan orang Islam.
Selepas itu, makngoh bergerak ke Batu 4 Sandakan, singgah di sebuah Hypermarket di sini, geramnya makngoh tengok budak perempuan bertudung yang bekerja sebagai tukang gaul jagung mayonis tengah makan. Makan di tempat terbuka. Tidak kiralah anda boleh puasa ke tidak sekurang-kurangnya jagalah adab orang Islam dan hormati orang Islam yang berpuasa.
Sambil-sambil mengunyah makanan, dia tengah sediakan wafel untuk seorang pembeli bangsa Cina. Makngoh tak kisah kalau orang bukan Islam makan di tempat terbuka tetapi makngoh geram kalau yang Islam pun makan di tempat terbuka pada waktu siang. Nampak sangat penguatkuasaan tidak begitu telus.
Roslin Hashim akan ambil tindakan undang-undang pada media yang fitnah Raja Azmi
Roslin, 35, memberitahu, beliau akan berusaha bagi membersihkan nama Raja Azmi yang sudah dianggap sebagai anggota keluarganya sendiri kerana menjadi mangsa fitnah sebagai punca perceraian dengan isteri terbarunya, Nurhayati Othman, 38.
"Selepas berbincang dengan peguam dan dalam usaha saya membersihkan nama Raja Azmi, saya ingin merayu semua pihak, khususnya media supaya tidak lagi membuat sebarang spekulasi mengaitkan saya dengan Raja Azmi ada hubungan sulit.
"Kalau tidak saya akan mengambil tindakan undang-undang," tegas beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Komen makngoh : Hidup suami isteri jangan ada rahsia dan mesti beritahu isteri walau ke mana anda hendak pergi. Bukan tujuan minta izin dari isteri tapi untuk pengetahuan isteri dan elakkan salah faham di kemudian hari. Tengok apa terjadi pada dia. Isteri fikir lain. Dia fikir lain. Last2 sampaikan bercerai.
Letupan mercun korbankan kanak-kanak 6 tahun di Terengganu
Belum pernah lagi seumur hidup makngoh dengar kisah letupan mercun yang sedemikian rupa. Orang dewasa yang ralik nak kaut untung, nyawa kanak-kanak pula yang menjadi korban.
Kejadian gempar yang berlaku di Kg Seberang Baruh, Cabang 3 Terengganu ini amatlah mengejutkan ramai pihak memandangkan inilah kejadian seumpamannya di Terengganu. Makngoh rasa bukan di Terengganu sahaja tetapi di Malaysia. Pernah suatu ketika dulu berlaku di Sabah, letupan yang menghancurkan badan manusia tetapi bukan sebab mercun ...sebab bom.
Kanak-kanak malang yang maut dalam kejadian letupan ini dikatakan telah hancur separuh kepalanya dan arwah merupakan anak tunggal kepada pasangan peniaga muda.
Selain kanak-kanak tersebut, 2 orang pemuda lagi dilaporkan cedera parah dan salah seorang pemuda itu telah hancur kaki.
Dikatakan mercun-mercun tersebut telah disimpan di dalam sebuah rumah lama dan setelah letupan berlaku, bahagian depan dan anjung rumah lama yang dijadikan stor itu telah musnah. Malah, sebuah rumah lain yang terletak beberapa meter dari tempat kejadian turut pecah cermin tingkap akibat gegaran letupan.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui pemberita Utusan menyifatkannya sebagai kejadian paling dahsyat di negeri ini yang membabitkan mercun.
Beliau memberi jaminan, polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk pemilik bahan-bahan berkenaan.
Katanya, pihaknya menubuhkan pasukan khas berhubung kejadian itu agar siasatan terperinci dapat dilakukan.
"Kita juga minta bantuan Unit Forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur untuk bantu kita jalankan siasatan mengenai kejadian ini".
Makngoh rasa hari ni, polis akan dapat kenalpasti pemilik mercun tersebut. Rasanya polis kita cekap menyiasat perkara sebegini. Tunggu saja Buletin Utama malam nanti.
Persoalan di benak makngoh >
1) apa kanak-kanak buat di rumah lama tu?
2) apa yang 2 orang pemuda buat di rumah lama tu?
3) kenapa mereka pergi ke rumah lama tu?
4) macamana mercun boleh meletup?
5) ada sumber api yang berdekatan ker @ ada di antara 3 mereka yang nyalakan mercun?
6) di mana ibubapa kanak-kanak ketika kejadian tu?
7) banyak mana dan berapa nilai mercun yang disimpan di situ?
8) sudah berapa lama mercun disimpan di situ?
9) dari mana mercun tu diperolehi?
10) SIAPAKAH YANG SIMPAN MERCUN DI RUMAH TU?
Ahad, 22 Ogos 2010
Ore kelate mari gak sini kelih iklan raya Petronas hok sohor dulu dlm versi kelate
Lawak bila dibuat sari kata dale bahaso kelate kito gak. :)
Kalaulah pelajar sekolah boleh kahwin?
Mohd Firdaus mangsa mercun pertama tahun ini
Kejadian berlaku di Kedah apabila kanak-kanak terbabit bermain mercun bola bersama-sama dengan kawannya.
Salah satu dari mercunnya meletup. Kanak-kanak terbabit berlari pulang ke rumah dan dihantar ke hospital oleh bapa saudaranya.
Dia dilaporkan stabil
9 beradik ditinggalkan ibubapa sejak setahun lalu di Kuala Krai
Sembilan beradik terbabit iaitu Nor Hidayah Mahadi, 13, Amirul Rizal, 11, Afiq Asyraf, 10, Natasha Emilia, 9, Arif Hafizi, 7, kembar Airin Puteri dan Adlin Puteri, 4, Naqiuddin, 3, dan Nia Khalisa, 2.
Mereka 9 beradik telah menyiapkan kad raya untuk ibubapa dan meminta ibubapa mereka pulang beraya bersama.
Sekarang, mereka semua dijaga oleh datuk. Ibu mereka Kasmaliza 29 tahun dan bapa mereka Mahadi Che Mansur 31 tahun.
Berita penuh di sini
Sekolah pelajar hamil bernama Sekolah Harapan
Datuk Seri Muhd Ali Rustam berkata sejak pengumuman beliau mengenai sekolah hamil tersebut, ramai ibubapa di negeri itu telah menghubungi pihaknya untuk menempatkan anak mereka yang telah hamil (maknanya memang ramai lah remaja perempuan Melaka yang hamil luar nikah?) Laporan di sini
Sekolah tersebut menggunakan bangunan milik Syarikat Air Melaka sebagai kelas dan boleh menempatkan 4 buah kelas untuk 20 - 30 orang pelajar. Tempat penginapan pelajar pula menggunakan Pusat Bimbingan Islam Jabatan Agama Islam Melaka yang dilengkapi dengan kemudahan yang selesa tetapi hanya muat untuk 10 orang pelajar setakat ini.
Pihak kerajaan negeri akan mencari tempat penginapan lain jika jumlah pelajar menginap lebih ramai. (kontra pula dengan penyataan di atas yang mengatakan ramai ibubapa telah menghubungi pihak sekolah untuk menghantar anak mereka)
Sekolah Harapan akan menempatkan pelajar dari Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 dan pelajar boleh menduduki PMR dan SPM di sekolah tersebut. Guru-guru pula terdiri dari pihak JAIM.
Makngoh terbaca satu blog mengenai ribut yang melanda di bazar Ramadhan di Jasin hingga melibatkan kematian beberapa orang. DAN JASIN lah tempat yang menempatkan Sekolah Harapan tersebut.
Mungkin ada baik dan ada buruknya Sekolah Harapan itu. Namun tindakan nekad dan tindakan cepat Melaka menubuhkan sekolah tersebut dilihat sebagai pelik tetapi ajaib.
Wallahualam. Rujukan dari sini
Tak boleh buka gengblogger :(
Sabtu, 21 Ogos 2010
Firaun mati awal sebab dia anak sumbang mahram
KAHERAH - Kematian mengejut Firaun Tutankhamun pada usia 19 tahun didapati berpunca akibat tubuhnya yang lemah kerana dia dilahirkan hasil daripada hubungan sumbang mahram melibatkan keturunannya, kata beberapa saintis.
Sejak bertahun-tahun lalu, pakar-pakar cuba membongkar misteri kuno mengapa firaun remaja berkenaan yang memerintah Mesir selama 10 tahun meninggal dunia sebelum usianya mencecah 20 tahun.
Namun, kini sepasukan penyelidik dengan bantuan mesin pengimbas tomografi paksi berkomputer (CT), ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan maklumat arkeologi, mempercayai nasib yang menimpa Firaun Tutankhamun yang turut dikenali sebagai Tut adalah kerana ibu bapanya merupakan pasangan adik-beradik.
Ujian DNA membuktikan bapa Firaun Tut meniduri salah seorang daripada lima adik-beradik perempuannya sekali gus menyebabkan tubuh anaknya mewarisi gen berbahaya yang melemahkan daya ketahanan badan di samping boleh mengancam nyawanya.
Keadaan serupa dapat dikesan dalam kalangan zuriat yang lahir hasil perbuatan sumbang mahram.
Sebelum ini, Firaun remaja itu dipercayai meninggal dunia akibat kemalangan dan penyakit. - Agensi
ambil dari sini
Kasihan Abang & Kakak dan Pakcik & Makcik Polis di luar sana
Ini bulan Ramadhan. Syaitan dirantai. Makngoh ingat berkuranglah masalah-masalah ini. Bolehlah polis-polis berehat seketika untuk sebulan ni tetapi rupanya, syaitan original sahaja dirantai tetapi syaitan dalam diri manusia tetap ada. Maka, terpaksalah polis-polis bekerja keras walaupun bulan puasa.
Dimarahi pengetua :/
Tapi SU SPM nak senang kerja dia. Lepas makngoh bagitau dia pasal keciciran pelajar tu, dia terus daftar online pelajar tu. Tapi dia beri borang permohonan calon SPM kepada makngoh dan minta makngoh menyamar jadi pelajar tu dan tandatangan di bawah tu. Cuba anda baca. Bukankah tandatangan calon? Bukan tandatangan guru kelas @ ada istilah guru kelas boleh wakilkan pelajar untuk tandatangan borang akuan calon SPM ni.
Makngoh melenting sangat bila dia suruh makngoh buat macam tu. Alasannya, makngoh sebagai guru kelas, makngoh kena bertangungjawab. TETAPi yang sepatutnya SU SPM perlu ke rumah pelajar terbabit dan mendapatkan tandatangan pelajar tu.
Makngoh dan dia bertikam lidah pada masa tu. Dia tetap nak makngoh tandatangan. Akhirnya PK1, PKHEM dan PKKO masuk campur. Tapi nak redakan keadaan, makngoh tinggal mereka selesaikan masalah itu. Hari tu pengetua tiada di sekolah.
Esoknya, makngoh dipanggil pengetua dan dimarahi. Kata pengetua, borang tu apalah sangat. Setakat tandatangan sahaja. Bukan nak hantar ke kementerian pun. Makngoh tak diberi peluang pun nak bela diri. Sedih sangat bila terang-terang diri dianiaya macam ni. SU SPM dan orang-orang lain yang mengadu tu, makngoh takkan maafkan.
Ini adalah borang penuh untuk pendaftaran SPM. Inilah kes yang berlaku awal tahun ni ketika semua SU SPM sibuk nak daftarkan pelajar SPM. Ada yang ambil jalan mudah. Guru baru dan guru semenanjung juga lah yang jadi mangsa keadaan.
Pengalaman itu mendewasakan
Hidup makngoh ni di tempat orang berdepan dengan macam-macam ragam manusia yang kadang-kadang tu, ragam itu belum pernah makngoh jumpa di tempat sendiri. Betullah kata pepatah "jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengetahuan". Ragam manusia, kemudian ragam benda, ragam tempat dan ragam makanan. Macam-macam pengalaman.
Kalau tidak datang ke bumi Sabah ni, tidak akan lalui pengalaman pahit manis yang telah banyak menduga hati dan fikiran makngoh. Yang manis itu memang dikenang tapi tidak singgah lama di hati dan yang pahit itulah yang sering makngoh ingat dan kenang juga. Itulah perangai makngoh.
Dalam banyak pengalaman itu, pengalaman dengan ragam manusialah yang paling makngoh ingat. 10 orang 10 ragam, kalau bekerja dengan 100 orang? 100 ragam. Kalau mengajar 200 orang pelajar, maka 200 ragam yang makngoh terpaksa berdepan. Namun kerenah budak, tidaklah teruk sangat. Paling-paling sikap malas mereka yang menjadikan mereka itu sama jer. Ya, itulah ragam pelajar yang paling makngoh tak suka. Tapi,,,paku boleh masuk ke kayu yang keras, dengan cara ketuk dengan tukul...menunjukkan pelajar pun boleh diajar cuma kena sabar.
Ragam manusia (selain pelajar) itulah cabaran utama nak hidup di bumi orang ni. Bagi kita, kita rasa kita dah betul tapi bagi dia, dia rasa dia yang betul. Itulah kita ni manusia, kita sentiasa rasa diri kita betul. Makngoh sedar, mungkin kadang-kadang makngoh di pihak salah @ mungkin kadang-kadang makngoh di pihak betul tapi cara expresikan masalah itu menjadikan yang salah jadi betul dan yang betul jadi salah.
4 tahun makngoh di Sabah, pengalaman paling menyedihkan makngoh > dimarahi Pengetua. Itulah pengalaman yang menyakitkan hati dan memutuskan semangat makngoh. Kenapa dia marah? Sebab ada orang yang suka mengadu. Entri selepas ini makngoh ceritakan kenapa. Walaupun sekarang ni, pengetua dah baik dengan makngoh tapi luka tu makngoh ingat. Masih lagi tersimpan sampai mati dan makngoh takkan maafkan orang yang mengadu itu. Dia bukan Islam pun, jadi tak kisahlah dimaafkan ke tidak. Memang neraka juga tempat dia.
Semalam pula makngoh sedih sangat...seorang kawan baik yang telah salah faham. Ada entri dia sebelum ni, makngoh pernah tulis. Makngoh cuba berbaik dengan dia tapi dia tak pandang makngoh pun. Jadi semalam, makngoh sms dia tanya apa yang dia nak? Dia kata nak makngoh minta maaf dengan dia. Makngoh pun minta maaf. Tapi dia kutuknya makngoh lagi. Makngoh jawab dia tak kenang budi, dia jawab kalau diungkit maknanya tak ikhlas menolong. Akhirnya, mengeluh sendiri. Manusia ini macam-macam ragam.
Satu kesimpulan daripada macam-macam ragam yang makngoh jumpa di sini
"manusia sentiasa rasa dirinya betul dan orang lain salah"
tak dinafikan makngoh pun begitu juga.
Raja Azmi, sudahlah jatuh...ditimpa tangga pulak tu
Hari ni entri makngoh pasal Raja Azmi ni mengenai satu kes mahkamah yang tiada kaitan langsung dengan Roslin Hashim. Diberitakan, Raja Azmi tidak menghadiri perbicaraan suaminya iaitu Jailani Sidek mengenai satu kes muflis.
Laporan Utusan -:
Disebabkan tidak hadir memberi keterangan dalam satu kes saman sivil di Mahkamah Tinggi di sini pada 12 Julai lalu, penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman hampir dikenakan tindakan mahkamah hari ini.
Ini kerana, Hakim Datuk Lim Yee Lan menyifatkan ketidakhadiran wanita itu walaupun sapina telah dikeluarkan lebih tiga kali sebagai menghalang dan mengganggu proses mahkamah sehingga menyebabkan perbicaraan kes itu terpaksa ditangguhkan.
Raja Azmi bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan RM8,000 selepas rakannya, Zahrin Aris membayar wang ikat jamin tersebut berikutan suaminya yang juga bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek tidak dibenarkan menjadi penjamin kerana telah diisytiharkan muflis.
Hakim turut memerintahkan agar Raja Azmi hadir ke mahkamah setiap kali prosiding dijalankan sehingga kes membabitkan dirinya, Jalani dan syarikat milik pasangan itu, Equal Alliance Sdn. Bhd. diputuskan.
Beliau membuat keputusan itu selepas Raja Azmi yang memakai baju kurung moden berwarna merah dan biru hadir ke mahkamah hari ini dengan diiringi beberapa anggota polis kira-kira pukul 9.25 pagi.
Turut hadir di mahkamah ialah suami dan anak sulungnya, Puteri Suraya serta suami kepada anaknya yang juga seorang pengarah filem, Mohd. Shadan Hashim.
Semalam, Raja Azmi, 51, terpaksa bermalam di lokap selepas ditahan di Balai Polis Pandan Indah, Ampang Jaya dekat sini pada pukul 4.50 petang setelah dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi berhubung kes saman tersebut.
Dalam tuntutan itu, Raja Azmi, Jalani dan Equal Alliance selaku pihak defendan telah disaman oleh ahli perniagaan, Hamzah Abdul Majid membabitkan penjualan sebidang tanah seluas 14.2 hektar dengan harga RM5.9 juta.
Tuntutan itu dibuat kerana mereka didakwa telah bersubahat dengan LBS Bina Holdings Sdn. Bhd. dan salah seorang pengarahnya, Joey Lim Hock Guan apabila menjual tanah itu kepada syarikat pembinaan tersebut.
Sedangkan, pihak defendan didakwa telah berjanji untuk menjual hartanah tersebut kepada Hamzah sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian bertarikh 21 Februari 1996 dengan harga RM4.9 juta.
Hamzah selaku plaintif telah memfailkan dua saman secara berasingan terhadap mereka pada 10 Disember 1998.
Pada 4 Oktober 2001, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kay Hwee Gee telah memutuskan dalam saman yang pertama bahawa perjanjian antara pasangan itu dengan ahli perniagaan terbabit adalah sah dan boleh dikuatkuasakan.
Hakim itu turut memerintahkan pasangan itu membayar ganti rugi kepada ahli perniagaan itu sekiranya saman kedua yang membabitkan LBS Bina dan Hock Guan tidak memihak kepada Hamzah.
Perbicaraan kes itu ditetapkan untuk sambung bicara pada 29 November ini dengan Raja Azmi dijangka memberi keterangan berhubung satu akuan bersumpah yang dibuatnya pada 8 Februari 2006 berhubung hartanah itu.
Terdahulu, ketika Raja Azmi diminta memberi penjelasan oleh Hakim Yee Lan, wanita itu memberitahu, dia tidak menerima sebarang sapina yang memintanya hadir ke mahkamah.
''Menurut penghantar sapina, dia telah meletakkan sapina di hadapan bonet kereta kamu, itu sama dengan menerimanya sendiri. Jadi kenapa awak tidak hadir ke mahkamah?
''Apa maksud kamu maaf? Adakah awak mengatakan penghantar sapina menipu? Jadi, siapa yang menipu? Oh, awak tidak menipu, tidak apa, kita akan uruskan perkara ini nanti,'' tegas hakim itu.
Hakim tersebut turut mengarahkan agar peguam plaintif, T. J. Su menyerahkan salinan sapina dan senarai dokumen yang perlu dibawa atau diberi keterangan kepada wanita itu.
''Sekarang awak tahu kes ini mengenai apa, apa yang perlu awak buat dan awak dah tahu bila awak akan datang,'' ulang Hakim Yee Lan.
Menurut rekod, sapina telah diserahkan kepada Raja Azmi pada hari perkahwinan bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim dengan Pengarah Pemasaran dan Promosi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Nurhayati Othman.
Sapina itu diletakkan di atas bonet kereta Mercedez Benz B170 milik Raja Azmi selepas penerbit filem itu dikatakan enggan menerimanya.
Penerbit filem '...Dalam Botol' itu ditahan oleh polis semalam selepas dia membuat laporan terhadap Nurhayati yang didakwa mengugutnya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Sehari sebelum itu, Nurhayati semasa memberi keterangan dalam permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mendakwa Roslin telah melafazkan cerai terhadapnya setelah dia mengesyaki suaminya itu mempunyai hubungan dengan Raja Azmi.
Wow, buang bayi lebih canggih. Dera dulu baru buang
Kejam sungguh. Tengok gambar di atas tu. Bayi tersebut telah mati akibat didera dan ditinggalkan di perhentian bas. Mayat bayi tu ditemui oleh pelajar sekolah pada pukul 6 pagi semalam ketika mereka hendak ke sekolah.
Polis mengatakan kemungkinan bayi ini adalah keturunan Melayu dan dibuang setelah mati didera.
Baca berita penuh di sini
"Dilarang letak cawan di sini bodoh!"
Jumaat, 20 Ogos 2010
Buat baik dan buat jahat
Buat baik jangan disangka akan dapat balasan baik
Bila mendapat balasan jahat jangan diungkit-ungkit
tentang apa yang telah dibuat baik.
Jika kita mengungkitnya,
kita dikatakan tidak ikhlas berbuat baik.
Jadi, apalah gunanya istilah tidak kenang budi?
Apalah gunanya orang tua dulu-dulu buat pepatah kacang lupakan kulit?
Buat baik pun kadang-kadang dikeji orang
Apatah lagi bila buat jahat
sampai mati orang akan sebut
lepas mati pun orang akan sebut...
JADI -: janganlah buat baik, nanti sakit hati bila dibalas jahat
kecualiLAH
jika anda seorang yang kuat, tabah dan sabar
hanya mengharapkan balasan baik dari ALLAH di akhirat kelak.
seperti indahnya akhlak
Nabi Muhammad s.a.w
Khamis, 19 Ogos 2010
Kes Khalwat Dalam Laporan Akhbar 19 Ogos
Kes Khalwat 1
Pasangan remaja berusia 19 tahun dicekup di Pulau Pinang pada pukul 2 petang. Si lelaki pergi ke rumah sewa si perempuan sejak pukul 9 pagi lagi dan di dapati ada kes love bite di leher lelaki tersebut. Dia itu mengaku, love itu dibuat oleh si perempuan.
Yang misterinya, lelaki tersebut bersembunyi di dalam beg pakaian yang kecil semasa serbuan dibuat. Malah, Ketua Operasi berkata, dia sendiri hairan bagaimana lelaki itu muat masuk di dalam beg tersebut.
Lelaki itu dapat ditangkap akibat rambutnya yang terjulur keluar dari beg pakaian tersebut. Lelaki itu mengaku berpuasa dan teman wanitanya uzur.
Kes Khalwat Kedua
Di Kulim Kedah, seorang pemuda berumur 24 tahun telah membawa kekasihnya, pelajar sekolah yang berumur 17 ke rumahnya apabila ibubapanya keluar bekerja.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi itu bermula apabila jiran pemuda tersebut tidak berpuas hati melihat pemuda itu membawa perempuan ke rumah. Apabila diminta membuka pintu, pemuda itu tidak mengendahkan.
Ini menyebabkan jiranya menelefon jabatan agama islam dan mengepong rumah tersebut sehingga ketibaan pihak jabatan agama islam. Yang menyedihkan, perempuan terbabit seorang pelajar sekolah yang ponteng sekolah. Selepas ditangkap dan dibawa ke balai polis, abang angkat perempuan tu datang jamin tetapi perempuan itu tetap ditahan sehingga keluarganya sendiri datang menjamin.
Kes khalwat ketiga
Di Melaka, menyedihkan apabila suami cekup isteri sendiri berkhalwat. Lelaki berkenaan dikatakan baru pulang ke rumah pada pukul 7 pagi dan mendapati terdengar suara isterinya dengan seorang lelaki.
Dia menelefon jabatan agama islama dan menunggu sehingga ketibaan pihak jabatan. Di dapati, ketika serbua, si isteri sedang baring di katil bersama seorang pemuda yang berumur 21 tahun. Isterinya berumur 33.
Isterinya memberitahu pemuda tersebut ke rumahnya pada pukul 3 pagi lagi tetapi mereka tidak tidur sekatil.
Kes cerai kali kedua Roslin Hashim
HULU KLANG: “Roslin pergi ke hotel itu untuk bersama Raja Azmi (Raja Sulaiman), malah bilik hotel itu juga didaftar atas nama wanita itu,” kata Norhayati Othman, 38, isteri jaguh badminton negara, Roslin Hashim ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam.
Dia yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata demikian ketika menjawab soalan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamad berhubung punca kejadian lafaz berbunyi ‘I cerai youlah’ yang didakwa dilakukan Roslin dalam bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang di sini, pada 7 Ogos lalu.
Dalam keterangannya, Norhayati mendakwa Roslin, 35, melafazkan cerai dalam keadaan sedar, siuman, tenang dan mengambil kira-kira lima hingga tujuh saat untuk menjawab soalan selepas ditanya apa keputusannya ketika itu selepas berlaku perdebatan antara mereka berdua dan bekas pemain kebangsaan Jailani Sidek serta isterinya, penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman.
“Kami (Norhayati bersama dua adik dan ibunya) pergi ke tingkat lima dan menunggu Jailani untuk bersama-sama ke tingkat tiga. Namun, Jailani seolah-olah melengahkan kami untuk ke bilik itu kerana dia sudah menelefon Roslin dan mengarahkan dia keluar dari bilik berkenaan.
“Dia mungkin bimbang Raja Azmi serta Roslin ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akibat berdua-duaan. Roslin dikatakan sudah keluar dari bilik itu. Saya minta Jailani hubungi Roslin dan meminta dia tunggu saja dalam bilik itu. Mereka mengaku berada bersama dalam bilik itu dan pada jam 8.32 malam, berlaku lafaz cerai,” katanya.
Norhayati yang diwakili peguam syarie Zulkarnain Lukman memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai pada Isnin lalu dan diterima pada sebelah petang oleh Roslin yang diwakili peguam syarie Roslizam Rahim.
Terdahulu dalam prosiding yang bermula pada sebelah petang, Roslin memaklumkan mahkamah dia tidak mempunyai bantahan terhadap penyata tuntutan yang dikemukakan isterinya.
Pasangan itu bernikah pada 9 Julai lalu di Hotel Flamingo, Ampang.
ZULKARNAIN: Pada 7 Ogos 2010, kamu berada di mana?
NORHAYATI: Saya berada di dalam bilik 533 Hotel Corus, Jalan Ampang.
ZULKARNAIN: Siapa lagi ada bersama kamu ketika itu?
NORHAYATI: Dua adik saya, Arif Rafhan dan Arif Fauzan.
ZULKARNAIN: Siapa lagi?
NORHAYATI: Jailani Sidek dan Raja Azmi Raja Sulaiman serta defendan (Roslin)
ZULKARNAIN: Apa berlaku sebelum lafaz?
NORHAYATI: Kami tidak bertengkar, cuma berdebat.
ZULKARNAIN: Pada masa itu kamu dengar lafaz cerai itu?
NORHAYATI: Ya, defendan lafaz ‘I cerai youlah (saya ceraikan kamu)’.
ZULKARNAIN: Bagaimana keadaan defendan ketika itu?
NORHAYATI: Dia dalam keadaan sedar, siuman, tenang, duduk di kerusi
ZULKARNAIN: Apa soalan kamu?
NORHAYATI: Saya mahukan jawapan. Ketika itu saya bertanya dalam bahasa Inggeris ‘I want your decision now’ (Saya mahukan jawapan awak sekarang). Selepas itu dia lafazkan.
ZULKARNAIN: Pada masa itu kamu mengandung?
NORHAYATI: Saya suci dan tidak mengandung.
ZULKARNAIN: Ada lakukan hubungan kelamin sepanjang perkahwinan?
NORHAYATI: Ada.
Sementara itu, Roslin ketika menjawab soalan Roslizam berkata, ketika dia melafazkan talak terhadap isteri, keadaan di dalam bilik itu tegang dan dia tertekan serta marah sehingga mengeluarkan lafaz itu.
“Ketika itu saya pergi ke bilik hotel itu, tetapi saya tidak bersama Raja Azmi di dalam bilik. Memang benar dia (Raja Azmi) daftar masuk, tetapi saya pergi dengan keizinan Jailani. Dalam lima hingga 10 minit Jailani menghubungi saya dan bertanya sama ada saya di hotel, saya katakan ya. Jailani meminta saya pulang kerana dia mahu bertemu isterinya di hotel itu.
“Kemudian saya dengar pihak keluarga isteri datang ke hotel untuk menangkap saya kerana bersekedudukan dengan Raja Azmi. Saya marah kerana sepatutnya dia (Norhayati) berbincang dengan saya dan jika dia syak saya mempunyai hubungan dengan Raja Azmi, dia sepatutnya bertanya dengan saya dan bukan menghubungi Jawi dan media untuk tangkap saya,” katanya.
Roslin mendakwa hubungan dia dengan Raja Azmi rapat seperti keluarga sejak 12 tahun lalu macam seperti hubungan seorang kakak atau ibu dan begitu juga Jailani.
“Ketika Norhayati sampai di hotel saya berada di luar dan kembali semula dalam 20 hingga 30 minit selepas itu ke bilik. Saya lihat Norhayati, Raja Azmi dan Jailani berdebat mengenai sesuatu yang mereka tidak puas hati.
“Dia (Norhayati) tanya saya ke mana, saya kata di luar, saya tidak ada di situ. Selepas itu Norhayati paksa saya jelaskan. Saya rasa aib dan maruah saya tercemar,” kata Roslin.
Sementara itu ketika menjawab soalan balas daripada Zulkarnain, Roslin mengakui biarpun berasa dipaksa, tetapi Norhayati tidak menggunakan senjata sehingga boleh menyebabkan nyawanya terancam.
ZULKARNAIN: Tadi kamu kata tidak ada siapa paksa kamu ceraikan kemudian kamu kata Norhayati paksa, bagaimana?
ROSLIN: Memang diikutkan paksa. Dia (Norhayati) tanya macam-macam dan banyak kata-kata yang keluar. Malah, ibu dia juga meminta saya menceraikan dia. Keadaan tertekan dan tegang, terus saya lafazkan.
ZULKARNAIN: Kamu beritahu tadi pergi ke hotel dengan Raja Azmi, adakah satu kereta dengannya?
ROSLIN: Ya.
ZULKARNAIN: Kamu bersama dengan Raja Azmi dari jam berapa?
ROSLIN: Tidak pasti mungkin dari jam 7 malam.
ZULKARNAIN: Setuju saya cadangkan kamu bersama Raja Azmi dari jam 3 petang, makan durian dan ada aktiviti menunggang kuda di Kemensah (Hulu Klang)?
ROSLIN: Sampai ke situ?
ZULKARNAIN: Jawapan kamu?
ROSLIN: Ya.
Pada peringkat itu, Roslizam bangun membantah soalan itu dan hakim meminta soalan ditumpukan kepada kejadian cerai.
ZULKARNAIN: Selepas Raja Azmi daftar masuk kamu berada di mana?
ROSLIN: Di luar kawasan hotel kerana saya ada urusan sedikit.
ZULKARNAIN: Selepas itu bila kamu mahu balik atau kamu mahu bermalam di hotel?
ROSLIN: Masa itu (sekitar jam 8) saya mahu balik.
Mahkamah menetapkan 1 September ini untuk pihak plaintif mengemukakan hujah dan pada 22 September depan untuk pihak defendan.
Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad, 32, hanya bertahan 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari tahun lalu.