Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 31 Julai 2010

walaupun pelajar itu sumpah seranah cikgu, cikgu masih takde hak cubit or rotan pelajar tu

diulang taip ......"walaupun pelajar itu sumpah seranah cikgu, cikgu masih tiada hak cubit or rotan pelajar tu"

Siapa yang cakap macam tu? Seorang pengetua...kenapa dia cakap tu? sebab memang itulah garis panduan dari orang atas...

Kejadian yang baru berlaku minggu ini. Bukan sekolah mak ngoh tapi sekolah housemate makngoh melibatkan pelajar lelaki tingkatan 2.

Guru wanita yang baru keguguran dan tidak sihat sepenuhnya namun digagahi ke sekolah kerana nak kejar silibus. Bila dia masuk kelas tu, semua pelajar diam dan ambil tempat. Guru mula mengajar. Seorang pelajar lelaki yang nakal, Ali (bukan nama betul) mula buat bising dan ganggu kawan dia... "meh tapak tangan ko, nak buat magik ni" kata Ali. Kawannya pun hulurkan tapak tangan. Ali gosok tapak tangan tu kemudian Ali ludah. "Nah, siap sudah magik" kata Ali sambil ketawakan kawannya yang telah tertipu.

Marahlah kawannya tu dan mengadu dengan guru wanita tersebut. Guru wanita tu pun denda ALi berdiri di luar dan sambung mengajar lagi.

Ali ke luar kelas sekejab, kemudian Ali masuk main buka tutup lampu kipas dalam kelas. Dia ketawa. Kemudian dia usik lagi kawan-kawan dia yang lain. Puas usik kawan dia keluar ke luar kelas dan masuk lagi.

Guru wanita tu tegur lagi "Ali, kan saya denda kamu di luar. Kamu tak nak belajar, duduk di luar, kawan kamu nak belajar"

Tapi ALi tak dengar. Dia masuk ke kelas dan main buka tutup lampu lagi.
"Hei, setan...tak boleh ke buat perangai elok sikit"marah guru wanita tu. Dia sudah hilang sabar dengan perangai Ali.

"Hei, cikgu. Dalam peraturan sekolah, tak ada cakap cikgu boleh panggil aku setan"marah Ali kembali.

"Habis, kamu tu baik sangat ker, sampai saya nak panggil kamu malaikat"balas guru tersebut lagi. Sakit kesan keguguran tu terasa di perut bila dia menjerit.

"Cikgu BODOH!!!!!,,,,,cikgu BODOH" marah Ali berkali-kali. Dia meludah kerusi di depan guru tersebut.

Sekian...tak ada kesudahan! Itu jer. Terpaksa dibiarkan je budak Ali. Kalau nak didendakan pun tak boleh sebab ibu Ali tu akan marah sekolah.

Ibu Ali memang selalu dijemput ke sekolah untuk berbincang tentang perangai anaknya. Tapi ibu cakap "anak aku ni baik bah cikgu"
"anak aku ni pandai bab-bab agama"
"anak aku ni dengar kata"
"anak aku ni rajin"

Tak habis-habis dipuji anaknya itu. Jadi apalah lagi yang cikgu boleh buat. Biarlah budak tu ROSAK dek kerana ibunya yang terlalu percayakan anak.

1 ulasan:

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!