Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 15 Julai 2010

Ke mana hilangnya isteri Kamaruzaman Othman?

Kasihan mak ngoh baca cerita tentang kehilangan isteri ni dan yang sedih anak-anak yang kehilangan ibu. Anak bongsu baru berumur 2 tahun dan masih perlukan si ibu. Apakah yang sebenarnya berlaku pada si isteri dan si ibu ini? Adakah dia melarikan diri atau dia diculik? Semoga ada jawapan untuk soalan ini. Semoga hidup mereka kembali bahagia dan gembira. Amin...
......................................................

REMBAU: Seorang suami diburu kebimbangan selepas isterinya menghilangkan diri secara misteri sejak seminggu lalu dan hingga kini gagal dikesan.

Kamaruzaman Othman, 47, berkata kehilangan isterinya, Litasuria Wahidin, 37, membuatkan hidupnya tertekan kerana pelbagai usaha dilakukan untuk mencari wanita itu, namun menemui kegagalan.

Menceritakan kejadian itu, katanya, ketika kejadian Rabu minggu lalu, dia keluar menghantar anaknya ke sekolah berhampiran kira-kira jam 7 pagi.

Isteri saya pula keluar ke Pekan Rantau bersama seorang jiran kerana mempunyai urusan di bank sebelum dia terus hilang tanpa khabar berita sehingga kini."


Jiran memberitahu ketika berada di pekan, isteri saya pergi ke mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank,” katanya yang bersedih dengan kehilangan isterinya itu.


Menurutnya, isterinya ada memberitahu dia ingin berjumpa dengan seorang rakan di situ selepas pergi ke ATM.


Katanya, jiran yang turut pergi bersamanya ke pekan berasa pelik kerana isterinya tidak muncul selepas beberapa lama menunggu di situ.


Selepas puas menunggu, jiran itu cuba menghubungi telefon bimbit isteri saya, namun gagal menyebabkan dia menghubungi saya memaklumkan kejadian itu “Apa yang lebih membimbangkan adalah keselamatannya kerana saya takut kalau dia ditimpa perkara buruk,” katanya yang mempunyai lima anak berusia antara dua hingga 15 tahun hasil perkongsian hidup dengan isterinya.


Katanya, dia meminta kerjasama orang ramai yang melihat isterinya supaya menghubunginya di talian 019-3477358 dan Shahrin Othman di talian 019- 6232104 atau balai polis berhampiran

1 ulasan:

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~


On Nov 13 Nur haura afeeya commented on resepi kuah laksa lemak kuah laksa
*Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan,...(more)

On Apr 15 Anonymous commented on tukar aliran akaun sebab tak minat ker
Abang@kakak memang betul2 tukar ke???Saya terfikir jgk nk tukar aliran

On Mar 14 Anonymous commented on tukar aliran akaun sebab tak minat ker
Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤ Direct sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤ NC. .

On Mar 14 Anonymous commented on suami curang dengan sepupu isteri
Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤ Direct sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤ wO .

On Mar 14 Anonymous commented on mengisi maklumat dalam aplikasi
Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤ Direct sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤ Xz ..

Get This Recent Comment Widget!