Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 16 Ogos 2010

Kasihan si anak


Sedih sungguh baca berita mengenai peristiwa-peristiwa yang melanda negara sejak 2 menjak ni. Adakah ini bala dan ujian ALLAH untuk kita semua berfikir? Adakah ini balasan kerana telah banyak kerosakkan yang manusia lakukan pada diri dan masyarakat.

Isu buang bayi tak habis-habis lagi, isu jumpa mayat setiap minggu ada kes dan sekarang isu kanak-kanak yang menjadi mangsa ibubapa samada dera atau pergaduhan.

Kasihan sungguh. Kes di bulan Ramadhan tahun ini sangat mendukacitakan. Mula-mula kes bapa menetak isteri dan 2 orang anak dan menyebabkan anak-anaknya menjadi yatim piatu sekelip mata di Perak. Kemudian kes anak 12 tahun yang kemaruk seks dengan bapa sendiri hinggalah malam semalam, kes bapa simbah asid pada isteri dan 2 anak.


Sedih sungguh. Di mana peranan bapa yang sebenarnya dalam institusi kekeluargaan? Bapa sepatutnya penunjuk ajar, pelindung dan pembimbing agama dalam keluarga. Namun mengapa jadi begini? Bapa menjadi perogol, bapa menjadi pembunuh dan bapa sudah tersesat dari amanah yang ALLAH berikan.

Anak yang sihat walafiat tapi disimbah asid. Kasihan. Anda sudah baca cerita tersebut? Di Terengganu, seorang bapa, 32 tahun simbah asid ke wajah dan badan isteri 28 tahun, anak perempuan 8 tahun (gambar di atas tu), anak lelaki 2 tahun dan mak mertuanya.

Anda tengoklah gambar di atas. Tergamaknya seorang insan bernama bapa menyakiti anak sendiri. Anak yang masih kecil dan normal tetapi diragut dan diberi wajah dan kulit yang cacat. Tergamaknya ayah. Sudahlah sebelum ni, anak itu hidup susah tanpa nafkah dari bapa tapi kini si bapa memberi lagi penderitaan kepada anaknya.


Ini bulan Ramadhan. Ulamak kata syaitan sudah diikat dan dirantai. Jadi, mengapa si bapa-bapa itu sanggup bertindak demikian? Bukan lagi hasutan syaitan tetapi hasutan nafsu dan hasutan diri sendiri yang memang syaitan.


Wahai lelaki,janganlah berkahwin kalau tidak mampu membina keluarga menurut landasan Islam. Janganlah tambahkan masalah di dalam masyarakat kita. Jika nafsu memaksa untuk berkahwin, belajarlah dulu dan selamilah dulu ilmu agama sebelum bertindak menjadi ketua keluarga.

Bapa itu mulia tetapi ada syaitan-syaitan manusia yang telah merosakkan nama mulia bapa. Yang makngoh tahu, mengapa bapa-bapa itu jadi sedekimian rupa adalah kerana telah LUPA KEPADA ALLAH. TIDAK PATUH AJARAN AGAMA MALAH TIDAK PERNAH MENYENTUH AIR WUDHUK. KERANA itulah hati jadi seperti binatang, bertindak tanpa berfikir panjang dan tiada kasih-sayang walaupun terhadap anak sendiri.


Marilah doakan anak-anak yang menjadi mangsa bapa,anak-anak yang sedang bersedih dan kesakitan sekarang ini supaya mereka semua sabar dan tabah menghadapi ujian ALLAH ini. Berikanlah mereka kekuatan untuk menghadapinya walaupun mereka semua masih kecil. Semoga kehidupan mereka akan datang memberi sinar bahagia dan kejayaan. Amin YA ALLAH. AMIN.


p/s Kadang-kadang, menangis sendiri melihat penderitaan kanak-kanak. Berat mata memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul. Apa salah mereka? Mereka masih kecil. Mereka patut diberik kasih-sayang dan keluarga yang bahagia.

3 ulasan:

  1. Allahuakbar....sudah tiada pertimbangan kewarasan akal apabila nafsu mengatasi segalanya. Berbagai versi dengar berkenaan cerita di atas. Kesian anak kecil yang tak berdosa & bersalah. Katanya suspek telah berjaya di tangkap.

    BalasPadam
  2. aduhai..kesiannya..
    asal skrg nie..tiap2 ari ade kes..
    n byk melibtkn keluarga..

    BalasPadam
  3. huhu.sekarang ni macam2 masalah dlm masyarakat kita.huhu.ape nak buat.kdg2 takut pun ada sebab masyarakat sekeliling je.huuu~

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!