Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 31 Julai 2010

2 kes mahkamah didapati tak bersalah dan fakta nombor 7

Semalam lagi mak ngoh baca kes-kes ini. Satu kes seorang isteri yang telah membunuh 2 orang anaknya, manakala satu lagi kes sepasang suami isteri yang bebas dari tuduhan membunuh.

Kes pertama tu, memang mengemparkan negara, seorang ibu sanggup membunuh 2 orang anaknya dengan cara menjerut. Walaupun begitu, wanita tersebut perlu menjalani rawatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama perkenan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Mohd. Yassin membuat keputusan itu pada akhir perbicaraan kes setelah mendapati tertuduh Rosniza Ibrahim, 32, menghidap penyakit kemurungan serius dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika melakukan perbuatan itu.

"Memang tertuduh yang melakukan perbuatan itu (jerut leher anak hingga mati) tetapi mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah atas alasan ketidakupayaan mental"

"Tertuduh juga telah berada dalam keadaan kemurungan serius untuk tempoh 2000 hingga 2007 kerana masalah rumah tangga dan suami yang mahu berkahwin lain," katanya ketika membacakan penghakiman

Mak ngoh setuju juga macam tu. Wanita tersebut tersiksa selama 7 tahun dan menjeruk perasaan dengan perangai suaminya. Orang yang menjadi punca dia menjerut leher anaknya adalah SUAMInya.

Kes kedua pula melibatkan sepasang suami isteri yang bebas dari tuduhan bunuh seorang lelaki.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Dr. Hassan Ab. Rahman memerintahkan Mohd. Khoharuddin Ismail, 48, dan isterinya, Siti Sabariah Ahamad, 44, dibebaskan daripada tuduhan membunuh Mohd. Yusof Ismail, 32, setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Keputusan itu dibuat setelah beliau mendapati keterangan ikut keadaan dan keterangan saksi utama Nordin Yusof, 54, yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan bahawa si mati telah dibunuh oleh kedua-dua tertuduh.

Kalau tak silap mak ngoh, suami isteri ini telah ditahan selama 7 tahun di penjara dan baru ini dibebaskan setelah mereka didapati tak bersalah. Si isteri berkata beliau akan bayar balik hutang masa 7 tahun tu untuk bersama anak-anak yang telah ditinggalkan. Sekarang anak bongsu mereka berumur 10 tahun dan dijaga oleh isteri kedua dan isteri ketiga suaminya.

Percayalah ALLAH sentiasa membantu mereka yang teraniaya. Yang penting kena yakin dan berdoa. Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!