Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 19 Ogos 2010

Kes Khalwat Dalam Laporan Akhbar 19 Ogos

Banyak betul kes khalwat yang berjaya didedahkan sejak akhir-akhir ini dan makngoh percaya, masih banyak lagi kes khalwat yang tidak didedahkan. Inilah punca buang bayi. Zina sehingga mengandung dan buang bayi macam buang sampah. Makngoh sangat setuju kalau pembuang bayi itu dikenakan hukuman BUNUH GaNTUNG SAMPAI MATI.

Kes Khalwat 1
Pasangan remaja berusia 19 tahun dicekup di Pulau Pinang pada pukul 2 petang. Si lelaki pergi ke rumah sewa si perempuan sejak pukul 9 pagi lagi dan di dapati ada kes love bite di leher lelaki tersebut. Dia itu mengaku, love itu dibuat oleh si perempuan.

Yang misterinya, lelaki tersebut bersembunyi di dalam beg pakaian yang kecil semasa serbuan dibuat. Malah, Ketua Operasi berkata, dia sendiri hairan bagaimana lelaki itu muat masuk di dalam beg tersebut.

Lelaki itu dapat ditangkap akibat rambutnya yang terjulur keluar dari beg pakaian tersebut. Lelaki itu mengaku berpuasa dan teman wanitanya uzur.


Kes Khalwat Kedua
Di Kulim Kedah, seorang pemuda berumur 24 tahun telah membawa kekasihnya, pelajar sekolah yang berumur 17 ke rumahnya apabila ibubapanya keluar bekerja.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi itu bermula apabila jiran pemuda tersebut tidak berpuas hati melihat pemuda itu membawa perempuan ke rumah. Apabila diminta membuka pintu, pemuda itu tidak mengendahkan.

Ini menyebabkan jiranya menelefon jabatan agama islam dan mengepong rumah tersebut sehingga ketibaan pihak jabatan agama islam. Yang menyedihkan, perempuan terbabit seorang pelajar sekolah yang ponteng sekolah. Selepas ditangkap dan dibawa ke balai polis, abang angkat perempuan tu datang jamin tetapi perempuan itu tetap ditahan sehingga keluarganya sendiri datang menjamin.

Kes khalwat ketiga
Di Melaka, menyedihkan apabila suami cekup isteri sendiri berkhalwat. Lelaki berkenaan dikatakan baru pulang ke rumah pada pukul 7 pagi dan mendapati terdengar suara isterinya dengan seorang lelaki.

Dia menelefon jabatan agama islama dan menunggu sehingga ketibaan pihak jabatan. Di dapati, ketika serbua, si isteri sedang baring di katil bersama seorang pemuda yang berumur 21 tahun. Isterinya berumur 33.

Isterinya memberitahu pemuda tersebut ke rumahnya pada pukul 3 pagi lagi tetapi mereka tidak tidur sekatil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!